Monday, January 25, 2021

Ibnu Hasyim Mengutuk Serangan di Masjid Aabenraa di Denmark

 


Weblog Ibnu Hasyim Mengutuk Serangan di Masjid Aabenraa di Denmark

Hal ini berlaku bertepatan dengan Ketua Hal Ehwal Agama Turki Ali Erbaş menyatakan bahawa dia mengutuk serangan di Masjid Aabenraa di Denmark.

Ali Erbaş membuat kenyataan menerusi akaun Twitter,
"Saya mengutuk keras serangan hina di Masjid Aabenraa di Denmark. Kami mengharapkan kegiatan kumpulan rasis dengan mentaliti Islamofobia, yang semakin meningkat di Barat dari hari ke hari, akan berakhir dan pelaku segera dibawa ke hadapan pengadilan secepat mungkin." Katanya.

Masjid Aabenraa, sebuah masjid Turki di dekat sempadan Denmark-Jerman mengalami serangan Islamofobia.

Hursit Tokay, Presiden Asosiasi Masjid mengatakan, seorang tak dikenal menulis coretan yang menghina Islam di dinding masjid.

Tokay mengatakan, semasa beliau meninggalkan masjid, Jumaat (22/1) petang, dan kembali keesokan harinya, Sabtu (23/1) pagi, terdapat tulisan-tulisan yang menghina Islam, khususnya Alquran di dinding masjid.

Beliau mengatakan pejabat masjid melaporkan kejadian itu kepada polis dan pihak berwenang membuka penyelidikan dan akan memeriksa kamera pengintai di daerah tersebut.

Tokay mengutuk serangan itu dan mengatakan bahawa kini tulisan-tulisan itu telah dihapus dan tidak ada kerusakan lain yang terdeteksi di masjid.

Masjid yang beroperasi di bawah payung Yayasan Islam Turki Denmark itu kini belum beroperasi normal dan masih terhad kegiatannya kerana wabak Covid-19.

Menurut weblog Ibnu Hasyim

Sabda Nabi SAW:
عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى (رواه مسلم)

Dari An-Nu'man bin Bisyir dia berkata, bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: 'Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi di antara mereka adalah ibarat satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak boleh tidur) dan panas (turut merasakan sakitnya)." (HR Muslim No 4685)

Kerana itu kita terus mengutuk serangan di Masjid Aabenraa di Denmark. Allahu Akbar!

3 comments:

Anonymous said...

Kat malaysia pun ada anti islam. Dari kumpulan bangsa dap dan liberal pimpinan bang non. Cuma belum tahap serangan fizikal. Baru serangan oral bertubi tubi. Semuanya fitnah yg terbukti tiada fakta.

Anonymous said...

Sapa ygg kuat fitnah tu? Lebai jadian mana yg fitnah kes tabung haji??
Kes lebai mutant gila sex dgn pondan nama leena tu apa citer?

Anonymous said...

Leena??? Mana buktinya!!!!
Setakat ini, tiada lebai yg terlibat kes mahkamah macam presiden parti liberal. Ayuh rakyat malaysia, bezakan parti berfahaman liberal dan syiah, dengan parti yg ikut fiqh as siyasah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails