Wednesday, January 20, 2021

Begini nasib rakyat di negaraku yang kononnya mewah dan makmur..

 

Menumpang surau demi besarkan enam anak

Jempol: "Pendapatan bulanan saya hanyalah sekitar RM800. Sukar untuk saya menyediakan kelengkapan untuk tiga anak yang bersekolah," ujar ibu tunggal, Norlida Md Kussin, 37 dari FELDA Lui Selatan Satu dekat sini.

Menurutnya, dia berusaha sedaya upaya membelikan kelengkapan terbaik untuk tiga anaknya masing - masing belajar di tahap pra sekolah, tahun tiga dan lima di Sekolah Kebangsaan ( SK) Lui Selatan di sini.

Katanya, pendapatan bulanan diterima sebagai tukang jahit di sebuah kilang menjahit pakaian hanya mencukupi bagi keperluan mereka empat beranak.

"Namun saya bersyukur ada pihak yang bersimpati dan menghulurkan bantuan bagi membolehkan anak saya bersekolah seperti kanak-kanak lain," katanya selepas menerima bantuan kembali ke sekolah bernilai RM100 seorang menerusi sumbangan peribadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir.

Seramai 119 golongan kurang berkemampuan menerima bantuan itu pada majlis penyerahan sumbangan di FELDA Lui Selatan di sini semalam.

Sementara itu, ibu tunggal enam anak, Norimah Rasid, 40, berkata, dia bersyukur menerima sumbangan itu selain bantuan bulanan disalurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitumal.

"Jika tiada bantuan seperti ini, sukar untuk saya membesarkan enam anak yang masih bersekolah.

"Saya kini tinggal menumpang di sebuah surau dengan kebenaran pengurusan tanah rancangan FELDA selain dibantu adik beradik lain, " katanya.

Sementara itu Pegawai Khas kepada Bakri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Klawang Norazizi Abd Aziz berkata, sebanyak RM11,900 disumbangkan Bakri bagi melaksanakan program kembali ke sekolah berkenaan.

"Sumbangan membabit pakaian serta beg sekolah bagi murid sekolah. Biarpun sesi persekolahan secara bersemuka belum diputuskan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) kita tetap komited membantu mereka yang memerlukan, "katanya. (MyMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begini nasib rakyat di negaraku yang kononnya mewah dan makmur..

Berita Berkaitan

6 comments:

  1. Sumbangan peribadi $100 apa benda?! Patutnya BANTUlah IBU TUNGGAL Orang Asal Islam/Melayu kita ni; ni jadi USAHAWAN, rejim PH PARASIT NS oi?! Mana juga si FELDA BANGANG tu?!

    ReplyDelete
  2. Tapi boleh pula, terus menJUAL Aset2 HARTANAH amat BERNILAI, milik Islam/Umatnya & Bumiputera kita, termsk. di waktu DARURAT POLITIK jijik dia - sdgkan DIKTATOR muhyiddin pula dpt. bajet hampir $40 JUTA utk. bina 3 DEWAN2 amat MEWAH & MAHAL dia di kwsn Parlimen PAGOH dia, walau dah ada 4 Dewan2 lain!!

    PARLIMEN dah diGANTUNG secara HARAM, sbb. DARURAT zalim ni - jadi segala tindakan rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal-PN ni tak dpt. diPERSOALkan oleh RAKYAT, di PARLIMEN!!

    Ya, inilah KUASA MUTLAK HARAM yg. si DIKTATOR Muhyiddin/Melayu2 Liberal BERSATU - IDAM2 kan selama ni - dgn. mempergunakan KESULTANAN Islam/Melayu kita & WABAK COVID-19, yg. memPERMAIN2kan NYAWA Rakyat & KESELAMATAN Negara!!

    Di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/01/18/alang2-claim-rm-35-juta-utk-dewan-di-muar-dan-tangkaknape-x-claim-rm-1-billion-je-terus-untuk-dewan-dewan-di-jb-mersing-kluang-sgrenggam-batu-pahat-gelang-patah-dan-semua-kawasan-parlime/

    ReplyDelete
  3. bukan kah montori hebat jabatan "kelapa sawit" anugerah tuhan berjaya naikkan harga ke paras rm 3700 se tonne. dengan harga ini kutip daun sawit pun dapat rm 50 sebulan kat Felda.
    tak seperti zaman terisa kuok, dan atok kerala harga jatuh sampai peladang menaggis

    ReplyDelete
  4. Apa umno buat selama 60 tahun? Masing2 pemimpin berebut2 penuhkan tembolok masing. Sepatutnya orang melayu menguasai ekonomi di bumi sendiri oleh pentadbiran yg telus. Tapi pemimpin jadikan jawatan sebagai satu pelaburan persendirian. Tidak hairan jika presiden sendiri ada banyak kes mahkamah. Sesuatu yg akan merosakkan orang melayu jika terus dibiarkan memimpin. Tahniah muhyiddin yg keluar dari kelompok yg busuk usus.

    ReplyDelete