Awalnya, Datuk Ziela Jalil cuba merahsiakan perkahwinan daripada keluarga termasuk anak-anak kerana tidak mahu melukakan hati mereka. - Foto Datuk Ziela Jalil
HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil tidak berniat merahsiakan perkahwinan dan menyembunyikan status sebagai isteri kedua seperti tular dalam media sosial, ketika ini.
Sebaliknya, kata Ziela, dia berbuat demikian kerana mahu menjaga hati banyak dan menanti masa yang sesuai untuk mendedahkan berkongsi berita itu kepada umum.
"Sebenarnya, saya sudah lama memasang niat berkongsi berita gembira kepada rakan media. Cuma, saya menanti masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Sebagai isteri kedua, saya perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarga isteri pertama.
"Sejujurnya, saya terkejut dan sedikit ralat apabila gadis berkenaan terlebih dahulu mendedahkan perkara ini kepada umum menerusi Twitter. Pun begitu, saya bersikap positif dengan melihat tindakannya sebagai satu isyarat menandakan masa untuk saya berkongsi berita ini kepada umum sudah tiba.
"Saya berpendapat tindakannya juga bermakna mereka sudah bersedia berdepan dengan pelbagai kemungkinan serta tanggapan masyarakat sebaik sahaja perkara inj menjadi tatapan umum," katanya kepada BH Online.
Pemilik syarikat produksi Pena Creative Pictures Sdn Bhd itu mengulas pendedahan yang dibuat oleh seorang gadis yang mendakwa Ziela adalah isteri kedua bapanya di Twitter sehingga mencetuskan perdebatan dan spekulasi dalam kalangan netizen.
Ziela menambah, dia turut bertanggungjawab untuk menceritakan perkara sebenar supaya segala spekulasi yang bertebaran mengenai isu itu dapat ditamatkan.
"Kalau ikutkan suami, dia tidak mahu perkara ini dipanjangkan. Tetapi sebagai selebriti, saya percaya lambat laun orang akan tahu juga dan saya rasa bertanggungjawab untuk meletakkan titik noktah terhadap perkara ini. Justeru, saya perlu bersikap jujur untuk menjelaskan segala-galanya.
"Suami, Datuk Syed Osman Al Habshee adalah Pengerusi Masjid Ibnu Mas'ud. Kami bernikah pada 17 Februari 2019 selepas lima minggu berkenalan. Pada awalnya, saya cuba merahsiakan perkahwinan daripada keluarga termasuk anak-anak kerana tidak mahu melukakan hati mereka. Saya tak mahu mereka merasa seolah-olah saya sudah melupakan bapa mereka.
"Tetapi, saya sering tegaskan, tiada siapa yang mampu menggantikan tempat bapa mereka kerana dua lelaki ini adalah berbeza. Mungkin sudah tersurat jodoh saya dan satu ujian buat saya. Mungkin sebelum ini saya sering mengatakan yang tidak akan berkahwin lagi, namun siapalah saya untuk menidakkan ketentuan Ilahi," ujarnya.
Ditanya apakah yang membuatkan dirinya tertarik dengan lelaki berusia 54 tahun itu untuk dijadikan peneman hidup, Ziela atau nama sebenarnya, Norzila Abdul Jalil itu mengakui sifat terbuka Osman yang sanggup menerima dirinya yang masih belum mampu melupakan Allahyarham suami antara penyebab pintu hatinya yang terkunci sejak sekian lama itu terbuka kembali.
"Bukan mudah untuk saya buat keputusan kembali bergelar isteri. Jika ikutkan, saya boleh sahaja menamatkan zaman saya selepas kematian suami lebih sedekad lalu. Waktu itu usia saya lewat 30-an. Tetapi, saya lebih selesa hidup bersendirian.
"Bayangkan, selama sebelas tahun saya hidup bersendirian ditemani kenangan bersama arwah suami, sudah tentu agak sukar untuk saya memutuskan untuk berkahwin semula apatah lagi untuk menjalani kehidupan bermadu seperti sebelum ini.
"Saya tahu ramai yang menganggap saya mengahwininya kerana harta, itu tidak benar sama sekali. Dia orang biasa dan bukanlah hartawan. Saya tertarik dengannya kerana dia sering menjadi tempat untuk saya mengadu. Dia juga bersikap terbuka dan memahami walaupun tahu saya masih hidup dengan ditemani kenangan bersama bekas suami. Ini membuatkan saya yakin dialah calon yang tepat buat saya," luah Ziela. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah, Al-hamdulillah!
4 comments:
ALHAMDULILLAH! Semoga Ziela BAHAGIA selamanya!!
Tapi MENTERI AGAMA liberal pro-rejim PH PENJAJAH Zionis - berKEMPEN nak memBURUKkan POLIGAMI mcm. MUSUH2 Islam/Melayu - sdgkan ASET2 TABUNG HAJI yg. telah diROMPAK habis2an oleh guan eng HOMO/rejim PH PARASIT, serta ASTRO makin memPROMOSI & memPROVOKASI Umat ISLAM dgn. budaya2 LUCAH/HOMO/PENGAMBILAN DADAH/MEMUJA IBLIS dgn. LAMBANG TANGAN Zionis Freemason, di Siaran2 tempatan atau Asing, dgn. amat JIJIK kerana MEMONOPOLI bnyk. SIARAN2 TV - TAK diPEDULIkan si Menteri Agama-PENYAMAQ ni!!
Lihat di -
https://malaysiagazette.com/2021/01/03/wujud-penipuan-dalam-permohonan-poligami/
NOTA PENTING:
Sbb. itu, kita masih perlukan SURUHANJAYA SIASATAN TABUNG HAJI (RCI TH) segera - supaya semua PENYELEWENGAN pd. TABUNG HAJI oleh rejim PENJAJAH Zionis PH Parasit ni - juga dpt. diDEDAHkan KESEMUAnya, termsk. 6 HOTEL2-HARTANAH TH amat berNILAI yg. amat INDAH & GERGASI yg. telah diJUAL sewenangnya oleh rejim PH - sdgkan HOTEL2 ini telah diBINA utk. KESELESAAN & KEMUDAHAN Umat ISLAM/ Jemaah2 HAJI kita - yg. juga membawa KEUNTUNGAN lebih $100 JUTA, semasa bawah mantan PM Orang Asal ISLAM/MELAYU Agung kita, YAM DS Najib terCINTA kita & KERAJAAN BN!
Lihat di - https://zh-cn.facebook.com/najibrazak/posts/ph-kata-hotel-hotel-tabung-haji-dijual-kerana-rugi-dan-tidak-memberi-pulangantet/10156757020675952/
Tgk. juga TANAH TRX KL milik TABUNG HAJI yg. telah diBANGUNkan dgn. PENAT-LELAH oleh YAM DS Najib & PEMIMPIN2 UMNO - yg. diROMPAK habis2an oleh guan eng HOMO/rejim PH PENJAJAH Zionis PARASIT - skrg. habis diROMPAK oleh WARGA2 ASING dr. CHINA, KOREA, JEPUN, TAIWAN, HONG KONG terutamanya - dgn. amat MURAH - setelah juga HARGA PEMBELIAN warga Asing duTURUNkan pd. $600,000, oleh rejim PH - yg. hanya $100,000 lebih dlm. Euro & $100,000 POUND British!!
GILAnya KEKEJAMAN & PENIPUAN pd. ISLAM/UMATnya dan bangsa BUMIPUTERA kita ni - yg. terus diBIAQkan si Melayu2 LIBERAL Bersatu dlm. rejim PERIKATAN NASIONAL paling TAK GUNA, TAMAK & DAYUS!!
Lihat di - https://malaysiagazette.com/2021/01/03/hartanah-bernilai-tinggi-di-kl-jadi-pilihan-pelabur-asia/
Nuar pun dah tak mampu pertahan hak melayu. Sebab sekarang ni nuar bergantung nyawa dengan undi dap sepenuhnya. Untuk dapat nyawa, nuar kena tunaikan segala permintaan dap. Konon nak jaga hak melayu adalah retorik semata mata. Sedangkan telor nuar sudah digenggam erat oleh dap. Dap boleh picit telor nuar ikut keadaan dan kesesuaian. Bab pidato nuar memang hebat, tapi tiada pidatonya yg membuahkan hasil. Seronok dengar sebagai halwa telinga tapi sesat dan menyesatkan.
Post a Comment