Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, bersama anggota konvoi Bantuan Pasca Banjir Barisan Nasional/UMNO Perlis yang berlepas ke Pahang bagi membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Pahang. - NSTP/DZIYAUL AFNAN ABDUL RAHMAN
'Relakan elaun dipotong untuk bantu rakyat'
ARAU: Ahli Parlimen wajar merelakan pemotongan emolumen iaitu gaji atau elaun masing-masing bagi membantu rakyat di kawasan menangani situasi tidak menentu ketika ini.
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata walaupun pemotongan gaji atau elaun Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara sepanjang proklamasi darurat sukar dilaksanakan kerana Parlimen tidak bersidang, setiap Ahli Parlimen harus mempunyai kesedaran untuk berkorban demi kepentingan rakyat.
"Walaupun dalam keadaan darurat, rakyat perlu dijaga dan dibantu, maka saya mencadangkan gaji atau elaun Ahli Parlimen dipotong secara sukarela.
"Kalau nak potong begitu sahaja mungkin ada yang tak setuju, maka biar secara sukarela. Ada yang nak beri lima peratus, 10 atau 20 peratus.
Ada yang tak mahu (potong elaun) kerana tak cukup untuk kawasan mereka. Ada yang sanggup dan walaupun tak cukup, dia akan berusaha mencari peruntukan.
"Saya tidak ada masalah untuk gaji atau elaun dipotong kerana ia sekurang-kurangnya dapat membantu masyarakat di kawasan saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pelancaran Bantuan Pasca Banjir Barisan Nasional (BN)/UMNO Perlis di Pusat Khidmat Kubang Gajah, di sini hari ini.
Shahidan berkata, kesedaran perlu ada bagi Ahli Parlimen tanpa mengira parti diwakili untuk membantu rakyat, terutama dalam keadaan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau mengakui sedia elaunnya dipotong 10 peratus untuk membantu masyarakat setempat.
Shahidan turut mengulas cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya Ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan membatalkan proklamasi darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.
"Yang di-Pertuan Agong sudah buat keputusan, jadi tunggulah. Kita belum buat apa-apa lagi, tunggulah sebulan dua dan lihat kedaan.
"Ada yang kata darurat menjejaskan demokrasi tetapi paling penting, rakyat harus diberi pembelaan ketika ini," katanya.
Terdahulu, Shahidan melepaskan konvoi bantuan pasca banjir yang berada di Pahang selama dua minggu bagi membantu membersihkan kediaman penduduk yang terjejas akibat banjir besar, minggu lalu. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas Shahidan Kassim dari UMNO. Dari DAP bagaimana?
8 comments:
Dr lebai pas bagaimana?
Gaji dun sm exco dah naik time covid. Xkan duk berkurung dlm bilik je.?
lebai PASu derma sekampit, facebook, twitter, instangram berapa pages, harakiri muka surat utama.
KENAPA TANYA DARI DAP ??? DARI PAS BERSATU MCM MANA,,,SEDANGKAN PAS DAN BERSATU JUGA MENDAPAT PERUNTUKAN YG BESAR TIDAK SBGMN PERUNTUKAN KPD PEMBANGKANG..KALAU PENULIS NAK TUNJUK BODOH PUN PERSOALAN INI.TANYA ANAK BINI PENULIS SENDIRI SUDAH CUKUP..PERBODOHKAN KELUARGA ANDA LEBIH BAIK DRP MEMPERBODOHKAN ORG LAIN YG LEBIH CERDIK DRP KAMU WAHAI PENULIS
Selagi ada pemimpin2 yg korup dlm umno seperti shahidan, mat bangla, dsb, susah nak tingkatkan ekonomi orng melayu. Sebab mereka ni, beri sikit, kautnya banyak. Realitinya lebih kosmestik dari jujurnya.
Andainya umno bersabar dan tidak tergesa2 berselisih dengan bersatu, politik bolih stabil. Disebabkan masih ujud lagi pemimpin korup umno dalam pucuk pimpinan, tabiat tamak dan gila kuasa masih berleluasa di kalangan mereka. Dulu orang melayu menolak bn, sikap buruk umno mungkin menyebabkan orang melayu menolak umno. Akar umbi yg selesa dengan kestabilan di perak, telah terencat oleh perbuatan undi percaya yg diketuai umno. W/pun pn masih berkuasa, setiakawan umno sudah tidak diyakini dan dipercayai. Menikam belakang adalah trade mark umno. Mereka pernah membuang pas dulu bila sudah merasa kuat.
Bodoh ke Ibnu Hashim ni nk kaitkan dgn DAP...
Kat Perlis ada DAP ke??
Ada. Selagi ada cina, adalah dap, master bagi pkr dan pan. Cuma di perlis mereka bergerak bawah tanah.
Post a Comment