Tunku Azizah memuat naik Instagram 'bukan_bangjago' yang menghina Al-Sultan Abdullah.
Hina Agong: Tunku Azizah murka, mahu pemilik Instagram dikenakan tindakan.
SHAH ALAM – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah murka terhadap beberapa hantaran gambar di media sosial yang menghina wajah suami baginda, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Baginda menerusi laman Instagram ‘airtangan_tunkuaziah’ memuat naik tiga tangkapan layar gambar Al-Sultan Abdullah yang telah disunting pemilik akaun ‘bukan_bangjago’ dan menggesa individu yang tidak bertanggungjawab itu dikenakan tindakan.
Bagaimanapun Tunku Azizah sempat berseloroh kepada Al-Sultan Abdullah bahawa foto itu kelihatan ‘comel dan seksi’.
“Jika kamu tak boleh kalahkan mereka, sertai mereka. Beta tunjukkan hantaran kepada suami dan beritahu baginda kelihatan comel dan seksi.
“Gara-gara orang tiada kerja, buat cari dosa sahaja. Kepada ALLAH berserah. Sila ambil tindakan,” ciap Tunku Azizah di Instagram baginda pada Khamis. (SH)
Hibur Hibur Sikit. Pilihan..
Album 4
No comments:
Post a Comment