Wednesday, January 27, 2021

"Tidak sepatutnya berlaku dalam negara Islam" Menurut 2 Pengarah Eoon Shuhaini &Rahila Ali

 

Pengarah, Rahila Ali berpendapat tidak perlu risau dengan stigma tiada tawaran kerja jika pakai bertudung berikutan penambahan banyak kandungan Islamik dalam pelbagai saluran. - IG Rahila Ali

HALAMAN HIBURAN

'Tolong hormati pendirian pelakon bertudung'

KUALA LUMPUR: Luahan hati pelakon remaja, Mia Sara Nasuha yang kecewa terhadap segelintir syarikat produksi yang masih memintanya membuka tudung, sedangkan sudah lima tahun berhijab mendapat perhatian ramai.

Biarpun ia bukanlah isu baharu yang berlaku dalam industri hiburan, namun dua pengarah, Eoon Shuhaini dan Rahila Ali berpendapat, ia tidak sepatutnya berlaku dalam negara Islam.

Seharusnya, syarikat produksi lebih peka dan sensitif dengan perkara yang berkaitan dengan kewajipan dalam Islam, memandangkan Malaysia adalah negara Islam.

Rahila berkata, tanpa mengira syarikat produksi Islam atau bukan Islam, semuanya sedia tahu bertudung antara isu sensitif dalam agama.

"Saya sudah biasa menjalankan penggambaran di luar negara. Orang asing pun pandai menghormati kita yang beragama Islam. Saya pelik kenapa orang Malaysia sendiri tak tahu menghormati pendirian Mia Sara?

"Jadi, tolonglah hormati. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, lebih lagi, dalam negara Islam seperti Malaysia. Sebagai pengarah, saya sangat menghormati pendirian pelakon. Kalau bertudung, seboleh-bolehnya saya tidak akan membiarkan auratnya terdedah.

"Apabila seseorang artis sudah berhijrah, kita kena hormat pendiriannya. Untuk watak tidak bertudung, carilah pelakon yang tidak bertudung," katanya kepada BH Online.

Pengarah filem Ada Apa Dengan Dosa itu berkata, dia menghormati Mia Sara yang mengambil tindakan yang tegas dengan menolak tawaran yang bertentangan dengan pendiriannya.

"Saya respek Mia sanggup tak berlakon untuk menolak watak membuka aurat. Walaupun Mia masih budak, dia ada akal. Pada saya, banyak tawaran memerlukan watak bertudung sekarang ini. Tiada isu artis bertudung tiada kerja.

"Ada sahaja watak untuk wanita bertudung, sentiasa ada. Ia cumalah alasan jika bertudung takut hilang tawaran. Kita tidak sepatutnya berfikir begitu. Memang saya ada dengar, pakai tudung hilang tawaran, tetapi percayalah rezeki kurniaan Allah," katanya.

Tambahnya, pelakon wanita bertudung tidak perlu risau dengan stigma tiada tawaran kerja jika pakai tudung. Ini berikutan penambahan kandungan Islamik dalam pelbagai saluran.

"Banyak saluran yang membuat kandungan Islamik. Saya baru menyelesaikan penggambaran drama untuk TV Alhijrah, semuanya pelakon bertudung, tiada masalah pun.

"RTM juga salah satu saluran mengikut syariah di mana pelakon bertudung tidak boleh bersentuhan dengan pelakon lelaki dan sebagainya.

"Sebagai penulis skrip kenalah pandai sesuaikan cerita dengan wanita bertudung. Jadi, ia bukanlah satu masalah untuk pelakon wanita sekarang ini," katanya.

Pengarah, Eoon Shuhaini menganggap tidak boleh bertindak kejam terhadap pelakon kerana perlu memahami tudung adalah aurat wanita. - Foto IG Eoon Shuhaini

Pengarah drama Rahimah Tanpa Rahim, Eoon berkata, isu pelakon wanita bertudung bukanlah masalah utama dengan kemajuan teknologi dan teknik penggambaran.

"Sebagai pengarah, kita boleh membentuk jalan cerita sesebuah naskhah menerusi kesesuaian pelakon. Contohnya, macam mana produksi luar boleh menjayakan filem mengenai nabi, tetapi tiada nabi dalam filem berkenaan?

"Begitulah umpamanya, kita boleh olah sendiri, jadi pelakon bertudung atau tak, bukanlah masalah. Jika mahukan karakter wanita tak bertudung, ambil pelakon tak bertudung. Banyak sahaja pelakon yang bertudung," katanya.

Oleh itu, Eoon menegaskan, dia perlu menghormati pendirian dan pegangan seseorang pelakon.

"Kita tidak boleh bertindak kejam terhadap pelakon. Kena memahami tudung adalah aurat wanita. Jadi, kita tak boleh suruh mereka membuka tudung hanya demi memenuhi tuntutan watak.

"Perkara seumpama ini bukan salah pelakon, sekalipun mendapat tawaran dari syarikat produksi bukan Islam. Mereka sepatutnya memahami isu buka tudung adalah perkara sensitif.

"Mereka sepatutnya tahu dan sensitif mengenai isu ini. Jadi, bagi saya, kefahaman dan hormati menghormati sangat penting dalam warga seni," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim"Saya respek Mia sanggup tak berlakon untuk menolak watak membuka aurat. Walaupun Mia masih budak, dia ada akal. Pada saya, banyak tawaran memerlukan watak bertudung sekarang ini. Tiada isu artis bertudung tiada kerja." kata Rahila Ali.

Syabas dan tahniah kepada Mia dan rakan-rakan seperjuangannya. Terus dan istiqamah pendirian kalian!

IHtv

10 comments:

Anonymous said...

Sapa pgg kuasa skrg?

avanza5990 said...

jangan risau nanti bani penganut pas guling2 satu negara. dah jadi KERAjaan kita yakin bani pas tampil ke depan memperjuang isu ini. bila lagi bani pas jgn tunggu tukar KERAjaan baru nak berjuang.....saja ckp jgn marah. burung huk huk huk...

Anonymous said...

Untung la jd menteri dan duta bertaraf menteri bebal zaman PN. X kje duk umah pun sedap mkn gaji buta.

Anonymous said...

Bagus ada pelakon yg tegas macam tu. Sama2 bantu. Rakyat dan pemimpin bertegas dgn yg berkaitan dengan Islam.

Anonymous said...

Zaman ph, peguam negara seorang kristian sedangkan negara ini perlembagaannya Islam sebagai agama rasmi. Masa ph, zakat pun dikontrol oleh menteri yg bukan Islam. Banyak logo halal digunakan tapi barangannya campur bahan mentah haram. Presiden parti liberal asyik bergaduh dengan atok berebut kuasa. Semoga peristiwa hitam ini, tidak berulang.

Anonymous said...

Bg bukti la psl zakat tu. Ko kalo idup x fitnah org, xleh jadi walaun ke setan??

Anonymous said...

Yg lain2 tu tak perlu bukti ke?

Anonymous said...

Ada bukti... Cabutan 4d bertambah

Anonymous said...

Tak logik pas sokong judi. Tak logik juga pas nak sokong semburit. Judi tu budaya cina dap. Semburit tu budaya presiden parti liberal.

Anonymous said...

Tp logik la lebai jadian Pas byk salah laku seksual..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails