Sophia Albarakbah sedih apabila dikecam netizen hanya menjual paras rupa dan imej seksi sedangkan berlakon seperti kayu. - Foto IG Sophia Albarakbah. (Kononnya..)
HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR: Memiliki rupa paras cantik, ditambah pula berdarah kacukan Melayu, Arab dan Cina menjadi kelebihan buat pelakon baharu, Sophia Albarakbah, 27, untuk menempa nama dalam sekelip mata.
Namun, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Tercipta Satu Ikatan itu enggan mendabik dada dan menggunakan kelebihan yang dimiliki sebagai 'tiket ekspres' untuk cepat popular.
Masih hijau dalam dunia lakonan, namun nama Sophia sudah dikaitkan dengan gosip liar. Ada yang menuduhnya menjual muka dan imej seksi, sedangkan berlakon seperti kayu. Sophia juga dituduh menggunakan orang dalam untuk mendapatkan tawaran berlakon.
Sophia berkata, dia tidak pernah menjual paras rupa sejak bergelar pelakon, dua tahun lalu. Sebaliknya, apa yang ditekankan adalah bakat.
"Saya tahu ada segelintir mempertikaikan bakat lakonan saya, ada yang menuduh saya jual rupa dan imej seksi, sedangkan tiada bakat. Bagaimanapun, saya tidak berkecil hati, sebaliknya mengambilnya sebagai cabaran untuk membuktikan bakat yang dimiliki.
"Saya tekad mahu mengasah bakat dalam lakonan. Selama ini, saya tak pernah rasa diri cantik. Dan saya berlakon bukan bersandar pada rupa semata-mata. Jadi, saya tak bersetuju apabila ada yang menuduh syarikat produksi memilih saya disebabkan paras rupa.
"Sudah pasti, penerbit dan pengarah mahukan naskhah menarik untuk menjadi tontonan ramai. Takkan mereka mahu menanggung risiko dengan mengambil pelakon yang tidak pandai berlakon.
"Saya percaya mereka nampak bakat boleh diasah, jadi tak salah memberikan peluang kepada saya memperoleh pengalaman. Lagi pun, ramai pelakon lagi cantik daripada saya, mereka banyak pilihan. Kenapa mereka nak ambil pelakon cantik, tetapi tiada bakat?," katanya kepada BH Online.
(Disunting dari BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini suatu contoh publisiti murah dimedia. Adakah ianya mendambakan suatu kesan yang baik kepada pembaca dan masyarakat, terutama remaja atau pelajar di Malaysia? Bagaimana hukum dalam agama Islam, agama bagi negara ini?
Kalau kesannya tidak baik, adakah perlu diwujudkan suatu peraturan yang menyekat kegiatan-kegiatan begini berkembang di negara tercinta ini?
10 comments:
kenapa la restoran di tutup kedai makn ditutup... buat le satu meja seko makan pun tak apa.... gilooo...!!
Kerajaan pas/pn peduli apa. Gaji diorg tetap jalan!
Org makan gaji tak ape nak buat lock down setahun pun tak ape, peniaga makanan restoran makan minum dlm permis terjejas teruk... luar permis tepi jalan guna payung utk bungkus masih boleh betniaga yang dlm bangunan dan permis lot kedai terjejas teruk...!!
Janji skrg bkn kerajaan ph/dap
Takdirr!
Klu kjaan msih dipegang PH,pas skrg tgh berada dipdg merbok...
Permis makanan di mall, shopping kompleks kjaan dan swasta, di dlm lot kedai dan bangunan persendirian terjejas teruk. Compitation dng peniaga tepi jalan sudah menjejaskan peniaga dlm bangunan... dan tak boleh makan lansung di permis tsb... 2 minggu lagi permis makanan dlm bangunan akan lingkup gulung tikar... sekurang kuramg nya benarkan makan di situ dan ikut SOP
fikir fikir kan nak bayar sewa permis bil api air... peniaga tepi jalan tak perlu fikir bayar sewa bil api air maintanence....
Selamat meLingkup dalam masa 2 minggu dri skg klu tak ada perubahan
Berjubah tak semestinya orang beriman
ada juga yang JAHAT memakai jubah untuk menutup kejahatan mereka
seperti dalam gerombolan PAS
cakap bab Islam TAPI tak ikut Islam
JUDI ditambah, arak dibiarkan
bini orang dirembat, duit diutamakan
mercedes alphard dan velfire menggantikan zikir dan selawat
aduh bangsaku
Kalau tak pakai jubah, jahatnya lebih lagi. Pakai jubah, ramai baik dari jahat. Tak pakai jubah, ramai jahat dari baik. Contohnya yg tak pakai jubah hina yg pakai jubah.
Ini satu contoh blogger dengan isu murahan...
Isu aurat bukan isu murah. Bagi liberal isu ini bukan isu.
Post a Comment