Thursday, January 14, 2021

Arahan dikeluarkan k'jaan 'bercanggah sehingga mengelirukan peniaga' ?

 

Pusat membeli-belah Alamanda Putrajaya lengang berikutan hampir semua premis terpaksa ditutup selepas kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk di Putrajaya. FOTO NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

Pusat beli belah lengang di kawasan PKP

PUTRAJAYA: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini menjadikan banyak tempat tumpuan dan pusat komersial menjadi lengang.

Tinjauan di pusat beli belah Alamanda di sini turut lengang, sekali gus menyebabkan kebanyakan peniaga kecil menutup perniagaan mereka.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) bahagian Putrajaya, Norsyahrin Hamidon, berkata peniaga setiap hari mempunyai sasaran aliran tunai bagi perniagaan mereka.

"Ketika PKP, ramai tidak keluar rumah atau kurang berkunjung ke pusat membeli belah, maka tidak ada gunanya mereka berniaga.

"Peniaga ini berniaga berdasarkan sasaran aliran tunai, jika sasaran sehari itu tidak dapat dicapai lebih baik mereka tutup perniagaan.

"Kita harap tempoh ini tidak berpanjangan, jika tidak ia akan memberi peniaga masalah seperti Mac lalu apabila mereka tidak mampu bertahan dan akhirnya terpaksa menutup perniagaan mereka kerana tiada lagi pendapatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Norsyahrin berkata, peniaga turut merungut dengan mendakwa arahan dikeluarkan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bercanggah sehingga mengelirukan peniaga.

"Diharapkan kerajaan dapat mengeluarkan dengan segera arahan jelas kepada peniaga," katanya.


IHtv

Created by InShot:https://inshotapp.com/share/youtube.html http://www.ibnuhasyim.com/?m=1.
New

10 comments:

Anonymous said...

Baru tau ke ni kera jaan Pas/PN cacamarba?
X penah belajar dari PKP sebelum ni.

Anonymous said...

Niaga kalau suka. Sayang duit atau nyawa. Tahniah suri rumah. Jaga diri, jaga keluarga, jangan banyak fitnah.

Anonymous said...

Kadangkala beban yang kita bawa itulah yang menyelamatkan kita. Justeru jangan mengeluh dengan beratnya beban kerana suatu hari nanti ia yang akan memberi manfaat tanpa kita sedar”.

Dr Mohd Mazri Yahya

Anonymous said...

Tengok jenis beban jugak. Mcm lori. Kalau overload, boleh mengancam nyawa sendiri dan pengguna jalanraya yg lain.

Anonymous said...

Tu dr tulis kadang kala.

Anonymous said...

Org gaji tetap blh la sengih.
Yg kena buang kje, niaga pasar malam/pagi, gaji hari, bawa teksi,jenis yg terjejas pendapatan tu camne. Tmbh lg kalo ada kuarga besar.
Mangkuk tingkat yg x tggung beban blh la sembang kencang. Try duk tmpt diorg yg tgh susah tu bru tau.

Anonymous said...

Nak buat macam mana . Rezeki sudah ditentukan. Penyakit datang pergi pun ditentukan. Yg ada lebih rezeki boleh bantu yg kurang rezeki. Bukan di malsia jer, sekarang ini seluruh dunia. Mangkok hayun yg tak bantu, yg tu jadi mangkok bertingkat.

Anonymous said...

Kadangkala dr tu merujuk pada beban. Bukan jenis beban.

Anonymous said...

Sehari Dua Hari mungkin Bantuan diberi oleh mereka yang rezeki lebih.. tapi kalau berbulan bulan itu tanda kegagalan kerajaan, kesilapan kerajaan mentadbir kesannya kepada rakyat.. jadi kalau rasa x boleh buat, kenapa susah2 nak pertahan benda yang dirampas.. letak jawatan, pulangkan balik bagi PH habiskan tempoh hingga 2023,

Anonymous said...

Memang dah terbukti PN telah gagal Dan lebih teruk dari PH Dan BN.. buktinya banyak senarailah sendiri kalau mahu berfikir

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails