Monday, January 18, 2021

Lebih 5,000 peluang pekerjaan. Al-hmdulillah. Tahniah pimpinan baru Kedah!

 

Kedah Rubber City telah tarik pelaburan RM2.1 bilion  

ALOR SETAR: Projek berimpak tinggi, Kedah Rubber City (KRC) di Padang Terap, telah menarik pelaburan berpotensi melebihi RM2.1 bilion dengan lebih 5,000 peluang pekerjaan dihasilkan oleh pemain industri getah tempatan, setakat ini.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata melalui pakej insentif fiskal menarik dan komprehensif, pemain industri berkenaan telah memberikan komitmen untuk menjadi sebahagian daripada projek tersebut yang dijangka mula beroperasi pada suku kedua tahun depan.

“KRC mempunyai potensi besar seiring dengan peningkatan permintaan dunia terhadap produk-produk getah. Fasa pertama projek ini telah dimulakan tahun lepas dan kemajuan pelaksanaannya pada masa ini adalah melebihi 30 peratus.

“Kerja-kerja ekosistem pembuatan dan logistik sedang dijalankan dan KRC sedia menerima pelabur bermula tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Muhammad Sanusi, apabila siap sepenuhnya, KRC bersedia memacu Malaysia untuk muncul semula sebagai pemimpin dunia dalam industri getah yang akan memberi keuntungan kepada rakyat menerusi peluang pekerjaan baharu selain peningkatan pendapatan.

KRC dibangunkan di kawasan seluas 503 hektar di Padang Terap dan merupakan projek taman perindustrian getah berstatus nasional pertama di Malaysia yang diusahakan bersama kerajaan negeri dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata, sejajar dengan permintaan dunia terhadap sarung tangan kelas perubatan getah yang semakin meningkat, NCIA juga telah meluluskan pelaburan baharu bernilai RM10 bilion membabitkan pengeluar sarung tangan utama yang berhasrat memperluaskan kemudahan barisan pengeluaran mereka di Taman Teknologi Tinggi Kulim dan Taman Sains dan Teknologi Bukit Kayu Hitam.

Sementara itu, Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) telah meluluskan pelaburan melalui insentif fiskalnya bernilai hampir RM10 bilion selain mewujudkan lebih 15,000 peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan, logistik dan agribio bagi Kedah pada tahun lepas.

Beliau turut menyifatkan kejayaan NCER menarik pelaburan dalam tempoh mencabar ini sebagai bukti ketahanan ekonomi negara dan wilayah berkenaan.

“Ditambah pula dengan fokus dalam meningkatkan  ekosistem bakat NCER melalui program modal insan bersepadu, rakyat dijangka akan melihat perkembangan sosioekonomi yang kukuh dan mampan apabila tempoh mencabar (akibat pandemik COVID-19) ini berakhir,” katanya. – BERNAMA

Hibur Hibur Sikit. Pilihan..
Album 4

  • H2S Pilihan: 31 -Lagu P Ramlee Menusuk Kalbu
  • H2S Pilihan: 32 -Nasheed Mesir..
  • H2S Pilihan: 33 -Lagu Patriotik Malaysia.
  • H2S Pilihan: 34 -Libya Nasheed
  • H2S Pilihan: 35 -Pungguk, Bulan Dalam Lagu Melayu.
  • H2S Pilihan: 36 -Sudanese Nasheed
  • H2S Pilihan: 37 -Nasyid Singapore &Ikan Todak
  • H2S Pilihan: 38 -Lagu/Nasyid Kinabalu, Sabah
  • H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...
  • H2S Pilihan: 40 -Nyanyian Alam, Kashmir &Nasheed.
  • 1 comment:

    Anonymous said...

    Apa citer nadir bumi?
    Apa citer vellfire?
    Apa citer nk sekat sungai kuala muda?

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails