Wednesday, January 06, 2021

Sejarah YouTube, Platform Perkongsian Video Terbesar Di Dunia

 

Sebut sahaja video apa yang ingin ditonton di internet, pasti platform YouTube menjadi pilihan utama kita bagi mencari video tersebut. Hiburan, pendidikan, sains, ekonomi, semuanya ada di dalam platform YouTube. Ia menjadikan platform tersebut diminati oleh pengguna internet di seluruh dunia.

YouTube kini merupakan satu platform perkongsian video yang paling terkenal didunia buat masa ini. Platform tersebut dimiliki oleh Google sepenuhnya, yang merupakan sebuah syarikat bertaraf trilion dollar di Amerika Syarikat.

Pengaruh yang dimiliki oleh YouTube adalah sangat besar dan merupakan platform media sosial yang kedua di belakang Facebook daripada segi bilangan pengguna aktif.

YouTube merupakan platform yang penting di dalam Google yang telah membawa sebanyak  USD15 bilion pada tahun lepas bersamaan 9% keuntungan keseluruhan Google. Sebelum ini, Google amat berahsia mengenai keuntungan yang dibawa oleh YouTube kepada syarikat tersebut sehinggalah pada awal tahun ini yang mana Google telah memasukkan keuntungan syarikatnya mengenai platform YouTube ini.

Asal-Usul YouTube

Kredit Gambar: Business Insider

YouTube merupakan platform yang menggalakkan content creator memasukkan video mereka ke dalam dunia online. YouTube ini bukanlah diasaskan oleh Google sebaliknya  platform ini diasaskan oleh tiga anak muda yang bernama Steve Chen, Chad Hurley, dan Jawed Karim.

Ketiga-tiga anak muda ini merupakan pekerja Pay Pal yang telah mendapat idea untuk menghasilkan video perkongsian peringkat amatur di dalam Internet. Menurut Jawed Karim yang merupakan salah seorang pengasas YouTube, beliau mendapat ilham untuk membuat platform perkongsian video bertaraf amatur itu setelah melihat iklan Super Bowl pada tahun 2004.

Dari situlah Jawed Karim mendapat ilham untuk berkongsi video secara online tapi malangnya tiada satu laman sesawang yang wujud pada ketika itu untuk tujuan tersebut. Mereka pun membangunkan laman sesawang YouTube pada tahun 2005 dan  video pertama yang dimasukan di dalam platform YouTube adalah bertajuk “Me at the zoo” yang menampilkan Jawed Karim.

Platform YouTube mendapat sambutan yang luar biasa dan dalam tempoh yang singkat, seramai 8 juta orang telah melayari video-video yang ada di dalam platform tersebut pada akhir tahun 2005. Google juga pada waktu itu turut memperkenalkan konsep sama yang dikenali sebagai Google Video tetapi sambutannya tidak begitu menggalakkan.

YouTube semakin berkembang pesat dan menyebabkan para pelabur luar berminat untuk melabur didalam platform tersebut. Di antara pelabur awal adalah Sequoia Capital. Disebabkan perkembangan yang sangat luar biasa terhadap platform tersebut, kos pengurusan yang terpaksa ditanggung oleh YouTube juga semakin bertambah dan akhirnya YouTube tidak lagi mampu menanggung kos penyelenggaraan platform tersebut.

Mereka kemudian mencari pembeli luar untuk membida paltform mereka. Yahoo dan Google berminat untuk mendapatkan platform tersebut dan akhirnya Google berjaya membida Youtube dengan harga sebanyak USD1.65 bilion dan menjadikan ketiga-tiga orang pengasas jutawan dalam sekelip mata.

Platform ini semakin berkembang dan kini telah menghasilkan beberapa orang superstar seperti Justin Bieber yang bakat nyanyiannya dikesan melalui platform YouTube ini.

Kredit Gambar: Business Insider

Platform ini juga turut menjadikan artis Korea Selatan, PSY menjadi manusia pertama yang mencapai tahap 1 bilion view dengan video muziknya dan menjadikan beliau superstar yang dikenali di seluruh dunia.

Kini, YouTube merupakan platform yang dikunjungi oleh 2.5 bilion pengguna setiap bulan. Ramai content creator dari peringkat amatur sehinggalah profesional menggunakan platform ini untuk menjana pendapatan.

Sumber Rujukan: Business Insider

IHtv; Sampaikan Islam Melalui Chennel Yuotube

IHtv; Sampaikan Islam Melalui Chennel Yuotube

Hibur Hibur Sikit. Pilihan..
Album 1 

No comments:

Post a Comment