SELAIN peguam Wan Zainuddin, peguam Lukman Sheriff juga bersetuju dengan komentar saya semalam bahawa dakwaan Steven Gan yang Mahkamah Persekutuan mungkin tidak hanya mahu menghukum Malaysiakini tetapi mahu menutup Malaysiakini serta bahawa Malaysiakini tidak melakukan apa-apa jenayah yang memerlukan ia dihukum sebegitu berpotensi untuk menghakis keyakinan orang ramai terhadap mahkamah serta mencalar integriti dan wibawa institusi kehakiman.
Tulis peguam Lukman Sheriff: ‘Dakwaan Steven Gan melampau dan bukan fair comment lagi. Malaysiakini yang didapati membenarkannya. Perbuatan ini boleh dilihat menghina mahkamah sekali lagi dan boleh diambil tindakan. Dia boleh mengkritik tetapi bukan ini caranya.’
Dalam nada sama, hari ini saya terbaca satu kenyataan hampir sama yang dibuat oleh seorang Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago, yang menyebut: ;Denda ini bukan menghukum (punitive) tetapi membalas dendam (vindictive). Ia menimbulkan pelbagai soalan mengenai kebebasan kehakiman dan juga merupakan satu pemberian amaran kepada kita supaya jangan bersuara. Penghakiman ini amat mengejutkan dan merupakan satu pukulan ke atas kebebasan media dan kebebasan bersuara. Setiap pembaca mempunyai hak untuk mengeluarkan pandangan mereka tanpa perlu dihukum kerananya.’
Sama seperti dakwaan Steven Gan, dakwaan Charles Santiago ini juga adalah melampau kerana tidak sepatutnya beliau menyatakan bahawa denda yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan adalah cubaan untuk membalas dendam oleh hakim-hakim yang kebebasannya adalah diragui kerana dakwaan ini juga berpotensi untuk menghakis keyakinan orang ramai terhadap mahkamah serta mencalar integriti dan wibawa institusi kehakiman.
Suara Ahli-ahli Parlimen DAP seperti Charles Santiago, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo, Dr Ong Kian Ming dan Kasthuriraani A/P Patto ini amat mengejutkan sekali kerana ia jelas tidak selari dengan pendirian mereka sewaktu mereka menjadi kerajaan dahulu.
Sewaktu menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo sendiri telah mengumumkan pada 11 Mac 2019, sewaktu mengulas titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen mengenainya, mengumumkan kementeriannya sedang mempertimbang untuk menggubal undang-undang bagi menghukum pengendali portal berita dan media sosial yang membiarkan pandangan berbaur hasutan dan sensitif di ruangan komen masing-masing.
Setelah dikritik, beliau pada keesokan harinya mengeluarkan pada 12 Mac 2019 kenyataan media panjang lebar bagi mempertahankan keputusannya dengan antara lainnya menyebut ‘kita harus memastikan media sosial tidak disalahgunakan sehingga melanggar undang-undang dan menggugat ketenteraman awam atau menjejaskan keselamatan negara’, ‘segala kebebasan mestilah digunakan dengan hormat dan bertanggungjawab’ dan ‘walaupun kita menghormati kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar, kita harus ingat bahawa kebebasan ini tidak mutlak tetapi tertakluk kepada undang-undang yang diperlukan untuk mengekalkan ketenteraman awam di negara kita.’
Penegasan ini Gobind Singh Deo ulangi lagi sewaktu menggulung perbahasan ke atas titah Yang di-Pertuan Agong untuk kementeriannya pada 27 Mac 2019 dalam mana beliau berkata: ‘Kementerian berpendapat, Tuan Yang di-Pertua, bahawa kebebasan untuk membincangkan perkara-perkara ataupun berita-berita secara terbuka dan telus di media sosial perlu kita hormati. Akan tetapi, dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, ianya harus dibuat dengan cara yang berhemah dan cara yang tidak mencetuskan sebarang masalah sosial ataupun dalam cara yang menjejaskan keselamatan negara. Usaha ini Tuan Yang di-Pertua, bukan sama sekali bertujuan untuk menyekat kebebasan bersuara, tetapi Tuan Yang di-Pertua, untuk mengekalkan kesopanan dan mengelakkan pandangan berbaur hasutan serta sensitif yang boleh membawa kepada kesan yang negatif terhadap keselamatan negara dan juga perpaduan antara kaum di negara kita.’
Sekarang ini, bila Mahkamah Persekutuan bertindak ke atas Malaysiakini di dalam cara yang sama seperti yang dikehendaki oleh pemimpin-pemimpin DAP sewaktu mereka menjadi kerajaan dahulu, mengapa mereka boleh pula mengkritik secara berlebihan tindakan Mahkamah Persekutuan ini?
Tidakkah jika Pakatan Harapan masih berkuasa tindakan sama juga akan dikenakan oleh mereka ke atas portal-portal berita yang menyiarkan komen-komen pembaca yang melanggar undang-undang dan menggugat ketenteraman awam atau menjejaskan keselamatan negara?
Mengapa sewaktu Pakatan Harapan berkuasa nada yang mereka dendangkan dahulu adalah kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar tidak mutlak tetapi kini setelah mereka bertukar menjadi pembangkang maka nada sebaliknya pula yang mereka dendangkan sekarang?
Sukar untuk dihadam mengapa masih ramai yang bersungguh-sungguh membela Malaysiakini tatkala tertera jelas dalam dokumen rasmi mahkamah pengakuannya bahawa komen-komen yang menjadi pertikaian itu ‘are indeed offensive, inappropriate, disrespectful and contemptuous’.
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 20/2/2021
Membaca artikel ini dapat digambarkan mereka seolah2 tidak terkesan, tidak takut lansung dan secara terang2an menghina mahkamah?
ReplyDeleteMmglah depa tak takut sebab pembela mereka ramai termasuk dari kalangan melayu yg boleh di baruakan dengan amat mudah, depa belit sikit je terus barua puak puak ni tak boleh fikir dah, terus menyokong waima kalau pemimpin depa kata politik perlu diasingkan dari islam...
DeleteMana khadam yg fobia hudud dan x355.
ReplyDeleteApa pengakhiran cerita hakim yang menukis surat layang panjang lebar, berkajang2 tempoh hari? Adakah hakim tersebut hakim Pakatan Hancing yang sangat KUCHIWA sebab tidak naik pangkat atau apa?
ReplyDeleteIanya suatu yang amat SERIUS, natizen saja2 mahu tahu sahaja?
kini terkulai layu di kaki MCA aka Abang besar? Sungguh..kelihatannya parti lobai dan walaun sudah semakin jauh dari asas perjuangan yang sebenar bila diuji dengan kuasa dan duniawi.
ReplyDeletekini terkulai layu di kaki MCA aka Abang besar? Sungguh..kelihatannya parti lobai dan walaun sudah semakin jauh dari asas perjuangan yang sebenar bila diuji dengan kuasa dan duniawi.
ReplyDelete