Thursday, February 04, 2021

Cita-cita kita. PAS, pegawai agama, NGO dakwah, Ebit Lew.. -T/Menteri JPM(Bhg Agama)

 

Usaha permudahkan gerak kerja dakwah 

JAUH di sudut hati setiap yang bernama pendakwah, pasti mahu melihat rahmat dan kasih sayang Islam sampai kepada semua. Saya percaya, ini semua adalah cita-cita kita. Cita-cita PAS, cita-cita pegawai agama, cita-cita semua NGO dakwah, cita-cita saudara Ebit Lew (UEL).

Secara peribadinya, saya sendiri mengagumi dan terinspirasi dengan ketangkasan UEL membantu orang susah. Saya mengharapkan agar UEL tidak berputus asa walaupun keadaan sekarang tidak mengizinkan. Situasi di sana tidak seperti di Semenanjung. Wujud ancaman keselamatan terutamanya di beberapa kawasan tumpuan.

Harapan yang sama juga saya berikan kepada pegawai-pegawai agensi agama di bawah YB Menteri Agama dan saya, agar tidak patah semangat dengan cemuhan orang ramai. Kita terus tambah baik dari sudut prosedur dan pelaksanaan, agar dapat meringankan beban lebih ramai rakyat yang memerlukan.

Ketika pandemik ini, di Wilayah Persekutuan sendiri, kita telah cuba sedaya upaya meminimakan birokrasi dengan mewujudkan aplikasi Mobile Jejak Asnaf MAIWP (MoJa).

Orang ramai boleh melaporkan secara dalam talian jika ada sahabat atau jiran yang ditimpa musibah seperti hilang mata pencarian, tidak mampu membayar sewa dan tiada makanan.

Dengan cara ini juga, kita telah berjaya menyumbang sebanyak RM363.5 juta daripada Tabung Musaadah COVID-19 kepada 545,658 penerima, 1830 institusi, 200 perusahaan kecil dan sederhana, 59 rumah anak yatim dan kebajikan, 10 NGO dan 9 buah hospital. 

Kekurangan yang ada telah banyak kita baiki sedikit demi sedikit. Semoga lebih ramai dapat memahami bahawa prosedur yang kita lakukan adalah demi kebaikan bersama, agar wang kutipan zakat tidak mudah-mudah diperoleh oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Matlamat kita sama, cuma pada setiap posisi ada cabaran yang berbeza. Semoga Allah memberi kekuatan kepada UEL dan semua hero-hero yang tidak didendang ini untuk terus berkhidmat menyampaikan rahmat dan kasih sayang Islam.

YB AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 3/2/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: "Jauh di sudut hati setiap yang bernama pendakwah, pasti mahu melihat rahmat dan kasih sayang Islam sampai kepada semua. 

"Saya percaya, ini semua adalah cita-cita kita. Cita-cita PAS, cita-cita pegawai agama, cita-cita semua NGO dakwah, cita-cita saudara Ebit Lew (UEL)." Kata Timbalan Menteri JPM (Bhg Agama).

Ini jugalah cita-cita weblog ini.. Insya Allah. Sampaikan, walau 1 ayat.

IHtv
17 subscribers

8 comments:

  1. Bukan yb ni dah dapat pangkat datuk ke?

    ReplyDelete
  2. Tu dia..dalil lg...kah355x!

    ReplyDelete
  3. Pas bercita cita saja.
    Macam angan angan juga lah.
    Walau macam mana sekali pun ana kena pakai keta mercedes dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebuh diperkatakan bahawa tiada seorang pun wakil rakyat pas terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa. Jika benar teruskan wahai pejuang agama Allah. Persetankan khadam2 dap dan hipokrit dari parti liberal.

      Delete
  4. Apa citer surat rayuan presiden parti liberal kpd YDPA. Presiden memang bijak camouflage. Kononnya rayuan pada pertuturan, tapi tindakannya derhaka. Hebat tuan syeikh siap berdakwah kepada semua mp supaya buat surat rayuan. Bila dah kepingin sangat nak jadi pm, kewarasan pun dah luput. Mahukah rakyat malaysia ber'pm'kan bekas banduan semburit.

    ReplyDelete
  5. Pas blh bubar la..bukan ada fungsi pun.
    Asek keje cari dalil nak bodohkan pengikut yg dah sedia bebal.

    ReplyDelete
  6. Pkr patut bubar asyik nak pecahbelahkan masyarakat. Bawa pengikut ikut dalil kitab liberal. Sebab ada dalil liberal maka ada penyerahan diri sebagai khadam dap. Angkat eng guan dan siang kit sebagai penasihat balik tabir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg ko merepek ni syaitann??

      Delete