Aktivis wanita Arab Saudi dibebas selepas hampir 3 tahun penjara
RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi semalam membebaskan aktivis hak asasi wanita, Loujain al-Hathloul selepas hampir tiga tahun ditahan, dengan keluarganya mendakwa tindakan diambil selepas negara itu berdepan tekanan berterusan Amerika Syarikat (AS) berhubung hak asasi manusia.
Loujain, 31 tahun, ditahan pada Mei 2018 bersama puluhan lagi aktivis wanita hanya beberapa minggu sebelum hari bersejarah di mana negara itu menarik balik sekatan memandu, yang dikuatkuasakan sejak berdekad-dekad lamanya ke atas wanita, hingga mengundang kritikan masyarakat antarabangsa.
Pembebasan aktivis itu, yang masih di bawah pengawasan dan dilarang meninggalkan Arab Saudi, mencetuskan kegembiraan dalam kalangan adik-beradiknya yang mengadakan kempen di luar negara bagi menuntut Loujain dibebaskan.
"Loujain sudah pulang!!!!!!!," ciap saudara perempuannya, Lina al-Hathloul di laman Twitter.
"Dia di rumah selepas 1,001 hari dalam penjara," tambah Lina, yang turut berkongsi gambar Loujain tersenyum.
Presiden AS, Joe Biden, berikrar akan meneliti rekod hak asasi manusia Putera Mohammed bin Salman, sambil menyambut baik keputusan pembebasan Loujain serta menegaskan ia langkah yang wajar diambil.
Jabatan Negara AS menyatakan, Loujain tidak sepatutnya dipenjara.
"Menggalak dan memperjuangkan hak asasi manusia dan hak-hak lain kemanusiaan tidak wajar dihukum," kata jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang lantang bersuara bagi menuntut Loujain dibebaskan tahun lalu juga menyambut baik berita itu.
Pada hujung Disember, mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan lapan bulan ke atas Loujain atas jenayah berkaitan keganasan.
Bagaimanapun keluarganya berkata, penggantungan separuh hukuman membolehkan Loujain dibebaskan awal.
Loujain dipenjara atas tuduhan menghasut perubahan terhadap rejim pentadbiran negara itu dan cuba menggugat ketenteraman awam dalam perbicaraan yang dikecam sebagai satu sandiwara.
Keluarga Loujain juga mendakwa, dia mengalami gangguan seksual dan diseksa ketika dalam tahanan, bagaimanapun dakwaan itu ditolak oleh mahkamah.
Keputusan untuk membebaskan Loujain, bagaimanapun, adalah strategi menyelamatkan maruah oleh Arab Saudi selepas menerima tekanan berterusan supaya membebaskan aktivis itu, menurut sumber yang dekat kepada keluarga Loujain.
Namun, mahkamah mengenakan sekatan perjalanan selama lima tahun ke atas Loujain, menurut saudaranya.
"Loujain ada di rumah tetapi dia tidak bebas. Perjuangan ini belum berakhir," kata Lina. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Arab Saudi dilaporkan membebaskan aktivis hak asasi yang ditahan, selepas negara itu berdepan tekanan berterusan dari AS berhubung hak asasi manusia. Hak asasi manusia yang terikut-ikut dan dipandang dari kacamata AS dan bukan menurut Islam.
Kerana itu, bolehkah Arab Saudi digolongkan sebagai negara tiada pendirian pengecut dan penakut?
10 comments:
PAS pun sama tiada pendirian, pengecut dan penakut......
Ph takut sangat kat pas. Hari2 fitnah pas. Kat umno atau bersatu mereka tak serang sangat. Walaupun pas tidak sebesar mana, tapi kecut jugak teloq khadam. Kecut dan lagi kecut bila dipicit oleh dap.
Walaun kata BMF tergendala kerana PKP..
Salah ni, bukan kerana PKP...tapi disebabkan yang memperjuangkannya sudah jadi ular sawa kenyang dengan jawatan serta kedudukan dalam kerajaan, termasuk yang hanya duduk rumah tapi gaji jalan penuh....
Aku dgr smlm Husam Musa menang kes fitnah dari Lebai Pas...keliru plk aku
teringat 22 bulan
Ramai keliru antara khadam dan bukan khadam. Bila khadam, bergantung nyawa pada dap.
Respect dengan mp pas. No rasuah.
Dah jadi ulartamak dan ular dalam semak
Walaun khadam mca ape khabarnya? Ingat encem sangat walaun..rupa²nya khadam mca
Teringat cabutan 22x .. ingat cabutan 22x ..ingat pas..ingat pas.. ingat cabutan 22x hehehe
Post a Comment