Tuesday, February 23, 2021

Celaru Otak PH, Serang PAS yang hanya 18 kerusi. -SU PAS Perak

 

PH akhirnya tidak lagi mampu berjanji

JIKA anda melihat, PH kini tidak lagi mampu berjanji. Janji PH tidak lagi dipercayai. Modus operandi PH sekarang hanya timbulkan kebencian dan keraguan. Mereka sedar, jika mereka berjanji, mereka akan dicaci. Mereka cuba mencari kelemahan kerajaan yang ada dengan menimbulkan keraguan. Malangnya mereka tiada solusi. 

Lebih pelik mereka menyerang PAS yang hanya ada 18 kerusi. PAS bukan penentu polisi walaupun PAS berperanan besar menegur kecelaruan otak sebahagian bekas pimpinan PH yang masih ada dalam kerajaan.

Mereka bertanya kenapa PAS tak berperanan mengenai sugar daddy atau judi sedangkan mereka tahu PAS telah berperanan pada kemampuan yang ada. Ada yang berjaya dihalang, ada yang berjaya sekadar disekat pada kadar yang lebih besar dari yang berlaku.

PH dan kluster mahkamah yang menyerang PAS tahu mengenai kemampuan dan peranan PAS dalam kerajaan. Mereka tahu, kalau PAS mampu, barua mereka tidak akan kekal dalam lantikan politik hingga kini.

Cuba fikirkan, Abang Kardi masih kekal sebagai Ketua di Yayasan Taqwa yang jadi lubuk duit di MAIWP. Beberapa orang pimpinan PH khasnya dari PAN dan berotak JIM atau IKRAM masih ada dalam beberapa GLC seperti PUSRAWI dan beberapa GLC yang lain. Kalau PAS mampu, lantikan ini yang perlu diperbetulkan dahulu. Kerana musuh dibiarkan berada dalam tubuh kerajaan hari ini. Pelikkan?

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 22/2/2021


8 comments:

Anonymous said...

Maknanya parti PAS mmg tak layak memerintah negara. Bersendirian tak mungkin menang. Bergabung dengan parti lain tak boleh buat apa2 tentang perjuangannya....Melukut tepian gantang jelah....Sambil tunjuk kekuatan yang mana ada...

Anonymous said...

PAN yg paling hebat

Anonymous said...

IH patut tulis tajuk artikel baru : CELARU OTAK PAS. SERANG AMANAH YANG HANYA 11 KERUSI.

Anonymous said...

Otak udang PAN

Anonymous said...

Pan sebuah parti yg tiada dasar dan perjuangan. Semua bergantung pada dasar dap. Jika dap kata komunis adalah pejuang kemerdekaan, maka pan melalui presidennya akan kata komunis adalah pejuang kemerdekaan. Jika dap nak buat pesta arak, pan akan sokong seratus peratus dengan syarat dap tanggung nafkah pan.

Anonymous said...

So hudud sm ruu355 apa citer???

Sapa pgg kuasa skrg???

Anonymous said...

Dah makan obat

Anonymous said...

Org melayu tak selamat selagi ada pengkhianat yg setia jadi khadam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails