Tuesday, January 19, 2021

Kita tahu siapa sebenarnya kerajaan DAP PP...

 

Pampasan tidak berbaloi, penuh tipu muslihat

BALIK PULAU: Cadangan pampasan kepada nelayan yang terjejas dengan projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) dikemukakan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah tidak berbaloi dan penuh tipu muslihat.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff mengulas luahan para nelayan bahawa pampasan yang ingin diberikan kerajaan negeri tidak setimpal dengan projek bertaraf mega yang bakal dibangunkan di kawasan itu. 

Dilaporkan, pampasan kepada nelayan kategori A iaitu mereka yang berdekatan Pulau A di sekitar Permatang Damar Laut adalah sebanyak RM20,000 di mana pembayaran akan dibuat 75 peratus dan selebihnya akan dibayar secara ansuran RM800 setahun.

Manakala bagi kategori B, hanya diberikan RM4,000 one-off, dan nelayan kategori C pula tiada pampasan yang disediakan, sekali gus bermakna nelayan hanya berputih mata untuk menikmati pampasan tersebut.

“Ini juga bermakna layanan kerajaan negeri kepada nelayan di selatan pulau, lebih teruk daripada nelayan Tanjong Tokong yang telah mendapat pampasan antara RM15,000 hingga RM20,000, tetapi kini nelayan Tanjong Tokong telah kehilangan tempat mencari rezeki ekoran penambakan tanah di Gurney Drive,” kesali beliau.

Ustaz Fauzi yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Balik Pulau berkata, hal ini tentunya mencabar maruah nelayan pantai dalam pergelutan mereka mempertahankan survival dan masa depan hidup mereka serta keluarga.

“Kerajaan DAP nampaknya buat tak peduli sektor perikanan yang membekalkan hasil laut segar kepada rakyat Pulau Pinang serta mereka juga tidak hiraukan soal jaminan makanan (food security).

“Kalau beginilah sikap kerajaan kepada rakyat Pulau Pinang, maka akan hilang bekalan ikan dan hasil laut segar di negeri ini,” bidasnya.

Beliau juga menegaskan bahawa PSR akan menyaksikan kerosakkan ekosistem laut bukan sahaja di selatan pulau bahkan di negeri Perak juga akibat perlombongan pasir laut untuk dibekalkan ke Pulau Pinang bagi memenuhi projek itu. 

“Projek mega ini akan hanya menguntungkan golongan kapitalis dan kroni pihak berkenaan serta mereka yang akan mengecapi keuntungan hasil projek tersebut. Akhirnya rakyat Pulau Pinang keseluruhannya menanggung kerugian.

“Tak usahlah kerajaan negeri hanya menyebut pampasan sebagai sumbangan menaik taraf hidup nelayan jika nelayan hilang segala-galanya. Inilah wajah ‘Kerajaan Penjajah’, jauh daripada etika pemerintah,” tempelaknya lagi.

Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara), Mahadi Md Rodzi juga berkata, nilai pampasan yang dicadangkan terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan projek ingin dibangunkan.

Sedangkan menurutnya, faktor kehilangan pendapatan nelayan dilihat akan kekal dan persatuan itu sehingga kini tetap dengan pendirian mereka iaitu membantah cadangan projek mega terbabit.

Pakej lain yang dijangka diberikan kerajaan negeri seperti pembinaan jeti baharu, koperasi nelayan, skim tuisyen dan pendidikan anak-anak, skim latihan dan peluang pekerjaan, juga dilihatnya tidak mampu meyakinkan nelayan.

PSR ialah projek mega Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan menebus guna kawasan laut seluas 1,821 hektar termasuk pembinaan tiga pulau buatan di kawasan selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hingga ke perairan Permatang Damar Laut.

Sebelum ini Ustaz Fauzi juga pernah mengingatkan para nelayan supaya mengambil iktibar dari projek tambakan laut di Padang Kota Baru berdekatan Persiaran Gurney, sebelum teruja dengan tawaran pampasan terhadap projek seumpama.

Pampasan minimum RM15,000 yang diterima nelayan Tanjong Tokong, tetapi akibatnya kini mereka tidak lagi mendapat hasil laut disebabkan tambakan, sebagaimana dahulu memperolehi antara RM1,000 hingga RM3,000.

Demikian itu nasihatnya, para nelayan mesti memikirkan mengenai lubuk rezeki yang ada untuk masa depan dan generasi mereka dari dibiarkan musnah menerusi projek tambakan laut ghairah dilakukan seluruh negeri itu. – HARAKAHDAILY 19/1/2021

Komen Weblog IbnuHasyim: Kita tahu siapa sebenarnya kerajaan DAP Pulau Pinang dan orang Melayu...

IHtv

9 comments:

  1. Alahai.semua tak betul kalau DAP buat.kalau Pas buat semua betul.sudah lah bro.jangan jadi barua politik.

    ReplyDelete
  2. Alahai.semua tak betul kalau DAP buat.kalau Pas buat semua betul.sudah lah bro.jangan jadi barua politik.

    ReplyDelete
  3. Agama pun dap dah tak betul. Pelik juga macam mana pan dan pkr yg kononnya cerdik, tapi tak pandai pilih rakan perjuangan. Liberal hanya ngam dengan kafirun iaitu dap.

    ReplyDelete
  4. Apahal waktu DARURAT, projek PSR yg. bawah Projek Pelan Induk Pengangkutan PP amat FASIS, RASIS & PENIPU ni - boleh pula diTERUSkan sdgkan dah diBATALkan oleh MENTERI KASA dr. PAS dulu?!

    GILA betul rejim DIKTATOR Muhyiddin-BERSATU liberal/PN ni!!

    Lihat di - https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/07/24/no-go-for-reclamation-project

    ReplyDelete
  5. Bahkan, yang ganjilnya PEGUAM NEGARA baru/PDRM/LHDN/SPRM paling TAK GUNA - lansung tidak menyiasat dakwaan-dakwaan Rasuah dan Penipuan, serta jumlah sebenar di dalam kes-kes jenayah berkaitan Skandal Terowong Bawah Laut Pulau Pinang ini, yang mungkin kos sebenarnya, berjumlah $60 billion, seperti didakwa oleh YM Raja Petra, wartawan terkemuka dari Malaysia Today net, dan yang mana, juga disyaki berlaku jenayah Penggubahan Wang Haram, yang ganjilnya, tidak juga disiasat oleh PDRM dan LHDN.

    Bahkan kediaman-kediaman pemimpin-pemimpin DAP ini, terutamanya Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Timbalannya juga, serta kroni-kroni mereka dari penyokong-penyokong DAP - tidak digeledah lansung oleh SPRM dan PDRM, berkaitan kes-kes jenayah ini, seperti yang telah mereka lakukan dengan amat kejam, termasuk ada serbuan oleh PDRM di bawah bekas Ketua Polis Jenayah Komersial, yang Rasis dan Fasis, yang tanpa melalui SOP PDRM (aduan berasingan akan dibuat berkaitan  ke atas penipuan ini, seperti didedahkan juga oleh YAM Raja Petra, terhadap mantan PM Agung Orang Asal Islam/Melayu tercinta kami, YAM DS Mohd  Najib ibni Almarhum Tun Abd. Razak!

    ReplyDelete
  6. Ada pemimpin parti senjata tajam sedang berurusan dengan mahkamah kerana beberapa kes salah laku pecah amanah. Bolehke nak pimpin parti dan seterusnya negara sedangkan dirinya sendiri tak mampu nak pimpin hawa nafsu dan tamak haloba. Tak mampu nak pimpin diri supaya jujur dan berkata benar. Bolehker?

    ReplyDelete
  7. Wanita, pembangkang yang menanam benci kepada raja Thailand dalam demonstrasi baru2 ini telah dijatuhkan hukuman penjara selama 43 tahun.

    Diharap pihak berkuasa tempatan dapat segera menangkap dan menghantar seorang ahli DUN sebuah parti rasis chauvinist tempatan yang juga telah secara terang2an menanam benci kepada raja Thailand supaya dapat diadili oleh mahkamah disana!

    Mereka sanggup terbang beribu2 kilometer kenegara jiran semata2 ingin menghapuskan sistem beraja! Diharap pihak berkuasa dikedua2 buah negara dapat bekerjasama dengan segera!

    ReplyDelete