1. Menteri Luar Iran: ''Kami Sangat Mementingkan Hubungan dengan Turki''
Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif, mengatakan bahawa kerjasama adalah penting dalam hubungan antara negara-negara dan isu-isu serantau dengan Turki.
Menteri Luar Iran yang datang ke Turki dalam rangka lawatan rasmi, bercakap dengan televisyen negara Iran menjelang perbincangan dengan pihak berkuasa Turki.
Mohammad Javad Zarif menyatakan bahawa mereka sangat mementingkan hubungan dengan Turki,
"Hubungan kami memerlukan rundingan berterusan kerana hubungan dua hala dan kerjasama serantau dengan Turki adalah penting." Katanya.
Javad Zarif menyampaikan bahawa mereka akan membincangkan isu-isu dua hala dan serantau termasuk pembentukan perdamaian yang berkekalan di wilayah Kaukasus.
"Sangat penting bahawa syarat-syarat untuk perdamaian berkekalan di Kaukasus diciptakan melalui kerjasama." Katanya.
"Mekanisme ini sebelumnya dijadikan agenda oleh Mr. (Presiden Recep Tayyip) Erdoğan dan pegawai lain di rantau ini. Saya juga mengadakan perbincangan mengenai isu ini. Saya akan berkongsi hasil rundingan dengan pihak berkuasa Turki kerana ini isu penting, terutamanya dari segi kerjasama dalam bidang transit. " Kata Javad Zarif mengenai cadangan platform kerjasama 6 pihak mengenai Karabakh.
2. Israel Akan Senang Jika Turki Ingin Ambil Bahagian dalam Forum Gas Mediterranean Timur
Menteri Tenaga Israel Yuval Steinitz, mengatakan bahawa dia akan senang jika Turki ingin berpartisipasi dalam Forum Gas Mediterranean Timur (EMGF) dan mengatakan itu akan baik untuk hubungan perdagangan.
Yuval Steinitz membuat penilaian mengenai Forum Gas Mediterranean Timur dalam wawancara kepada saluran CNBC Amerika Syarikat (AS).
Steinitz menyatakan bahawa Israel bersedia untuk membincangkan projek gas yang akan dieksport ke Turki,
Forum Gas Mediterranean Timur ditubuhkan pada pertemuan yang diadakan di Mesir pada 16 Januari 2019 dengan penyertaan Menteri Tenaga Mesir, Israel, Yunani, Greek Cyprus, Itali dan Jordan.
(IH)
2 comments:
Geng2 liberal ni, jika boleh berpeluk cium dengan cina dap, dengan israel lagilah tiada masalah. Hubbul dunnya mereka itu.
Kenapa Laman Roformasi tak siar kaedah terbaru Swab Test Covit19.
Sepatutnya puak PKR dan Otai Bang Non sokong Swab test 'Calit Jubo' diperkenal China.
China mula laksana swab dubur kesan Covid-19
Pemerintah China telah mula menggunakan kaedah calitan dubur (anal swab) ke atas individu yang dianggap berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.
BEIJING - Pemerintah China telah mula menggunakan kaedah calitan dubur (anal swab) ke atas individu yang dianggap berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.
Sebelum ini, pakar-pakar perubatan China bersetuju, kaedah itu adalah lebih tepat untuk mengesan kehadiran Covid-19 berbanding ujian calitan tekak dan hidung.
Penyiar rasmi CCTV berkata, pegawai kesihatan telah mula mengambil sampel daripada penduduk di zon merah di Beijing pada minggu lalu.
Penduduk yang ditempatkan di pusat-pusat kuarantin turut diarah menjalani prosedur sama.
Doktor kanan di Hospital Youan di Beijing, Li Tongzeng memberitahu CCTV bahawa kaedah calitan dubur dapat meningkatkan kadar pengesanan individu yang dijangkiti virus berkenaan.
Tambahnya, ini kerana kesan virus kekal lebih lama di dubur berbanding di saluran pernafasan
Haahh Bang Non dan otai bila nak buat ujian 'Calit Jubo'..!?
Post a Comment