MAFI lancar KARMA 2021-2025 untuk tangani rasuah
Turut terkandung ialah strategi untuk meningkatkan kecekapan dan akauntabiliti tatacara penyiasatan dan pendakwaan MAFI, serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan bantuan dan insentif.
Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang melancarkan KARMA 2021-2025 itu dengan visi ‘Peneraju Pertanian dan Industri Makanan Berintegriti, Telus dan Mesra Rakyat’ berkata pelan tersebut bertujuan merealisasikan aspirasi kerajaan ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti.
Berdasarkan pelan itu, MAFI telah mengenal pasti lima bidang berisiko untuk ditangani, antaranya pengurusan perolehan awam, pengurusan permit lesen dan kuota serta penguatkuasaan dan pendakwaan padu beras, katanya.
“KARMA 2021-2025 ini akan dilaksana dan diukur keberkesanan bagi tempoh lima tahun bermula tahun ini,” katanya ketika berucap melancarkan pelan itu di kementeriannya di sini.
Sementara itu, Kiandee berkata pendekatan baharu dan di luar kebiasaan diperlukan bagi memastikan MAFI dapat menghadapi cabaran sekuriti makanan termasuk cabaran semasa yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.
“Kita mesti terus memberikan penekanan yang lebih terhadap penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi, pembangunan model pertanian moden, pertanian tepat, agrorobotik, aplikasi berasaskan Internet of Things (IoT) dan sebagainya sejajar dengan Revolusi Industri 4.0,” katanya.
Beliau mahu MAFI menjadi kementerian yang mesra perniagaan dan berupaya menarik pelaburan ke dalam sektor agromakanan yang memberikan sumbangan kepada ekonomi negara.
Kiandee turut meminta kepimpinan tertinggi kementerian, jabatan dan agensi menyemak semula peraturan dan prosedur sedia ada yang tidak relevan, bertindih serta membebankan supaya dipermudahkan selaras dengan pembudayaan dan amalan norma baharu pasca-COVID-19.
“Semua jabatan dan agensi MAFI yang terlibat perlu bekerja secara berpasukan bagi memastikan projek-projek yang dilaksanakan memenuhi kehendak pihak-pihak berkepentingan,” katanya. – BERNAMA
Hibur Hibur Sikit. Pilihan..
Album 4
6 comments:
Dah KARMA plk!
Apa hal DARURAT pula skrg.?!! PKP dah cukup!! Rejim PN ni mmg. TAK GUNA betul!!
Kami RAKYAT mahu PRU15 skrg. - rejim PN ni makin ZALIM, RAKUS & BUAS!
Ya, patut diPERSALAHkan rejim PN paling TAK GUNA ni!! MAJIKAN2 paling TAMAK yg. menggaji PATI2 - TAK juga diTANGKAP @ diHUKUM!!
Tgk. kenapa KEM. KESIHATAN, MKN serta rejim PH Selangor PARASIT - TAK juga MENDAKWA si syarikat Tokey DAPparasit, TOP GLOVE serta syarikat2 PEMBINAAN, yg. memBAHAYAkan NYAWA Rakyat & Negara - dgn. punya TAMAK & BONGKAK - mulanya TAK menyaring Pekerja2 ASING depa, utk. COVID-19, cthnya Top Glove, sampai lebih 7000 dijangkiti?!!
Sbb. disyaki ada PATI2 - sbb. tu TAK disaring , kerana kalau disaring, kena berikan maklumat lengkap Pekerja2!!
Lihat di - https://malaysiagazette.com/2020/12/01/19-kertas-siasatan-dibuka-terhadap-syarikat-top-glove/
Bersatu LIBERAL/PAS - semoga ALLAH SWT balas akan KEZALIMAN & PENGKHIANATAN kamu ni!!
Patutlah, selama ni TAK peduli pekerja2 Asing/PATI2 ni diSARING sebelum boleh kerja, mcm. kat Top Glove tu - rupa2nya ini MO licik & jahat rejim PN GILA ni!!
Post a Comment