Menteri Agama temui pesakit COVID-19 di PKRC
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkilfli Mohamad Al-Bakri meluahkan rasa sebak dan sayu ketika bertemu petugas barisan hadapan dan pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) semalam.
Melalui perkongsian dimuat naik di Facebooknya, Zulkifli berkata, kelihatan jelas keletihan di raut wajah petugas barisan hadapan, namun terselit kegembiraan apabila pihaknya bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) menyampaikan sumbangan makanan.
Menerusi lawatan itu, beliau meluangkan masa berjumpa dengan pesakit dan menyampaikan kata-kata motivasi.
"Ujian paling besar kita adalah apabila kita ditimpa musibah seperti ini, perkara pertama sebagai seorang Islam, kita hendaklah sentiasa menginsafi diri dan meningkatkan kesabaran kepada Allah, kita menggunakan masa sebaik mungkin," katanya.
Berkongsi pengalaman ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, selepas disahkan positif pada 4 Oktober tahun lalu, beliau memaklumkan tempoh rawatan 11 hari itu dibahagikan dan dimanfaat dengan sebaik mungkin.
"Sepanjang dirawat di hospital saya sempat menyiapkan sebuah buku mengenai pengalaman diserang COVID-19 bertajuk 'Hari-Hari Tarbiah Dalam Hidupku', menjaga solat dan khatam Al-Quran sekali," katanya.
Ketika lawatan Zulkifli turut menyampaikan bantuan makanan berupa roti canai sejuk beku, biskut dan minuman kepada 1,629 petugas barisan hadapan serta buku 'Hari-Hari Tarbiah Hidupku' sebagai panduan kepada pesakit.
Zulkifli berkata, walaupun pertemuan itu singkat dan dipisahkan dinding kaca, namun beliau seronok dapat bertemu pesakit.
Katanya, kalau boleh beliau mahu berada lebih lama bersama mereka, namun disebabkan kekangan masa beliau terpaksa melupakan hasrat itu.
"Saya faham perasaan mereka kerana saya juga pernah berada dalam situasi ini dan berharap pesakit COVID-19 tidak berasa disisih dan tertekan.
"Sentiasa letakkan sangka baik kepada Allah SWT dan berfikiran positif.
"Saya akan terus menyumbang bahan bacaan untuk pesakit di sini. Saya sayang semua dan terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) walaupun berada di mana-mana," katanya.
Beliau kemudian mengakhiri pertemuan itu dengan bacaan doa dan diaminkan pesakit. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada ke menteri yang tak pernah turun menziarahi rakyat di musim Covic-19 ini?
5 comments:
Ramai je menteri yg x tgk rakyat. Syok makan gaji buta. Siap ada yg berkurung dlm bilik lg time rakyat negeri sendiri kena bencana banjir.
Ini komen sampah. Patutlah bersama sampah masyarakat pkr, pan dan tuan khadam dap.
cukup lah seorang dua yang menjengok ..jika kita sakit..bukan semua menteri MESTI ziarah..begitu juga saudara mara...bukan seramai mungkin mesti datang ziarah..
Kat hospital yg boleh ziarah pun terhad.
Artikel smpah. Walaun pas biol dgn mb kedah sm je..2 2 bahlol!
Post a Comment