Kenapa ADUN DAP Bilut berpemikiran sengal?
BENTONG: ADUN Bilut, Lee Chin Chen hanya menyerlahkan sikap dangkal, paranoid dan rasis apabila mengajukan pertikaian yang tidak wajar terhadap anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ketua Penerangan Muslimat PAS Kawasan Bentong, Yusma Yusof membidas pemimpin muda DAP itu yang dilihat sengaja mengapi-apikan isu dan sentimen perkauman serta agama, sedangkan anggota berkenaan dalam penugasan.
“Apa yang peliknya polis dan tentera membawa pistol dan senapang? Semua orang tahu sejak lebih setahun lalu polis dan tentera menjadi sebahagian ‘frontliners’. Mereka jaga kita dan negara. Lagipun sekarang masih dalam tempoh PKP dan Darurat.
“Kenapa kamu berpemikiran senak dan sengal? Sebagai salah seorang ahli politik, pertikaian kamu itu bukan sahaja memalukan, tapi juga keterlaluan dan berunsur hasutan,” tempelaknya yang juga penduduk DUN Bilut.
Yusma turut kesal dakwaan ekstrem Lee Chin Chen yang merupakan Setiausaha DAP Negeri Pahang kononnya kehadiran pasukan keselamatan sedemikian mengganggu penganut untuk menjalankan kegiatan keagamaan.
Malah, turut dinyatanya polis dan tentera memeriksa rumah ibadah sebagai gambaran arahan dari Kerajaan Perikatan Nasional yang menjalankan politik diktator dan cuba menunjukkan kekuatan kepada awam.
“Apakah kamu dirasuk bayangan Komunis hingga anti dan benci melihat polis dan tentera? Siapa kamu hendak desak Ketua Polis Negara mohon maaf. Jika benar ada pelanggaran undang-undang, laporkan ke pihak berkuasa.
“Tetapi dakwaan kamu terlalu skeptikal dan membayangkan ketakutan terhadap polis dan tentera, sedangkan tugas mereka memastikan keselamatan dan ketenteraman awam,” ujarnya mendesak Chin Chen memohon maaf.
Tegas Yusma, DAP seringkali menunjukkan sikap tidak hormat kepada penjawat awam termasuk terhadap agensi-agensi penting, sebaliknya lebih menzahirkan perseteruan kepada tulang belakang negara. – HARAKAHDAILY 17/2/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa peliknya polis/tentera bawa pistol/senapang? -Lihat bagaimana kepala otak lucu ADUN DAP berfikir, budak sekolah pun lagi pandai...
Bawak Kayu ganding
ReplyDeletePerjuangan Politik Perbadi & Kroni: Setelah Tidak Dihiraukan PH, Mahathir Hilang Hala Tuju. UMNO pun tak perlukan politik kayakan kroni dan anak cucu.
ReplyDeletePresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membayangkan Dr Mahathir Mohamad sedang mencari “perumah” lain setelah tidak dihiraukan oleh rakan daripada Pakatan Harapan (PH).
Mengulas kenyataan Mahathir yang sedia untuk kembali kepada Umno sekiranya parti itu kembali dasar awalnya untuk berjuang demi bangsa, negara dan agama, kata Zahid, syarat bekas perdana menteri itu hanyalah alasan bodoh dan dalih bangang seorang yang dah otak berkarat dan expired semata-mata.
“Saya fikir rakyat khususnya ahli Umno boleh menjangkakan punca sebenar mantan pengerusi PH dan Bersatu ini membuat pusingan U setajam itu. Tujuan utama untuk hijack UMNO supaya terjamin kroni dan anakcucu nanti.
“Ramai lihat beliau kini hilang hala tuju dalam memperjuangkan kepentingan politik peribadi dan kroni-kroninya selepas tidak lagi menjadi perdana menteri ketujuh.
Elok lah PH dan PN tidak pedulikan hiraukan pekik lolong Tun itu lagi. Biar lah dia buat blok baru tanpa melibatkan PH dan PN.
Cuba check back ground pendidikan adun dap ini. Biasanya kalau mentaliti spt ini pendidikannya dari sekolah cina.
ReplyDeletenak tunggu ADUN Bilut, Lee Chin Chen komen tentang penyebaran komik propaganda kominis dikalangan sekolah2 jenis kebangssan cina dan juga pembebasan kumpulan LTTE dan parti dap yang dijadikan markas pengganas dan propaganda kominis yang mencabar keselamatan negara masa ketika dulu
ReplyDelete