PETALING JAYA: Polis menahan dua individu, termasuk seorang lelaki bergelar 'Datuk' bagi membantu siasatan kes memukul pengurus restoran di sini, Selasa lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, menahan dua lelaki berusia 39 dan 42 tahun itu pada jam 9 malam tadi.
"Siasatan awal mendapati mangsa dipukul kerana menegur suspek yang duduk di meja bersebelahan kerana bercakap dalam nada suara yang tinggi," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Fadzil berkata, permohonan reman akan dibuat untuk menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek bagi mengenal pasti latar belakang mereka.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 503 dan Seksyen 506 kanun yang sama.
Satu video dengan tempoh 29 saat menunjukkan suspek memukul seorang lelaki di restoran berkenaan tular di media sosial sejak kelmarin. (BH)
Bercakap kuat mungkin menunjukkan status seseorang mengikut budaya sesetengah masyarakat.
ReplyDeleteBudaya bercakap dengan nada yang kuat ini bukanlah budaya orang Timur @Nusantara, ianya dibawa dari luar dan tidak sesuai diamalkan disini.
Budaya menderhaka pun bukan budaya sini. Bang non pertikai keputusan Agong. Sudah sudahlah bang non. Rakyat dah jelik dengan perangai bang non yg suka laluan gelap. Anggap sajalah bang non sudah pun menjadi pm.
ReplyDelete