Sunday, January 24, 2021

Cuba ganggu darurat perlu tangani dengan tegas, menurut Abd. Hadi.

 

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

'Berbalah nak jadi PM kerja mengarut'

KUALA LUMPUR: Sebarang percubaan untuk cuba mengganggu pelaksanaan darurat dalam usaha kerajaan mengawal penularan COVID-19, perlu ditangani dengan ketegasan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menegaskan ganggu gugat itu perlu dicegah dan ditolak demi keselamatan rakyat.

"Perkara yang tidak patut kita lakukan pada masa ini adalah berbalah siapa nak menjadi Perdana Menteri, nak melantik siapa menjadi Perdana Menteri atau soal undi (jumlah) majoriti di Parlimen.

"Ini semua kerja mengarut, tak peka dengan wabak yang menimpa rakyat. Ini mesti ditolak dan dicegah.

"Apa sahaja yang boleh mengganggu proklamasi darurat ini, mesti ditangani dengan peraturan tegas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi webinar bertajuk 'Proklamasi Darurat: Apakah Satu Keperluan?' anjuran Gerakan Pembela Ummah, hari ini.

Sesi webinar itu turut disertai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary; Pengerusi Biro Perlembagaan dan Undang-Undang Majlis Perundingan Melayu, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz; dan Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan) Pusat Polisi Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof.

Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat berkata, semua pihak tidak seharusnya ragu dengan darurat kerana pelaksanaannya adalah demi kemaslahatan.

"Dalam suasana hari ini, darurat mesti diisytiharkan serta-merta. Bagaimana kita boleh menilai darurat itu, sama ada ditamatkan atau sebaliknya dan ia boleh dibincangkan.

"Tindakan yang diambil kerajaan ketika ini adalah untuk melaksanakan pencegahan wabak COVID-19.

"Dalam ajaran Islam ada semua perkara, Sebab itu kita jangan ragu, syak atau was-was kerana kita mempunyai tanggungjawab kepada negara," katanya. (BH)

IHtv

10 comments:

Sani said...

Masa Nik Aziz Ada,kemain takut lagi dia sampai sanggup berbohong.dulu sampai mengafirkan sapa sokong UMNo.inilah penunggang agama paling tegar dimalaysia..semoga Allah tunjuk wajah sebenar penunggang agama ni.amin

Anonymous said...

Proklamasi Dharurat untuk pemimpin mudah lupa... kebanyakkan yang lupa diri ini dari Utara..

Pada 9 Mei 1994 Datuk Seri Anwar Ibrahim yang waktu itu adalah Timbalan Perdana Menteri telah membentangkan satu rang undang-undang di Parlimen bagi memasukkan Fasal (1A) ke dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.

Fasal (1A) ini mewajibkan Yang di-Pertuan Agong untuk menerima dan bertindak mengikut nasihat bila-bila sahaja.

Begitulah juga pada 9 April 1981 Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Timbalan Perdana Menteri telah membentangkan satu rang undang-undang di Parlimen bagi memasukkan Fasal (8) ke dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Fasal (8) ini menjadikan Proklamasi Darurat tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah.

Apa yang kamu tanam itulah yang kamu tuai (What you plant is what you sow)..!! Tapi sayang Melayu ditanam dengan semangat Melayu Mudah Lupa..

Ini sebab nya jangan lantik PM dari Utara lagi... mudah lupa, mudah gadai pulau pulau strategik dan mudah gadai maruah jadi barua Lee Kwan Yew@ DAP(hujung hayat dia mintak nyawa kata DAP ok..!!) lebih parah lagi mudah gadai akidah dengan Pluralisma dan COMANGO Gereja. (nak fakta ka..!?)

Dah baca kau fikir lah sindiri..!! Jangan lantik PM dari utara lagi..!!

ps: Tiap hari otai roformis di laman reformasi blog hantam PAS fitnah jual islam gadai islam bagai.... PKR apa yang dia orang buat pasal Islam, gadai islam dng puralisma agama , comango, G25 lgbt dan liberalis agama. Paku dulang paku serpih... kau org sambung sindri lah..!!

haah tepokkk..!!

Anonymous said...

Hehehe..blh la buat modal sembang depan anak bini ko..

Anonymous said...

Masa tebuk atap, tak per Hadi ooiii...masa Tu mana Ada covid..hehehehe..mcm biasa, Dalil utk oarti sendiri semuanya cantikkkkk, utk org lain semuanya burukkk...poodahhhh

Anonymous said...

Soal Thaipusam ini tidak berkait langsung dengan Menteri Agama, tetapi tahun lepas menjelang hari thaipusam..apakah kita masih ingat, Orang yang beserban..Berjubah..Kononnya ahli tareqat mengfitnah dan menghina Dr Mujahid dengan gambar mengusung Kavadi sambil meletakkan caption Kelompok Pluralisme dan mengajuk slogan Rambutan Al'amin mengikut jejak hasutan jahat Mufti Utara... Apakah dia sudah meminta Maaf atas fitnah mereka ?



Tapi itulah perencanaan Allah itu yang terbaik untuk memberi gambaran kelompok Ulama dan Islamiyyin yang Nabi kata wajib diperangi idealogi jahat mereka.. sama seperti isu berbuka Puasa di Grudwara Sikh dijadikan isu besar..hari ini Allah balikkan peristiwa Upacara perkahiwinan dengan ritual Agama Sikh dizaman mereka melibatkan saudara mara orang kenamaan...



Tahun ini semua Masjid diarah tutup..Manakala sebahagian Upacara dan ritual Thaipusam dibenar.. Ya, hak penganut Hindu kita tak nafikan.. Tetapi bagaimana hak Solat bagi Ummat Islam.. ? Itu sebab aku kata.. sebarang hukum dan Undang2 mesti menggunakan neraca dan timbangan yang sama..



Jadi ada yang nak kata Kerajaan Melayu Islam ini liberal..Menteri Agama Liberal ? Dah tak kedengaran mereka ini..Ramai yang melakukan fitnah di dalam Masjid sebelum ini Allah hukum mereka dari tangan pemimpin mereka sendiri.. ada yang berKuliah disaman..Ada yang Solat Didakwa.. Bayangkan semua ini berlaku zaman Pemerintahan PH..



Malah Suara seorang Ulama Jahat dari Utara yang sering menghasut dizaman PH mengatakan Islam terancam pun kini sudah tidak berbunyi lagi.. Sebab dia antara gambaran kelompok gereja di era Kegelapan Eropah dulu yang membela Raja dan Kerajaan yang Zalim.. ��

Anonymous said...

King Maker tak apa....

Anonymous said...

Sudah tiba masanya orang melayu bersatu di bawah pas. Parti yg konsisten dan bersih rasuah serta paling mematuhi syariat Islam di bawah kepimpinan ulamak. Jiwa jadi tenang bersama ulamak.

Unknown said...

Ya ke? Bukan atuk lim ulamak ke? Kan dia pakar maqasid syariah, dia pi belajar lama di Mesir, 4 hari 3 malam, balik Malaysia dia siap ajar lagi puak puan pasma@pan habis ternganga nganga mulut puak tu...kah. Kah. Kah

Anonymous said...

Masih selesa ambil gaji buta sbg Duta Timur Tengah, meski hanya duduk rumah,.bayangkan lah kalau tetiba jatuh tersungkur kerajaan tebuk atap ini...mana la muka nak sorok pulak ya...kerana semua rakyat sekelian tahu betapa makan gaji buta
amatlah enaknya tanpa perlu bebuat apa apa kecuali mengeluarkan fatwa mengarut.

Anonymous said...

Langkah seraton dulu tengah covid jugak xde plak nak kata gila rebut PM hahahaha
time dia bleh plak kuar dalil adoiiii punah punah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails