Abdul Hadi mahu pendakwah lebih proaktif berdakwah ketika tempoh wabak dan darurat bagi menarik minat orang ramai terhadap Islam.-/Foto NSTP
Dakwah boleh dilakukan ketika darurat, wabak - Hadi Awang
KUALA LUMPUR: Pendakwah perlu lebih proaktif memperkenalkan Islam walaupun dalam keadaan situasi terdesak seperti darurat dan wabak, kata Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, di dalam Islam, dakwah boleh dilakukan dalam apa juga suasana sama ada ketika waktu aman, darurat mahu pun dilanda wabak, tetapi pendakwah perlu kreatif dengan menggunakan amal kebajikan untuk menarik orang kepada Islam.
"Berdakwahlah menggunakan amal kebajikan kerana ia boleh menarik orang kepada Islam.
"Inilah masa kita memperkenalkan Islam kerana dakwah itu bukan sekadar bersyarah saja, tetapi memberikan khidmat kepada masyarakat seperti bantuan perubatan, khidmat sosial, memberi nasihat dan sebagainya," katanya berucap menutup webinar 'Memahami Isu Darurat dan Masa Depan Gerakan Dakwah' anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), yang diadakan secara dalam talian, di sini, hari ini.
Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata, darurat dan wabak yang berlaku kini adalah ujian Allah untuk menguji serta mendidik kesabaran manusia.
Katanya, pada masa sama, ia mendidik manusia menggunakan akal fikiran bagi mengkaji dan menyelidik cara untuk melepaskan diri daripada wabak.
"Darurat dan wabak ini mendidik diri untuk menolong orang lain, membuat kebajikan bagi menolong mereka yang menghadapi wabak dan kesusahan," katanya.
Beliau berkata, khidmat kepada orang lain bukan hanya mendapat pahala, tetapi mendidik diri bersyukur dan bersabar selalu.
"Ilmu dan hasil kajian bukan hanya memberi pahala dan manfaat kepada masyarakat, tetapi juga melaksanakan dan mengembangkan lagi ajaran Islam," katanya.
Abdul Hadi berkata, pendakwah dinasihat tidak jumud dan duduk saja dalam suasana wabak serta darurat, sebaliknya perlu terus berusaha menyebarkan ajaran Islam.
Beliau berkata, YADIM sebagai organisasi dakwah juga berperanan besar memberi kefahaman mengenai darurat yang masih tidak difahami ramai.
"Pelaksanaan darurat perlu untuk memerangi wabak dengan menggembleng usaha dan tenaga pelbagai pihak termasuk pakar undang-undang, perubatan, motivasi serta sebagainya.
"Kita perlu bekerja secara berjemaah sebagai satu pasukan mengikut kebolehan masing-masing dan ini satu fardu kifayah," katanya. (BH)
11 comments:
Yadim nk dakwah??
Tontonwi baru je keluar fatwa sesatkan org.
Xpe, setel kat mahkamah la..try bg dalil baru dpn hakim.
Punya busuk hati kau lagi busuk dari taik babi gila... Hj hadi ajak umat islam berdakwah pun kau nak kondem, kau nak belit itu ini... Kau ni manusia ke babi gila menyerupai manusia?
Pegi la berdakwah naik mesedis.
Baru la orang percaya dan yakin.
Sahlah melayu penyokong barua atuk lim ni bodoh tahap babi sakti
Dakwah ni kerja susah. Abu jahal sampai tiba ajal, istiqamah tolak dakwah.
Bang non bersemburit kau tak bantah. Bila berdakwah, kau melenting.
Anon 7.52. Woi babi ternakan Pas! Ko dh bingai sgt smpi x blh eja artikel tu!
Babi pas ni igt puak dia je pandai maki hamun..kah kah kah 355x!
Babi pas dgn modal maki..kehkehkeh!
Dia semburit mak ko ke? Bg bukti sini.
Eeh. Bukan ke YDPA ampunkan bang non dlm penjara sebab semburit. Satu dunia tau, kecuali katak bawah tempurung.
Yg babi tu dap. Bukan pas. Babi tu makanan ruji dap.
Post a Comment