Friday, January 15, 2021

Jaga, bagaimana wang simpann anda boleh lesap?

 

Wang simpanan RM100,000 lesap

KUALA LUMPUR: Seorang kerani akaun wanita kerugian RM112,000 selepas mendedahkan maklumat akaun bank kepada pihak yang mengaku dari Bank Negara.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata dalam kejadian pada Januari lalu, mangsa berusia berusia lingkungan 40-an itu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai bank.

"Lelaki itu memaklumkan mengenai penggunaan kad kredit yang didaftarkan atas nama mangsa, namun mangsa menafikan ada membuat sebarang traksaksi seperti yang didakwa oleh lelaki terbabit.

"Panggilan itu kemudian (kononnya) disambungkan kepada seorang pegawai di Bank Negara dan mangsa diyakinkan bahawa berlaku penyalahgunaan namanya dalam urusan kad kredit berkenaan.

"Mangsa yang percaya dengan perkara itu kemudian mendedahkan segala maklumat akaun bank dan jumlah wang kepada 'pegawai' berkenaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini.

Katanya sehari selepas kejadian itu, mangsa menyedari menjadi mangsa penipuan selepas semakan ke atas akaun bank miliknya mendapati wang simpanannya berjumlah RM112,000 dipindahkan ke akaun ketiga.

Mengulas lanjut, Eng Lai berkata bagi tempoh sepanjang tahun lalu, pihaknya menerima 193 aduan berhubung kes penipuan menggunakan modus operandi panggilan palsu atau Macau Scam membabitkan kerugian mencecah RM6.01 juta.

Katanya daripada keseluruhan jumlah aduan yang diterima itu, sebanyak 30 peratus kes berjaya diselesaikan, manakala kes-kes lain masih dalam tindakan dan siasatan.

"Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan sebarang panggilan telefon yang diterima termasuk yang mengaku daripada pihak bank atau polis.

"Jangan mudah percaya. Buat semakan terlebih dahulu agar tidak menjadi mangsa penipuan," katanya.

Sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan dengan melayari laman sesawang https://ccid.rmp.gov.my/semakmule bagi membuat semakan akaun yang terlibat dalam sebarang kes penipuan.

Polis turut meminta orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dengan cara menghubungi Hotline Polis Sentul di talian 03-40482222 atau mana-mana balai polis berhampiran. (BH)

IHtv

8 comments:

IbnAbdHalim said...

Undang-undang wajib dipinda. Kenakan hukuman mati bagi jenayah begini. Negara China menghukum mati(firing squad) bagi jenayah rasuah.

avanza5990 said...

ambo doh tak runsing loni pasal duit kt bank sebab KERAjaan isle loni hari2 berdoa utk rakyat. dulu kerajaan dap mana reti nak doa utk rakyat. kes mcm2 yg kita dgr duit hilang kt bank pun tu sbb doa dap yg tak makbul pah ceroh. hok sapo duit selamat tu hasil doa kerajaan isle pas. kalu ile jugok doh mung rakyat x reti jago duit. buke salah kerajaan.

Unknown said...

Meme otak sampah demo ni, sesuai sangat demo sokong DAP /PH

Kau betul aku salah said...

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu kalau Kilang Arak, Kelab malam, Pub masih dibuka ? Apa yang berubah.. Tidak ada apa pun... Jadi apa beza kalau DAP perintah pun...

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatu.. kalau nak laksana Hudud dan Qisas untuk pemandu mabuk pun tak mampu..Akhirnya kena patuh dan tunduk kepada cadangan MCA dan DAP dalam perlambagaan yang dulu dituduh Undang2 Penjajah dan Toghut..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu Kalau kes mati akibat Pemandu Mabuk, Kes Judi, Kes LGBT, Maksiat.. Liberal Melayu tetap berleluasa.. Tangkapan di Kelab malam makin meningkat..Takda beza apa pun.. Jadi lantik Mufti jadi Menteri Agama tak guna sekupang dua pun..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatupun.. Dong Zong yang Ismail Sabri desak haram dulu.. bukan tak diharam.. malah makin berkuasa.. Peruntukan University MCA bertambah..Sekolah Vernakular Tetap macam tu...

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatupun.. Dari Ketua Hakim..Ketua Polis Negara, Pendakwaraya hatta Peguam Negara semuanya Bani Melayu Islam.. Tapi masih tak dapat selesai dan tangkap pembunuh Adib... dulu salahkan Tommy Thomas hanya sebab dia Kapir..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu kes Covid-19 makin teruk.. tak terkawal.. Nak salahkan Pelancong Cina lagi..? Nak salahkan Pemimpin PH lagi.. takda DAP pun.. Menteri Kesihatan,Timbalan Menteri bani melayu ni sorang pun tak berguna.. Dah tutup semua Sempadan Negara dan Negeri..kes tetap memuncak..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatupun.. Bukan boleh angkat Ekonomi Islam dan Bumiputera... Jadi Kerajaan pun kempen BMF makin suram.. Masa jadi pembangkang, Beria ia masuk Masjid nak promosikan BMF.. bila wujud Kerajaan Islam, Perniagaan BMF semua hidup segan mati tak mahu.. depa tetap kempen barang buatan Malaysia sama seperti zaman PH..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu, Kalau nak pertahan tanah sendiri pun gagal..Nak lawan Peneroka haram Musang King pun tak Mampu.. Terbaru Syarikat milik Khazanah UEM Sunrise akan bailout Syarikat Hartanah Taikun Cina Eco World yang dulunya dikaitkan dengan Penyelesaian Hutang TS Khalid Ibrahim.. Sedangkan nasib puluhan ribu pekerja MAS diabaikan...

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu.. Kalau Mantan Mufti Wilayah jadi Menteri Agama pun... Masjid masih ditutup rapat luar waktu Solat.. Sampai orang terpaksa Solat di luar.. nak buat SOP Solat pun dah berbulan..Sedangkan Masjid di Singapura jauh lebih terbuka dan mesra Keluarga untuk berjamaah..

Sudah Sudah lah bani Melayu PAS dan UMNO berbohong... renti rentilah mainkan sentimen Melayu dan Islam.. hat gadai hak Melayu dan Islam selama ini adalah bani UMNO ngan PAS jugak...

Berangan angan jer lah kononnya akan tertegak Kerajaan Melayu mahupun Khilafah Islam atau seperti Kerajaan Nabi SAW di Madinah.. Hakikatnya lebih teruk dari pentadbiran UMNO dulu...Semua tu hanya angan angan.. Apa yang penting Kita cari pemimpin yang Amanah.. Al Qawwi Al Amin..

Bayangkan bukan takat Dosa orang Politik, Ustaz PAS dan UMNO mengfitnah DAP atas semua tuduhan diatas.. Malah Sampaikan Pendakwah anak buah dan pentaksub Zakir Naik pun fitnah Sama... Begitu juga fitnah fitnah Jahat Mufti Utara dulu..

Jadi sudah sudah lah Berbohong... Yang rosakkan Melayu dan Islam ni bukan DAP.. Tapi melantik LBIH (70 MENTERI) kelompok Ashabiyah PAS dan UMNO sendiri... Description: 🙂

Unknown said...

Kalau aku jawab pun kau bukan pilih pikir sangat, tapi aku bagi analogi mcm nilah Harap2 kau boleh pikir

Kalau kau tu sakit ada panau ada kurap, ada tokak, ada kencing manis, ada sawan, ada buasir, ada gila babi... Kau ingat doktor boleh rawat jadi baik on the spot ke? Dengan keadaan ubat tak cukup, nurse pulak ada yg mogok, dan kau sendiri tetap pengotor main taik, maki doktor, kuat mentedarah macam lembu...

Boleh pikir tak?

Unknown said...

He. He. Aku takut satu masa nnt dia akan tanya pulak buat apa pemerintahan islam khalifah arrasyidin kalau umar al khatab kena bunuh, syaidina Osman kena bunuh, syaidina Ali kena bunuh, malah siap perang lagi sesama islam... Tulah tahap pemikiran dia, dulu ambe penah dengar seorang penyokong umno biru pekat bercakap macam tu... Sian dia... Harap1 mamat bongok tu tak fikir sampai tahap tulah he. He. He

Kau betul aku salah said...

Nak tanya anan 8.34..aku suka bila kepala kotak ko dh start berfikir kenapa? Ya..baru ko sedar kan semua benda x akn selesai sekelip mata..cuma nk tanya..masa ko jadi pembangang ade x ko fikir benda yg sama?..ada tak ko fikir.."Kalau kau tu sakit ada panau ada kurap, ada tokak, ada kencing manis, ada sawan, ada buasir, ada gila babi... Kau ingat doktor boleh rawat jadi baik on the spot ke? Dengan keadaan ubat tak cukup, nurse pulak ada yg mogok, dan kau sendiri tetap pengotor main taik, maki doktor, kuat mentedarah macam lembu..."??..ke masa tu otak ko masih beku?..menjerit memaki hamun piket sana sini ruu355lah..arwah adib lah..arak lah..judi lah..macam x de esok?..bila dh jadi kjaan pandai pulak keluar alasan eh?..cabutan ekor jadi 22 kali ko tau tak? Bila nak haramkan? Ooo..tahun 2025 pulak..apesal tak kata tahun 3000 terus eh?..ingatkan dh x de esok..padan dengan muka seko² kena bodo dengan netizen skrg ni!

Kau betul aku salah said...

Nk tanya jgk anon 9.27..yg bongok tu bukan ke yang tak tau beza ke antara merc 1 bijik rm4ook lebih..dengan 1 bijik 700k lebih? Lps tu meroyan lagi kata org x basuh berak..padahal kat bontot dia ade taik lagi beso?

Aku bkn walaun mcm ko ikut menonong aje sampai x leh beza islam dengan pas?
Pemerintahan islam khalifah x de nk biar arak semua bila dh ada kuasa! X akan biar cabutan ekor jadi 22kali! X akan biar arwah adib x terbela wlpn semua penguasa melayu islam! Tak kan tangguh ruu355 lagi! Tak kan biar dong zong dan uec serta mca naik tocang! Sekarang ape? Semua dia..tutup mulut kan sbb apa? Dah sedap kan jadi menteri! Dah sedap kan ada kuasa! Dulu x de alasan..sekarang bermacam² alasan kalau x cukup tambah lagi dalil! Itu pn ko x nampak eh???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails