Monday, January 04, 2021

Ini Lagu 'Gulf of Alaska' tular menerusi aplikasi TikTok China, 170 juta tontonan..

 

Dilahirkan sebagai anak jati Melayu, Firdhaus Farmizi guna kelebihan bertutur dan menulis bahasa Mandarin untuk melakar nama di China. . - Foto Firdhaus Farmizi

HALAMAN HIBURAN

Penyanyi Melayu 'trending' di China

KUALA LUMPUR: Dia bukan keturunan Cina, malah dilahirkan anak jati Melayu. Namun, siapa sangka kelebihan penyanyi baharu, Firdhaus Farmizi, 22, menguasai bahasa Mandarin melakar sejarah tanpa diduga.

Firdhaus menjadi penyanyi baharu dan anak Melayu pertama yang menempa kejayaan apabila single nyanyian serta ciptaannya berjudul Gulf of Alaska tular menerusi aplikasi TikTok China, Douyin dengan meraih 170 juta tontonan.

Malah, salah satu lirik video yang dimuat naik dalam YouTube mencapai 1.5 juta tontonan. Single Gulf of Alaska yang dimuatkan dalam album EP, The Letter dilancarkan pada awal November lalu.

Jejaka kelahiran Kulai, Johor itu berkata, dia mampu bertutur dan menulis dalam bahasa Mandarin dengan baik.

"Saya mendapat pendidikan awal di sekolah tadika Cina, seterusnya meneruskan pelajaran di sekolah jenis kebangsaan Cina. Saya akui, memiliki ramai rakan berbangsa Cina, berbanding Melayu.

"Bagaimanapun, saya tetap anak Melayu dan masih boleh berbahasa kebangsaan dengan baik. Nak nyanyi dalam bahasa Melayu pun saya mampu.

"Cuma, secara kebetulan, persekitaran dan pengikut dalam media sosial ramai di kalangan bangsa Cina, jadi saya lebih fokus menyanyikan lagu Mandarin supaya mereka lebih memahami apa yang disampaikan," katanya kepada BH Online.

Firdhaus berkata, dia sering disalah sangka pemuda Cina disebabkan pergaulan dan persekitarannya sering bersama rakan bangsa itu.

"Memang ramai anggap saya orang Cina kerana fasih berbahasa bangsa berkenaan.

"Saya berasal daripada 100 peratus keturunan Melayu. Cuma, ibu bapa memilih menghantar saya ke sekolah Cina sejak kecil lagi," katanya.

Baginya, bahasa dan muzik bersifat universal. Perjuangannya dalam dunia seni juga baru bermula dan bernafas.

"Kalau ikutkan, saya mula aktif dalam aplikasi TikTok ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan pada Mac, tahun lalu. Saya bermula dengan melakukan lagu saduran dalam Instagram (IG) dan TikTok.

"Tidak dinafikan, melihat dalam IG mungkin ramai akan menyangka saya pemuda Cina. Saya tak pernah berniat membelakangi bahasa ibunda, tetapi saya hanya mahu berkongsi kebolehan yang ada.

"Secara jujur, saya tak sangka single Gulf of Alaska boleh tular di China. Peringkat awal lagu ini belum disedari ketika saya memuat naik dalam IG. Bagaimanapun, momentumnya meledak tidak lama kemudian.

"Tak disangka, peminat muzik di China mula menyanyi dengan menggunakan aplikasi TikTok Douyin. Daripada situ, ramai mula mengikuti perkembangan saya dalam IG. Alhamdulillah, peminat di Malaysia juga sudah mula menyedari kehadiran saya," katanya.

Firdhaus Farmizi bakal melebarkan sayap perjuangan di China selepas pandemik COVID-19 berakhir. - Foto Firdhaus Farmizi

Jauh di sudut hati, anak tunggal dalam keluarga itu mengharapkan dapat menghasilkan lagu bahasa Melayu pada masa akan mendatang.

"Ada peminat minta saya menterjemahkan single lagu Gulf of Alaska dalam versi bahasa Melayu. Jika ada kesempatan, saya juga mahu merealisasikan perkara ini atau muncul dengan single bahasa Melayu

"Saya meminati Yuna, Faizal Tahir dan Aizat Amdan kerana berbakat sebagai komposer dan penyanyi. Ada peluang saya juga mahu bekerjasama dengan tiga penyanyi hebat ini," katanya.

Menyanyi sejak berusia 12 tahun, Firdhaus menjadikan penyanyi terkenal dari Taiwan, Jay Chou sebagai inspirasi kerana disifatkan cukup versatil.

"Saya akui, Jay Chou memberi saya suntikan semangat untuk saya mengejar cita-cita. Kerana dia jugalah, saya mula menghasilkan karya dan menyanyi.

"Jika ada rezeki, saya nak jumpa Jay Chou secara berdepan. Saya nak ucapkan terima kasih kepadanya, dialah sumber inspirasi hingga saya melakar sejarah ini," katanya yang pernah menyertai pertandingan menulis lagu, The Ultimate Song 2 di 8TV.

Firdhaus berkata, dia tidak pernah menyangka bakat kecil yang dipupuk sejak berusia belasan dihargai.

"Rahsia single Gulf of Alaska mudah diterima kerana penyampaiannya lebih bersahaja dan 'straight forward'.

"Lagu ini diinspirasikan menerusi pengalaman cinta. Ia mengenai seorang wanita yang pernah saya cintai, suatu masa dahulu. Ia bagaikan sepucuk surat yang memuatkan luahan isi hati saya buatnya.

"Saya pernah melihat gambar dalam laman Facebook yang kelihatan mencantumkan laut antara dua negara. Imaginasi saya, dua laut simbolik kepada dua jiwa yang tak dapat bersama.

"Saya percaya karya ini diminati kerana ia mudah difahami, selain emosi saya sampai. Saya harap lebih ramai pendengar, tak kira bangsa boleh menghayati karya dan muzik saya," katanya yang bernaung di bawah naungan syarikat rakaman Malaysia, Loolala Music.

Kata Firdhaus, Loolala Music sedang merencana untuk melebarkan saya perjuangan kerjaya nyanyian ke China.

"Syarikat rakaman merancang membawa saya ke China untuk melebarkan sayap perjuangan. Bagaimanapun, situasi pandemik COVID-19 membataskan untuk merentas negara. Kami kena tunggu wabak ini reda terlebih dahulu," katanya.

Firdhaus muncul dengan EP berjudul The Letter memuatkan empat lagu ciptaannya sendiri, November lalu. Buat kali pertama Firdhaus turut diundang sebagai tetamu program bual bicara Malaysia Hari Ini di TV3 yang dikendalikan Fedtri Yahya, Jumaat lalu. (BH)

IHtv

 'Gulf of Alaska' 

你們的支持是我最大的動力~❤❤ 支持小編IG: 【Instagram:jessywong99 】 網址Link :https://www.instagram.com/jessywong99/ FB ...
阿拉斯加海灣Gulf of Alaska 作词:菲道尔李康宁作曲:菲道尔編曲/後製:鳥鳥artwork by @lemonjuice1031 上天啊难道你看不出我很 ...
Nice song... "以后的日子你要好好照顧她我不在她身旁你不能欺負她别再讓人走进她心里最後却又离开她因為我不願再看她流淚啦..."


No comments:

Post a Comment