Madinah antara bandar paling sihat di dunia. - Foto Google
1. Madinah antara bandar paling sihat di dunia
JEDDAH: Bandar Madinah, Arab Saudi diakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai antara bandar paling sihat di dunia.
Kota suci itu mendapat pentauliahan selepas kunjungan pasukan WHO berkunjung yang menjelaskan, ia memenuhi semua standard piawaian global diperlukan untuk menjadi bandar sihat.
Madinah dikatakan antara bandar pertama dengan populasi lebih 2 juta yang diiktiraf di bawah program bandar sihat WHO.
Sebanyak 22 agensi kerajaan, komuniti, badan amal dan sukarelawan membantu menyediakan pentauliahan WHO.
Program bersepadu bandar itu merangkumi perkongsian strategik dengan Universiti Taibah untuk merekod keperluan kerajaan pada platform elektronik bagi kajian WHO.
WHO juga mengesyorkan supaya universiti itu memberi latihan kepada agensi bandar nasional lain yang berminat mengambil bahagian dalam program bandar sihat.
Jawatankuasa dipengerusikan Presiden universiti itu, Dr Abdul Aziz Assarani, yang mengurus 100 anggota mewakili 22 agensi kerajaan, awam, badan amal dan sukarelawan.
Kriteriannya termasuk memenuhi tujuan ditetapkan Projek Strategi Wilayah Madinah dan pelancaran program 'Bandar Humanising'.
Berdasarkan WHO, 'kota yang sihat adalah kota yang berterusan mencipta dan memperbaiki lingkungan fizikal serta sosial, selain memperluas sumber masyarakat membolehkan orang untuk saling mendukung dalam melaksanakan semua fungsi kehidupan dan mengembangkan ke potensi maksimum mereka'. - AGENSI
2. Arab Saudi buka panggung wayang pandu lalu pertama di Riyadh
RIYADH: Arab Saudi membuka panggung wayang pandu lalu yang pertama di negara itu, di ibu kota Riyadh.
Selain memastikan pelaksanaan jarak selamat, pemeriksaan suhu badan dan pemakaian pelitup muka juga diwajibkan.
Panggung wayang pandu lalu itu boleh menampung 150 kenderaan dalam satu-satu masa, lapor agensi berita Anadolu.
Selain ditayangkan filem Arab, para penonton juga boleh menikmati filem-filem Holywood dan Bollywood.
Kegiatan menonton filem di kawasan terbuka seperti itu semakin popular di negara Asia Barat dengan semakin banyak panggung wayang pandu lalu sepertinya dibuka, lebih-lebih lagi ketika pandemik COVID-19 sekarang.
Panggung wayang pandu lalu yang sama mula dibuka di Dubai dan Beirut, sejak awal tahun ini.
Pada April 2018, buat julung-julung kalinya Arab Saudi membuka semula panggung wayang selepas 35 tahun, sebagai sebahagian daripada usaha negara itu mempromosikan aktiviti-aktiviti hiburan dalam usaha mempelbagaikan sumber pendapatannya dan mengurangkan penggantungan kepada minyak. - AGENSI
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini.
No comments:
Post a Comment