Friday, January 15, 2021

Perlekeh darurat adalah biadab dan khianat – MAMPIR

 

MAMPIR merafak sembah dan menjunjung kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah memperkenankan pengisytiharan Darurat yang selaras dengan peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. 

Pengisytiharan ini juga dititah Baginda setelah berunding dengan Majlis Raja-raja Melayu dan Majlis Keselamatan Negara. Keputusan ini adalah secara kolektif dan berdasarkan prinsip amalan ‘syura’ yang bertujuan mengelak soal kepentingan individu.

Keputusan Baginda seperti peruntukan di bawah fasal–fasal Perkara 150(1) dan 150(2) tidak boleh dicabar oleh mahkamah atas apa jua alasan melalui peruntukan Perkara 150(8). Ketika keadaan darurat ini berlangsung, prerogatif KDYMM Yang di-Pertuan Agong untuk membuat ordinan begitu luas selagi berada dalam batasan yang dibenarkan serta bertujuan mencapai maksud darurat itu diisytiharkan.

MAMPIR menyanjung tinggi titah KDYMM Seri Paduka yang telah menzahirkan kebijaksanaan Baginda apabila memperkenankan cadangan kerajaan bagi membentuk satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan dan memberi budi bicara kepada Jawatankuasa Bebas ini untuk mengusul pandangan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda sekiranya tempoh darurat ini boleh ditamatkan lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.

Sebarang tindakan atau kenyataan yang bersifat menentang atau memperlekehkan perisytiharan darurat ini bermakna menafikan keputusan syura yang berautoriti serta merendahkan kebijaksanaan KDYMM Seri Paduka Baginda dan Majlis Raja-raja. Sikap golongan sebegini juga adalah suatu kebiadaban dan pengkhianatan terhadap Keluhuran Perlembagaan dan Institusi Raja-raja yang wajib ditolak oleh seluruh rakyat.

Sehubungan itu, MAMPIR sebagai suatu wadah menyampaikan suara prihatin isu kenegaraan kalangan agamawan dan aktivis masyarakat mengharapkan:

(1) Semua anak watan Malaysia wajib memahami bahawa Kerajaan Malaysia pada hakikatnya ialah Kerajaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah bersumpah memelihara pemerintahan yang adil dan aman. [Perkara 37(1)] Perlembagaan Persekutuan.

(2) Menyeru agar rakyat berdiri menyokong penuh titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar pihak pentadbiran sedia ada dapat memberi fokus dan bersikap proaktif melandaikan lekuk positif COVID-19 harian tanpa sebarang gangguan birokrasi atau kerenah politik dan pentadbiran.

(3) Mendoakan agar Jawatankuasa Bebas yang dibentuk benar-benar bebas dari kepentingan politik peribadi atau parti atau kepentingan mana-mana pihak tertentu sama ada di dalam atau di luar negara.

(4) Mencadangkan agar pakar bidang Perlembagaan dan agamawan dapat membantu membimbing masyarakat agar tenang dan faham secara realiti terhadap isu kenegaraan yang sedang dilalui dan bersama memberikan komitmen memerangi pandemik.

(5) Mengingatkan kepada ahli-ahli politik menjadikan darurat ini sebagai tempoh bertenang dan muhasabah mengislahkan peribadi dan parti agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik, berintegriti dan berkredibiliti kepada agama, bangsa dan negara pasca darurat nanti.

(6) Mendoakan agar keputusan ini menjadi keputusan yang terbaik buat semua pihak dalam negara.

(7) Mendoakan agar Allah meletakkan Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera di bawah naungan Payung Mahkota KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

MAMPIR sekali lagi merafak sembah menjunjung kasih dan mendoakan agar KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa berada dalam lindungan dan Rahmat Allah S.W.T. 

“Daulat Tuanku”

Muwasolah Agamawan dan Aktivis Memperkasa Institusi Raja-raja
MAMPIR – HARAKAHDAILY 14/1/2021

6 comments:

Anonymous said...

Pas ni parti lalang.
Kalo walaun blh recall balik:
1) memula mudin nak buat darurat dlu-pas sokong. Bagi dalil.
2) pastu agong tolak darurat mudin-pas sokong jgk. Bg dalil.
3) skrg mudin mintak darurat lg, agong setuju. Pas sokong jgk. Bagi dalil mcm biasa.
4) skrg ni bila sapa2 tanya psl darurat, abis kena kecam dgn pas.

Ni pas parti org biol!

Anonymous said...

Semua orang tahu YDPA bertindak mengikut nasihat PM.. doh kalu Masa mengempen PRU cakap lain, dah menang lain dibuat, khianat kawan, khianat rakyat undi rakyat pilih nak kata apa lagi? Carilah dalil nak kata apa? Ok la kamu kata PH buat x elok Untuk Melayu, Islam, ekonomi rakyat? Sekarang apa jadi? Sila jawab.. Bakpo payah sangat nak faham, kalau dah tinggal 109 resign je la.. serah pada YDPA pulak nak lantik siapa, senang cerita.. PAS pun satu hal.. apa dah seronok jadi Menteri? Duit berkepok? Nak muntah dah tengok gelagat orang Politik, sekarang B40 habis duit, sikit lagi M40 pula akan habis akhir sekali tinggal puak2 menteri Dan Ke atas je yang Ada duit..Ada akal fikirlah. YangKeluar duit I sinar Ingat bolehlah belajar2 berniaga nak baiki ekonomi.. dah jadi gini alamatnya habis gitu je duit u sinar.. Makin lama Makin terserlah kegagalan akibat tebuk atap.. pun kalau rasa otak masih berakal fikirlah

Unknown said...

Dah kau tu bongok tak paham cara berbahasa dengan Raja... Aku bagi analogi mcm ni jelah, katalah kau mintak dengan majikan kau untuk tukarkan kau ke negeri lain, tetiba majikan kau kata tak boleh, situasi tak sesuai lagi kau kena keja jugak kat penempatan kau sekarang, adakah kau akan mengamuk, maki hamun dan melalak pada majikan kau tu?

Tu dengan majikan ni dengan raja. .. Guna akal sikit ya, jangan dok bongok jadi lembu atuk lim

Unknown said...

He. He. Mmg dia pendek akal so nak buat mcm mana, ni jenis mcm budak 5 tahun menangis guling guling kalau mak dia tak belikan aiskrim yg dia minta kah. Kah. Kah

Anonymous said...

Biarlah darurat. Kalau tak, sampai bila pun akan berlaku tdk stabil. Ph pun kalau jd kerajaan, lagi tak stabil. Majoriti nya tak cukup. Ramai akan tendang kerajaan ph mcm dulu. Ditambah dengan kebencian dengan dap yg biadap. Kalau umno habis khazanah masuk poket peribadi. YDPA dan majlis raja2 ramai kepala bincang. Masing2 dalaman parti berbalah. Ayuh sokong pas yg parti yg paling stabil di bawah kepimpinan ulamak.

Anonymous said...

Takdir menentukan muhyiddin sebagai pm di saat covid. Sokong muhyiddin dan sokong YDPA dan majlis raja2. Jangan biarkan syaitan mengamuk dlm hati2 penganut ph berkeliaran di persada politik. Biar keadaan reda dan stabil kemudian sambut pru 15. Tolak parti yg memerintah lebih 60 tahun yg merosakkan bumi orang melayu. Manis mulut berbicara, namun kaya peribadi yg jadi rebutan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails