Wednesday, January 27, 2021

Fokus selamat negara, bukan ratib kuasa

 

KUALA LUMPUR: PAS mengkritik tindakan pembangkang yang masih bermain politik kuasa dan tidak mengendahkan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semua pihak perlu fokus kepada usaha untuk menyelamatkan negara bukan meratib kuasa.

“Mereka sepatutnya malu kerana banyak pihak termasuk Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri mencemar duli membantu rakyat yang berhadapan dengan situasi getir banjir dan pandemik Covid-19.

“Proklamasi darurat memberi ruang kepada kestabilan politik dan membolehkan kerajaan memberi sepenuh tumpuan untuk melandaikan kes dan memitigasi risiko Covid-19, mengukuhkan ekonomi serta mensejahterakan kehidupan rakyat,” ujarnya kepada Harakahdaily hari ini.

Selain itu katanya, proklamasi darurat diwartakan bagi memberikan kuasa kepada kerajaan untuk menggunakan sumber yang luas di negara.

“Antaranya mengambil alih tanah sementara, mengarahkan program imunisasi dan pertambahan kuasa tentera.

“Proklamasi darurat bukan mengekang aktiviti ekonomi, respons pasaran masih baik malah boleh beroperasi lebih baik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini,” katanya yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menghantar surat kepada pihak Istana Negara memohon pertimbangan Yang di-Pertuan Agong menilai semula kewajaran pengisytiharan darurat, baru-baru ini.

Anwar yang juga merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut menyeru ahli-ahli parlimen bertindak sedemikian bagi membantah titah Yang di-Pertuan Agong berhubung proklamasi darurat tersebut.

Sehubungan dengan itu, Anwar juga didakwa ingin mencabar titah baginda berkaitan proklamasi darurat di mahkamah. – HARAKAHDAILY 26/1/2021

8 comments:

Anonymous said...

Risau jugak kalau anuar berjaya.
Hilang jawatan menteri aku nanti.

Anonymous said...

Majoriti besar risau kalau anuar berjaya. Liberal, lgbt, kristian, homo, dap, arak makin berleluasa. Harga minyak pun janji turun bila esok perintah, tak pernah berlaku. Janji seorang banduan lewat.

Anonymous said...

A ah risau jugak...alih2 21 cabutan setahun, nanti balik ke 8 cabutan/tahun.

Anonymous said...

Risak jgk kalo anwar jd pm. Nanti bukti wasap takiyudin sm zafrul tu kena masuk mahkamah.

Anonymous said...

Benda yg belum tentu berlaku ko dah terpekik terlolong.

Benda yg dah mmg berlaku, pertandingan ratu cantik sm judi cabutan bertuah dah pun berleluasa zaman pas/pn. Yg ni ko xnak meroyan ke walaun?

Anonymous said...

Jahat jugak bekas banduan ni. Yg baik jadi jahat,yg jahat jadi baik. Macam bekas banduan ni terbukti masuk penjara, dapat ampun kerana maksiat. Jelas dan nyata. Tiada kompromi. Nanti fotostat gelap jadi fakta.

Anonymous said...

Apa salah takiyuddin dan zafrul. Eng guan dan tommy yg jelas salah boleh bebas sebab presidennya parti liberal.

Anonymous said...

Nak selamatkan negara macamana sejak PN jadi kerajaan tengoklah apa jadi xkan buta mata x nampak apa yang berlaku Dan dilalui sejak Mac 2020.. dalam semua orang dilarang adakan majlis boleh dipotong pulut kuning.. x faham tengok perangai puak2 ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails