DAP Perak terus main politik, keruhkan keadaan
KETIKA negara sedang berdepan dengan pandemik COVID-19 yang semakin teruk dan meruncing, masih lagi ada pihak yang mengambil kesempatan cuba untuk memburuk-burukkan keadaan.
Perkara ini dapat dilihat secara jelas apabila DAP Perak cuba mencetuskan kontroversi dan provokasi dengan mengaitkan persepsi buruk kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
DAP Perak dengan penuh tidak bertanggungjawab telah memainkan naratif bahawa Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengeluarkan dalil saban hari untuk menyesatkan rakyat.
Dalam hal ini, kenyataan DAP Perak sangat tidak beradab dan menimbulkan tanggapan yang salah kerana telah menimbulkan fitnah kepada Presiden PAS.
Malah, DAP Perak juga dilihat seolah-olah terdesak apabila cuba mengaitkan Ustaz Ebit Lew dalam isu ini demi meraih perhatian daripada rakyat dan berkemungkinan besar bakal memberikan impak yang buruk.
Adakah DAP Perak masih lagi ingin bermain politik ketika negara sedang berhadapan dengan saat genting apabila angka peningkatan kes akibat COVID- 19 semakin meningkat?
Adakah DAP Perak masih tidak mengambil pengajaran apabila ramai dalam kalangan wakil rakyat termasuklah menteri turut dijangkiti COVID-19? Sudah-sudahlah DAP. Usah lagi menjadi batu api yang cuba memburuk-burukkan Presiden PAS dengan membandingkan beliau bersama Ustaz Ebit Lew.
Hakikatnya, Ustaz Ebit Lew sendiri menghormati dan menyanjungi Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai seorang ulamak besar. Lantas, DAP pula yang lebih sudu daripada kuah untuk cuba menjadi pihak yang melaga-lagakan antara umat Islam?
Oleh itu, PAS Perak akan mengambil tindakan laporan polis di seluruh 24 kawasan Parlimen di Negeri Perak terhadap FB Page DAP yang biadab ini supaya DAP Perak diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa atas kenyataan fitnah dan tidak bertanggungjawab ini.
USTAZ HAFEZ SABRI
Ketua Penerangan
PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 21/1/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah wajah DAP sebenarnya, pemfitnah.. Teruskan ambil tindakan terhadap FB Page DAP yang biadab itu..
7 comments:
Hadi ulamak besar ?
Loya tekak aku
habis tu ko apa, biawak besak
He. He. Aku tahulah pada kau atuk lim lah ulamak besar...
Biawak besak macam bang non. Suka lubang najis.
Dap bawa faham komunis. Mereka memang anti ulamak, seperti tghh. Dulu zakir naik pun jadi bahan oleh dap.
Hadi ulamak besar???
Kah kah kah kah kah kah kah!!!
jangan layan sangat sikap dap yan kafir memang itulah sikap mereka yang sentiasa musuhi islam
Post a Comment