Friday, January 22, 2021

‘Bicara Negarawan’ bersama Presiden PAS, ‘Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita?’ amat dapat sambutan.

 

Sisi realistik, positif dan merendah diri Presiden PAS Menurut Dr Kamarul Zaman.

DAPAT sambutan hangat sekali nampaknya program ‘Bicara Negarawan’ siri kedua bersama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dengan tajuk ‘Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita?’ yang bermula pada jam 3:00 petang semalam, 19 Januari 2021.

Hingga jam 9:00 pagi ini, video program ‘Bicara Negarawan’ siri kedua ini telah mendapat lebih 2,000 perkongsian dan lebih 58,000 tontonan berbanding video program ‘Bicara Negarawan’ siri pertama bersama Pengerusi Jamaah Penasihat Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, pada 24 Disember yang hanya mendapat 49 perkongsian dan lebih 3,800 tontonan sahaja.

Menarik juga soalan-soalan yang dikemukakan oleh Dr Muhammad Asri Ali selaku moderator program, apa lagi bila beliau memberikan peluang kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose, untuk bertanya.

Begitupun, semua penonton dapat saksikan bagaimana Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku seorang tokoh yang telah begitu lama berkecimpung dalam dunia politik tanah air begitu tenang dan fokus sekali menjawab soalan-soalan sukar yang dikemukakan kepada beliau.

Paling perlu dikagumi adalah sikap realistik, positif dan merendah diri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi di dalam menangani isu persefahaman politik antara PAS, Umno dan BERSATU di dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU15.

Sikap berpijak di bumi nyata Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini jelas terpancar di dalam kenyataan beliau berbunyi ‘Kita memestikan dua-dua gabungan ini (Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional) bersatu, kerana pada kajian kita tidak ada parti yang boleh menang untuk memerintah sendiri pilihan raya akan datang, mesti bergabung dengan parti lain.’

Kenyataan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini adalah bagi menjawab soalan Dr Muhammad Asri yang bertanya: ‘Sekiranya PRU15 diadakan dalam masa terdekat, andai katalah kita kata COVID telah dapat diredakan bulan empat bulan lima nanti, menjadi persoalan di kalangan rakyat Malaysia, di antara dua gabungan yang PAS sertai sekarang ini, di antara Muafakat Nasional dan juga Perikatan Nasional, boleh Tuan Guru jelaskan mana yang menjadi pilihan PAS atau PAS ada pendekatan yang lain daripada dua gabungan ini?’

Sikap positif Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengenai hubungan antara PAS, Umno dan BERSATU pula tertonjol di dalam kenyataan beliau berbunyi ‘Insya-Allah, menjelang PRU15 kita akan dapat atasi (pertembungan politik antara Umno dengan BERSATU).’

Kenyataan penuh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini adalah berbunyi: 

‘Ya. Oleh kerana Umno parti yang pernah memerintah, yang pernah memerintah, jadi perasaan rasa nak memerintah itu ada lagi, itu masih ada lagi. Itu beberapa perkara yang kita hadapi. Dan kita telah berjaya mewujudkan satu piagam Muafakat Nasional, PAS dengan Umno. Dalam piagam ini kita bersetuju untuk memperkasakan kepimpinan Melayu Islam, kita setuju. Dan mengajak parti-parti dan NGO-NGO menyertai Muafakat Nasional, ini kita bersetuju. Malangnya sampai kita nak ajak, terdapat pertembungan politik antara Umno dengan BERSATU, terdapat ini. Walau bagaimanapun, alhamdulillah, majoriti pimpinan Umno positif, positif, majoriti pimpinan Umno. Cuma bagaimana kita nak selesaikan negatif ini. Insya-Allah, menjelang PRU15 kita akan dapat atasi perkara ini. Insya-Allah.’

Kenyataan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini adalah bagi menjawab soalan Prof Datuk Dr Raduan yang bertanya: 

‘Pertama sekali, ini perkara yang saya ingat strategik kepada politik negara, Tok Guru ya, kalau umpamanya kita amat menyedari bahawa ketiga-tiga parti politik ini perlu disatukan dan jangan biarkan perkara-perkara operational yang kecil-kecil ini mengganggu matlamat utama untuk nak menyatukan ketiga-tiga ini. Apa agaknya formula yang benar-benar boleh menyatukan ini sebab saya nampak sedang sedikit bercelaru dan hilang fokus kepada benar-benar nak wujudkan kesatuan ketiga-tiga ini? So kalau umpamanya serius, kita panggil balik berunding, mesti ada formula, saya rasa tidak ada perkara yang tidak boleh kita selesaikan, cumanya ada benda-benda yang operational yang mengatasi daripada matlamat yang sangat kudus itu. So itulah yang kita harapkan supaya ada peneraju ada jiwa besar yang boleh menuju ke arah itu, yang pandu kita sama-sama. Sebab rakyat saya rasa kalau bandar rakyat kebanyakan semuanya melonjak dalam hati melonjak gembira melihat kerajaan yang dipimpin yang boleh menunjukkan, apa, mewakili negara yang kita impi-impikan, yang lain-lain jugak datang, bangsa-bangsa lain pun jugak sama datang untuk bernaung dalam kesepaduan ini. Kalau itu dapat kita jelmakan satu perkara yang saya rasa diimpi-impikanlah oleh kebanyakan rakyat Malaysia, Tok Guru.’

Sikap merendah diri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula kelihatan di dalam kenyataan beliau berbunyi 

‘Sebenarnya saya bukan pemain utama… Kalau saya seorang bawa bola letih tak sampai ke gol, dengan sebab itu mesti passing passing dengan permain berpasukan.’

Kenyataan penuh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi ini adalah berbunyi: ‘Sebenarnya saya bukan pemain utama, kita pemain berpasukan, kita pemain berpasukan. Kalau saya seorang bawa bola letih tak sampai ke gol, dengan sebab itu mesti passing passing dengan permain berpasukan. Kita buat pasukan, pemain. Walaupun orang nampak saya pemain utama, tetapi pemain utama seorang tak boleh, mesti berpasukan. Alhamdulillah, dalam Umno ada pasukan kita, dalam BERSATU ada pasukan kita. Jadi kita manfaatkan pasukan ini. Mungkin dalam masa yang terdekat ini kalau ada yang tak boleh nak menjalan tugas kita tukar pemain itu. Terpulang kepada parti masing-masing tukar pemain dia.’

Kenyataan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini adalah bagi menjawab soalan Prof Datuk Dr Raduan yang bertanya: 

So kita sedikit sebanyak memandang Tok Guru sebagai pemain utama peneraju kepada muafakat ini, Tok Guru, ya. So kita tak boleh nak jemu ataupun give up apabila sekali cuba mungkin tak berjaya, kita tak boleh putus asa, ya, untuk nak terus jadikan ini sebagai satu realiti yang benar-benar menjelang PRU15 nanti.”

Tahniah kita ucapkan kepada Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku panelis, Dr Muhammad Asri selaku moderator dan Prof Datuk Dr Raduan selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN) atas kejayaan program yang baik ini.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 20/1/2021

IHtv

12 comments:

  1. Sesiapa yang tak kenal tghh atau mengenali dari media apalagi media musuh islam pasti akan benci dan memaki hamun beliau dengan pelbagai cercaan. Tapi sesiapa yg pernah menatap kitab dengan belau, pernah bertandang dirumah papan beliau, pasti akan tahu siapa dia Tghh. Semoga Allah beri kebahagiaan dan tetapkan keimanan Tghh...inshaallah apabila beliau pergi selamanya nnt akan terbongkar lah pengorbanan ya untuk ummah untuk anak bangsa dan islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat malaysia dh knl la tgha. Duta malaysia ke timur tengah. Gaji dan jawatan bertaraf menteri. Pnh jd mb ganu sepenggal.

      So skrg hudud sm ruu355 apa citer?

      Delete
    2. Kau komen bukan carik kebenaran, walhal kau buleh pikir je, dan dah beberapa kali pun orang pas jawab dengan hujah, tapi kau saje je buat bongok sebab seronok maki ulamak... Kau cari kesesatan kau akan dapatlah kesesatan, kalau kau nak tutup hari kau dari kebenaran, inshaallah Allah akan beri dan khotam hati kau...

