Tuesday, January 26, 2021

Pantau kenaikan harga barang – Tim Presiden UMNO.

 

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Mohamad Haji Hasan menggesa tindakan dan inisiatif pemantauan harga makanan serta bekalan barangan keperluan asas segera di pertingkatkan.

Menurutnya, kebelakangan ini rakyat semakin terbeban dengan kenaikan harga barangan terutamanya bekalan makanan mentah.

Selain itu, kata beliau perkara yang lebih membimbangkan ialah trend harga barangan berterusan naik dengan perlanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sesuatu mesti segera dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Dasar kecukupan dan keselamatan makanan bukan sekadar memasti kecukupan bekalan tetapi juga memastikan harga makanan selari dengan kuasa beli rakyat.

“Begitu ramai rakyat Malaysia telah kehilangan mata pencarian akibat pandemik Covid-19.

“Kuasa beli segelintir rakyat berada pada tahap yang genting. Tanpa intervensi kerajaan, mereka bukan sahaja akan miskin, tetapi juga hidup dalam keadaan lapar dan tidak mempunyai kecukupan makanan,” ujar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau.

Sementara itu, beliau berkata, pihak kerajaan juga wajar menggalak dan menghulurkan bantuan untuk pertanian bandar.

“Penduduk Malaysia, terutamanya yang menetap di bandar, boleh menerima pakai konsep edible garden di kediaman mereka.

Sumber Facebook Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

“Gunakan tanah lapang di persekitaran rumah untuk menanam sayuran termasuk menanamnya dalam pasu.

“Penanaman sayur-sayuran di rumah mampu mengurangkan kos sara hidup seharian dan memudahkan akses kepada bekalan sayuran segar tanpa kebimbangan penyebaran Covid-19 di pasar raya,” ujarnya.

Manakala bagi golongan rentan, kata Mohamad, pemberian voucher makanan dan barangan runcit boleh dipertimbangkan segera.

“Negara maju telah lama melaksanakan intervensi food stamp dan voucher barangan perlu.

Voucher sedemikian bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan keluarga yang paling terhimpit, ia juga dapat menjana pendapatan pemilik dan pengusaha kedai runcit.

“Bantuan tersebut secara langsung juga akan meningkatkan pengguna agregat dan membantu peniaga kecil, pengusaha pasar raya serta restoran,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/1/2021

Tukang gunting rambut bimbang gulung tikar
Pada fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, perkhidmatan guntingan, dandanan rambut dan pusat kecantikan adalah antara sektor terakhir diberikan kebenaran beroperasi.

12 comments:

Anonymous said...

Mana pegi mentri2 bangang wal bebal bengung... Hangpa dok main teloq ka

Anonymous said...

Yg suka main teloq tu bang non. Homo. Ada no. Kik kik kik kik.

avanza5990 said...

jangan risau menteri pas hari2 dok doa agar harga barang murah. silap2 beras ikan ayam turun menjunam dari langit. doa termakbul.

menteri pas xde suka main teloq. teloq pun xde....hahahaa

Anonymous said...

Wahh..mana ko tau ni? Ko mcm biasa je main teloq dgn bang non. Jgn la malu2..ngaku je la..
Kah kah kah 355x!

Anonymous said...

jangan lupa pantau pemain teloq annwar.
pesta symburyt di sri gombak terutama dari keluarga divszAA

Anonymous said...

Untuk masa akan datang, jangan bertindak secara bersendirian dengan penuh kesombongan. Apa lagi menggunakan ruang dan kesempatan mempengaruhi apa-apa aparat institusi negara seperti Raja-Raja untuk melindungi niat busuk kita.

Dengan kekuatan 73 jemaah menteri, (lebih hebat daripada jemaah menteri Amerika Syarikat yang hanya 35 anggota) ternyata kerajaan PN tidak dapat berbuat sesuatu yang mengesankan. Kegagalan ini kena disedari khas oleh Muhyiddin Yassin bahawa ia ada kena mengenakan dengan apa yang berlaku, bahawa perbuatan anda sebelum ini mencuri kerajaan rakyat tidak mendapat berkat dan rahma

Anonymous said...

Keputusan itu diambil menurutnya memandangkan PKP memberi kesan negatif, (keparahan) kepada ekonomi. Bagaimana pun untuk melandaikan lekok Covid, PKPB akan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga beberapa bulan lagi.

Pihaknya yakin penurun kes Covid ke angka bawah 2,000 akan dicapai dalam masa dua minggu lagi dengan syarat SOP dipatuhi.

Penegasan itu memberi sedikit rasa gembira kepada rakyat khasnya mereka yang sudah terbeban dengan beban hidup akibat PKP 0.2 yang dilaksanakan sejak 12 Januari lalu.


Mengenang kenyataan Dr Noor Hisham itu menjadi sedikit tanda tertanya buat saya, kenapa hal itu, (kebimbangan mengenai ekonomi negara) diumumkan oleh pakar kesihatan bukannya pakar ekonomi. Kenapa Dr Noor Hisham yang menyatakan perkara itu bukannya menteri ekonomi atau pun oleh menteri kirikanan yang lain lebih relevan untuk menurutnya?


Sepatutnya orang yang bercakap mengenai kebimbangan ekonomi datang daripada pakar ekonomi atau menteri bersangkutan. Atau pun perdana menteri sendiri boleh membuat pernyataan itu baru ia nampak ia lebih bertanggungjawab. Tetapi kenapa diserahkan kepada Dr Noor Hisham?

Anonymous said...

Banduan.

Anonymous said...

Pantau ni apa? Tengok dan rekod ke....

Anonymous said...

Tahniah kerajaan pn. Buat kerja jangan ikut ph. Mengencing jer..

Anonymous said...

Bagi kat ph, macam tikus baik labu.

Anonymous said...

Hapuskan liberal dan faham komunis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails