Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II (MAFI) Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, jangkaan itu boleh dicapai menerusi memorandum persefahaman (MoU) ‘Contract Grower’ yang ditandatangani antara pengusaha tanaman buah itu, dengan syarikat pemborong produk pertanian Beho Supply Sdn Bhd.
“MoU ini adalah perjanjian jual beli melibatkan tiga penjuru antara Jabatan Pertanian, pengeksport dan pengusaha tanaman tembikai di Kelantan, bagi tujuan pengeluaran dan pengeksportan buah tembikai berkualiti ke pasaran antarabangsa.
“Perjanjian ini melibatkan seramai 56 pengusaha tanaman tembikai dari enam daerah di negeri ini iaitu Bachok, Machang, Pasir Puteh, Tumpat, Kuala Krai dan Jeli, dengan keluasan tanah keseluruhan 78.45 hektar.
“Kelantan dipilih kerana mempunyai keluasan tanah yang cukup baik untuk mengusahakan tanaman tembikai, namun kementerian juga berharap inisiatif sebegini dapat diperluaskan di negeri-negeri lain,” katanya kepada Bernama selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian berkenaan di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Eliyas Saad dan Pengarah Eksekutif Beho Supply Datuk Jamal Harizan Yang Razali.
Mengulas lanjut, Che Abdullah berkata melalui kerjasama strategik ini, Beho Supply Sdn Bhd akan membeli hasil tanaman tembikai, dengan harga yang dipersetujui iaitu harga ladang RM1.80 sen sekilogram bagi gred A, B (RM1.60 sen) dan C (RM1.30 sen).
“Justeru, ia dapat memberi manfaat kepada setiap petani untuk mendapatkan harga ladang yang lebih baik dan meningkatkan hasil keluaran makanan yang selamat dan berkualiti.
“Petani juga mendapat latihan dan bimbingan secara berkala melalui Jabatan Pertanian, yang menjadi pemudah cara dengan menyediakan khidmat teknikal seperti pendekatan pengurusan perosak bersepadu (IPM), bagi memastikan kualiti hasil ladang memenuhi standard premium bagi tujuan eksport,” tambah beliau. – BERNAMA
Murahnya amik harga ladang! Balik modal ke petani tu?
ReplyDelete"Mengulas lanjut, Che Abdullah berkata melalui kerjasama strategik ini, Beho Supply Sdn Bhd akan membeli hasil tanaman tembikai, dengan harga yang dipersetujui iaitu harga ladang RM1.80 sen sekilogram bagi gred A, B (RM1.60 sen) dan C (RM1.30 sen)"
Alhamdullillah.........ada juga sumbangan petani2 kelate utk kerajaan isle kelate. sumbangan utk beli buldozer mercedes baru..... apa aku peduli wpun 2.5 trillion tan eksport.
ReplyDeleteTakziah. Masih ada yg busuk dan iri hati dengan kerajaan kelantan. Semoga pentabiran bersih kelantan jadi pentadbiran contoh. Mari seluruh rakyat malaysia sokong pentadbiran bersih.
ReplyDeleteHuargghh...muak arr!
Delete