      Delete
    3. Btl jgk..hudud sm ruu355 apa citer? Mana dalil??

      Delete
  2. Jika belajar kitab dengan bang non, hancur dibuatnya. Kerana seluruh dunia tahu bahawa bang non adalah bekas banduan dengan kesalahan meliwat. Sementara ramai yg tahu tugas sebagai duta adalah amanah dan mulia Amat jauh bezanya dua manusia ini.

    ReplyDelete
  3. PRESIDEN PAS ni nak suruh UMNO Parti PRIBUMI, UMNO bersatu dgn. Parti BUKAN lagi Pribumi, Bersatu DIKTATOR yg. PENIPU, TAMAK, BONGKAK, RAKUS, FASIS, RASIS - apahal?!!

    Apakah YAB DS Tuan Hj. Hadi nak UMNO juga jadi KULI2 BUTA, BISU & PEKAK mcm. PAS - demi kuasa POLITIK PENIPU rejim PN yg. diKUASAI oleh DIKTATOR2 Muhyiddin/BERSATU liberal?!

    Lihat bagaimana RAKYAT kita diLAYAN oleh rejim DIKTATOR Bersatu LIBERAL ni, di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/01/22/beberapa-orang-wanita-di-angkut-naik-lori-pdrm-kerana-memakai-mask-di-dagu/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamarul ni pun dah jadi PROF. LONGKANG - oi, nak memBELA akan ISLAM/UMATnya - BUKAN dgn. menjadi KULI BUTA, BISU & PEKAK pd. KEZALIMAN & KERAKUSAN si MUSUH2 Islam/Umatnya spt. si PENIPU Melayu2 LIBERAL Bersatu ni, yg. dah berjaya MEMERANGKAP bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu - apabila membuka KEAHLIAN pd. BUKAN BUMIPUTERA, sdgkan mama parti 'PRIBUMI'!!

      Sbb. tu, disyaki Melayu2 LIBERAL Bersatu ni - sdg. BEKERJASAMA dgn. DAP PARASIT - utk. MENGHAPUSkan satu demi satu parti PRIBUMI @ ISLAM, spt. UMNO & PAS!

      Ya, PAS mmg. telah diPERANGKAP habis2an oleh Melayu2 LIBERAL Bersatu ni!!

      Delete
  4. Tgk. ni, DASYATnya!! VAKSINASI Covid-19 utk. RAKYAT - mungkin hanya selesai suku 2022!!

    GILA betul!! Maka, mungkin DARURAT terus berSAMBUNG & PARLIMEN terus diGANTUNG oleh rejim DIKTATOR muhyiddin/BERSATU liberal paling TAK GUNA sampai 2022!!

    Lihat di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/01/22/tahun-2022-baru-dapat-selesai-alamatnya-darurat-boleh-di-sambung-sehingga-tahun-2022-lah-tu-lagi-ramai-terkena-jangkitan-lagi-kuat-justifikasi-sambung-darurat/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamarul, SEDAQlah sikit, ALLAH SWT bagi KEMENANGAN $berJUTA pd. kau - tapi kenapa kau TAK GUNAkan wang tu dgn. berfaedah, bela betul2 ISLAM/UMATnya & seluruh bangsa BUMIPUTERA kita - yg. sdg. diPERANGKAP habis2an oleh rejim DIKTATOR Melayu2 LIBERAL Beesatu amat JAHAT ni?!!

      Delete
  5. Banyak komen bodoh dan tak cerdik di sini.Itu lambang penyokong PH yang sememangnya bersedia di bodohkan oleh pimpinan mereka.PM MY telah memberi 3 jenis peruntukan besar kepada rakyat sepanjang covid 19 ni berbanding 22 bulan PH merintah,asyik ugut rakyat dan tarik peruntukan orang miskin.Simpan sikit bodoh untuk anak cucu PH nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen bodoh tu termasuk ngko la!

      Delete