Friday, February 26, 2021

Amaran kepada pemimpin negara, 'hadiah' itu rasuah?

 

Berhati-hatilah tentang hadiah kerana ianya adalah jalan menuju rasuah.

PADA dasarnya memberi hadiah adalah suatu yang digalakkan oleh syarak kerana sabda Nabi yang bermaksud; “Berbalas-balaslah kamu dengan hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang.” (Al-Bukhari)

Dan sabda Nabi yang bermaksud; “Bertukar-tukarlah hadiah nescaya kamu berkasih sayang dan berjabat tanganlah kamu nescaya akan menghilangkan hasad dengki (khianat).”  (Ibnu A’sakir)

Dan sabda Nabi lagi maksudnya; “Berbalas-balaslah hadiah, sesungguhnya hadiah itu boleh menghilangkan sifat dengki.” (At-Tarmidzi)

Hadis yang tersebut itu menyuruh kita dengan memberi hadiah dan perintah ini hanya disunatkan bukan wajib. Begitulah juga disunatkan untuk menerima hadiah kerana hadiah itu boleh menimbulkan kasih mesra dan sayang sesama manusia. Keadaan ini digalakkan kepada orang yang tidak memegang apa-apa jawatan.

Adapun bagi orang yang memegang jawatan-jawatan tertentu seperti pegawai-pegawai tertinggi kerajaan, hakim-hakim, menteri dan seumpamanya. Hendaklah mengelakkan diri memberi hadiah dan menerima hadiah terutama bagi mereka yang tidak pernah memberi hadiah semasa tidak memegang apa-apa jawatan. Tetapi bila sedang memegang jawatan memang baharu ramai yang nak memberi hadiah atau menerima hadiah kerana dengan pemberian hadiah itu boleh melembutkan hati untuk menolong atau menyampaikan kehendak pemberi hadiah.

Sedangkan penting menjadi tanggungjawab pegawai-pegawai berkenaan untuk membantu orang yang memerlukan bantuan tanpa mengharapkan apa-apa hadiah. Tetapi bila dia mendapat hadiah baharulah dia menolong orang yang memberi hadiah maka hadiah seperti itu boleh jadi rasuah dan habuan. Kerana yang memberi hadiah itu bertujuan untuk melembutkan hati penerima hadiah itu.

Pemberi ini tidak semata-mata hendak mencari keredhaan Allah tetapi untuk mendapatkan suatu daripada orang yang diberi hadiah. Maka tujuannya ialah untuk mendapat suatu yang dihajati. Lebih-lebih lagi yang diberi hadiah itu mempunyai pangkat dalam kedudukan serta mempunyai kuasa untuk menyampaikan hajat pemberi.

Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata maksudnya; “Barangsiapa yang mempunyai kuasa pemerintahan tidak diharuskan baginya untuk menerima suatu hadiah daripada pegawai dan kakitangannya, terutama para hakim maka saya tidak menyukai penerima hadiah kecuali jika sebelum memegang apa-apa jawatan telah mempunyai hubungan yang akrab dengannya.”

Ibnu Altin berkata maksudnya; “Hadiah daripada kakitangan adalah rasuah dan bukan hadiah kerana jika dia tidak memegang jawatan dia tidak akan diberi hadiah. Hadiah kepada kadi sebagai memperolehi harta secara haram.”

Rabiah menyatakan bahawa berhati-hatilah tentang hadiah kerana ianya adalah jalan menuju rasuah.

Hadiah boleh memadamkan cahaya hikmah dan ia adalah menyerupai rasuah. Oleh itu, hadiah seperti ini adalah sama seperti rasuah yang diharamkan. Di bawah ini dijelaskan hadiah yang dianggap sama seperti rasuah.

Ketua Negara

Dalam kitab Fatawa hadiah diharuskan memberi hadiah kepada ketua negara. Akan tetapi Ibnu Abidin dan kitab Khasyiah mengatakan bahawa tidak harus bagi ketua negara menerima hadiah akan tetapi pemberi hadiah kepada imam masjid adalah diharuskan.

Manakala imam sebagai ketua negara maka tidak halal baginya menerima hadiah. Ini adalah sangat munasabah kerana sebagai ketua negara sepatutnya menjadi contoh yang terbaik bagi orang ramai adalah diharamkan menerima hadiah.

Ibn A’sakir meriwayatkan daripada Nabi s.a.w yang bermaksud; “Hadiah kepada pemimpin negara adalah makanan yang haram dan daripada hasad dengki.”

Ibnu Jarir meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda maksudnya; “Hadiah kepada pemimpin adalah hasad dengki.”

Penghujahan daripada hadis-hadis tersebut bahawa mengambil hadiah adalah menyamai mengambil harta ghanimah, dan mengambil harta ghanimah adalah diharamkan maka hadiah kepada pemimpin negara adalah juga haram.

Walau bagaimanapun imam atau ketua negara harus menerima hadiah jika tidak ada kaitan dengan harapan hendakkan pangkat dan kedudukan atau untuk mendapatkan apa-apa jawatan dalam kerajaan, kerana apa yang diharapkan kepada ketua negara penerima hadiah jika sekiranya tujuan memberi hadiah itu mendapatkan suatu jawatan yang dikehendakinya.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz menolak hadiah yang diberikan kepadanya dengan berkata Rasulullah s.a.w menerima hadiah kerana itu hanya sebagai hadiah tetapi kepada aku ini sebagai rasuah. Kerana kami mempunyai kuasa dan pemerintahan manakala Nabi menerima hadiah untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana kenabiannya. (Raudh An Nadhir…jilid 4 halaman 119)

Dan bukan kerana pemerintahan dan kekuasaannya. Walau bagaimanapun sebagai ketua negara atau menteri-menteri diharuskan menerima hadiah jika tidak ada kena mengena dengan tawaran jawatan atau untuk memenuhi hajat orang yang memberi hadiah.

Sebab itu Rasulullah tidak menerima hadiah kecuali daripada orang yang diketahui niat baiknya dan tidak ada niat di sebalik itu. Akan tetapi jika memberi hadiah itu untuk dapat pangkat dan kedudukan atau untuk menunaikan hajat seseorang sama ada untuk masa sekarang atau akan datang, maka tidak diharuskan menerima hadiah sedemikian.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz takut untuk menerima hadiah daripada orang bawahannya dan bila dia menerimanya dia akan meletakkan hadiah tersebut di baitulmal. Wallahua’lam(bersambung) – HARAKAHDAILY 25/2/2021.DATO' DR MAHFODZ MOHAMED

6 comments:

Anonymous said...

Hadiah jawatan menteri dan GLC camner kira plk? Bukan rasuah ke?

Parlimen ditutup tp gaji ahli parlimen dan elaun tetap berjalan mcm biasa. Tu kira mcmana?

Anonymous said...

Tu gaji buta dan elaun buta

Unknown said...

Apa punya senteng lah fikiran kau, kau ingat pergi ke dewan rakyat je ke tugas ahli parlimen atau menteri?

Abis tu pemimpin kau PANdap pun makan gaji buta lah sbb parlimen tutup?

Kau cubalah carik jadual program menteri atau wakil rakyat untuk tahu mcm mana diaorang bekerja, ini tak menfitnah je siang malam tuduh orang tak bekerja makan gaji buta

Anonymous said...

Meme.....makang gaji bute...he he

Anonymous said...

Otai belasah lagi sbb minyok naik..

Ello lebai kelarah mulut longkang..Bukan main kutuk Dap dan Dsai,last-last HARGA MINYAK NAIK LAGI UNTUK 13 MINGGU BERTURUT-TURUT..
Ingatkan kjaan PN yang tiada Dap dan Dsai,yang hampir 100% Melayu isle,rakyat makin selesa,harga minyak akn turun menjunam.. Rupa-rupanya hampeh..Tapi dah tentu puak-puak lebai kelaroh gembira dan ceria sangat-sangat dengan kenaikan harga minyak ni..Dah tentu puak-puak lebai jadian itu akan buat sujud syukur berjemaah..

Masa PH jadi kerajaan penah harga minyok turun RM1.50 spt yg dijanjikan dlm masispitol PM

kata kera'mat aljuboori

" Hari ini ke Putarjaya Esok harga minyok turunnnnn"

Ingat lagi ke kata kera'mat haramjadah tu lagi ka...!!??

Unknown said...

Gelaklah gelak puas puas, seronok ngate@fitnah orang makan gaji bute, kat akhirat nnt Allah tanya baru kau tahu masa tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails