Iklan pamer aurat wanita ditegah sejak 1990
TENTUNYA ramai masih ingat papan tanda yang memaparkan wajah wanita tidak menutup aurat ditegah di Kelantan.
Sedangkan sebelum itu wajah-wajah wanita dipaparkan di mana-mana. Soal aurat isu kedua. Tujuannya bagi melariskan sesuatu produk.
Namun segala-galanya berubah selepas ulama mentadbir kerajaan Kelantan. Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berusaha mengembalikan semula maruah wanita di bumi Kelantan.
Bermula Oktober 1990 perubahan mulai berlaku di Kelantan. Di bawah kepimpinan ulama dasar—dasar yang menjurus kepada agama dirangka.
Kerajaan Kelantan bertindak menyesuaikan dasar pentadbiran selaras dengan tuntutan agama.
Lihat Al Isra’: 70, Allah SWT berfirman yang bermaksud “Wanita adalah manusia yang dilengkapi dengan kemuliaan dan kehormatan”.
Biarpun usaha itu diperlekeh sesetengah pihak, namun kerajaan di bawah PAS tidak undur ke belakang.
Tidak kurang pihak tampil mempertikaikan polisi yang ditetapkan di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan itu.
Peraturan terbabit biarpun nampak agak janggal, namun lama kelamaan menjadi kebiasaan. Malah muncul banyak papan tanda yang memaparkan wanita menutup aurat, nampak jauh lebih ayu dan menarik.
Wajah wanita termasuk juga dalam kalangan artis dipastikan menutup aurat sebelum dipamerkan pada papan tanda di tepi-tepi jalan.
Ketika itu artis dan isteri pemimpin negara yang datang ke Kelantan mengenakan tudung. Biarpun dipakai tidak sempurna, namun setidak-tidaknya ada selendang di atas kepala.
Usaha itu akhirnya menjalar ke negeri-negeri lain termasuk Selangor.
Begitu juga dengan peraturan tidak menggalakkan wanita bekerja malam. Perkara itu sebagai galakan dan bukan paksaan, namun banyak pihak bangkit amarah.
Tidak kurang yang memperli dengan mengatakan Kelantan menghalang kebebasan wanita. Malah pemimpin negara juga memperlekahkan usaha yang dilakukan di Kelantan ketika itu.
Sedangkan peraturan terbabit dilaksana kerajaan Kelantan sebagai usaha mengelakkan wanita terdedah gangguan dan bahaya ketika pulang bekerja pada waktu malam.
Usaha itu membuahkan hasil apabila majikan menyediakan kenderaan khas bagi menghantar pulang wanita yang bekerja malam.
Banyak kilang yang menyediakan kerja syif kepada wanita pada sebelah malam menyediakan kenderaan untuk menghantar pekerja wanita pulang.
Situasi berkenaan kekal sehingga sekarang. Selain itu kerajaan Kelantan juga melaksanakan peraturan mewujudkan kaunter bayaran lain jantina di pasar-pasar raya.
Tidak ada peraturan seumpama itu di tempat lain. Tujuan peraturan kaunter bayaran lain jantina bagi mengelakkan lelaki miang mengambil kesempatan ketika beratur membayar di kaunter.
Selain itu disediakan juga kaunter bayaran khas bagi keluarga. Peraturan tersebut biarpun nampak remeh, namun memberi makna besar kepada keharmonian hidup rakyat.
Kelantan turut melancar Dasar Wanita Kelantan pada 1999 dengan tujuan berpegang kepada cita-cita dan aspirasi Islam dalam memulia, membangun dan memperkasakan wanita di negeri berkenaan.
Selain itu membela hak asasi wanita, menjamin perlindungan undang-undang dan kebebasan secara adil dan saksama.
Objektif dasar tersebut mempertahan dan membina kemuliaan dan kemaslahatan wanita melalui pengukuhan akhlak dan wanita yang terpuji.
Kelantan juga melancar Dasar Keluarga Mawaddah. Penggubalan dasar itu bermula dengan seminar yang diadakan pada 16 November 2009.
Jelaslah usaha yang dilaksanakan di Kelantan sejak 30 tahun lepas membuahkan hasil sekarang.
Kata orang, kalau hendak tengok ramai wanita bertudung boleh bertandang ke Kelantan. Biarpun tidak dinafikan masih ada yang wanita yang menyongsang arus, namun mereka seumpama antah dalam beras.
Era akhir zaman
Di tengah-tengah ramai membicarakan soal moral dan integriti, namun dunia tanpa sempadan sekarang menyebabkan ada selintir pihak masih menaja aktiviti tidak sihat.
Antaranya muncul platform Sugarbook.com yang dianggap menyuburkan aktiviti pelacuran.
Lebih menyedihkan lagi apabila ia dikatakan membabitkan kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Benarkah begitu.
Media baru-baru ini melaporkan lebih 12,000 pelajar institusi pengajian tinggi terbabit dalam kancah tidak bermoral yang dikaitkan dengan aplikasi antarabangsa Sugarbook.
Pengasas Sugarbook.com dikatakan milik Darren Chan yang bermastautin di Malaysia. Perniagaan atas talian itu menjadi platform untuk menyubur aktiviti tidak bermoral.
Mengulas perkara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dato’ Ahmad Amzad Hashim mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) menyekat laman pornografi.
“Diharap tindakan serupa dapat diambil dengan kadar segera bagi menyekat domain Sugarbook.com.
“Namun pihak Sugarbook.com mungkin akan mendaftar atas nama domain lain untuk terus dapat dicapai oleh pengguna Malaysia.
“Oleh itu pihak SKMM diharap terus memantau dan menyekat lain-lain domain yang bakal digunakan untuk membolosi sekatan di semua laluan pintu masuk (gateway) Internet Malaysia,” katanya.
Kerajaan boleh menjalankan siasatan di bawah Akta Komunikasi Multimedia 1998 – seksyen 211 dan Akta Kanun Keseksaan (Penal Code) Seksyen 372, 372A dan 372B.
Ternyata peradaban yang dibina berpuluh tahun boleh runtuh dalam sekelip mata. Selagi asas agama tidak diperkukuh, manusia mudah menjadi hilang pendoman.
Sama juga dengan isu rasuah. Pendidikan tinggi sehingga ke peringkat mana sekali pun tidak menjamin integriti kecuali kesedaran agama yang menjadi pegangan hidup. – HARAKAHDAILY 15/2/2021
So hudud sm ruu355 apa citer???
ReplyDeleteSapa pgg kuasa skrg???
Nanti kau sokong tghh jadi pm, ok. Cita2 kau hudud dan ruu355 boleh tercapai.
ReplyDeleteSo skrg ni dah pgg kuasa, apa pun x tercapai la ye? Duk pgg kuasa makan gaji buta blh plak?
DeleteApa dalil mkn gaji buta tu wahai walaun badigol??
xde isu...isu lapuk diputar balik
ReplyDeleteisu air 25 thn belum selesai apa mcm....
kera jaan Kelantan sengaja lambatkan pembangunan kerana ehem ehem HAHAHHA
berat 69 puok ni