Friday, February 19, 2021

Hina mahkamah: Mkini Dotcom didenda RM500,000

 

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memerintahkan Mkini Dotcom Sdn Bhd membayar denda RM500,000 selepas mendapati syarikat itu bersalah menghina mahkamah menerusi penerbitan komen pembaca.

Bagaimanapun, mahkamah tidak berpuas hati kes telah dibuktikan melangkaui keraguan yang munasabah terhadap Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan, justeru berpendapat lelaki itu tidak bersalah menghina mahkamah.

Mahkamah memerintahkan Mkini Dotcom membayar denda itu dalam tempoh tiga hari bermula Isnin.

Keputusan Mkini Dotcom bersalah menghina mahkamah dicapai menerusi majoriti 6-1 yang disampaikan oleh panel tujuh hakim yang bersidang, diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf.

Keputusan majoriti dibuat oleh Rohana, Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Abdul Rahman Sebli, manakala Datuk Nallini Pathmanathan menentang.

Rohana berkata mahkamah mendapati pertuduhan mempermudah penerbitan komen pembaca terhadap Mkini Dotcom telah dibuktikan, justeru memutuskan syarikat tersebut bersalah menghina mahkamah.

Jabatan Peguam Negara memohon kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap Mkini Dotcom serta Gan berkaitan lima komen pembaca mengenai sebuah artikel yang diterbitkan Malaysiakini pada 9 Jun bertajuk CJ orders all courts to be fully operational from July 1 yang disifatkan sebagai menyinggung perasaan.

Pada 17 Jun tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan ex-parte Jabatan Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Mkini Dotcom serta Gan.

Pada 2 Julai tahun lepas, Mkini Dotcom yang mengendalikan portal berita Malaysiakini, dan Gan gagal membatalkan kebenaran yang diperoleh Jabatan Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap mereka. – BERNAMA

9 comments:

Anonymous said...

Zaman kerajaan melayu melaka, raja mendeliar adalah pengkhianat kepada kerajaan melaka, bersekongkol dengan penjajah. Sekarang raja mendeliar adalah parti kuali dan parti liberal. Yg cuba menjatuhkan kesultanan melayu dan org melayu.

Anonymous said...

Keputusan 6-1 tu, dah lama netizen menunggu2 keputusan seperti ini!


Anonymous said...

Pkr menentang rasuah, tapi bekas menteri pkr ke mahkamah kerana rasuah. Double standard pkr, orng lain tak boleh rasuah, mereka boleh.

Anonymous said...

SEBANYAK 50 wakil rakyat DAP menyumbang RM1,000 seorang bagi membantu melunaskan denda yang dikenakan terhadap portal berita Malaysiakini.

SEPAKAT DAP BANTU MKINI. TAPI DLM ISU 355, TAK SEPAKAT MUSLIM. PKR DAN PAN KERAS BANTAH PINDAAN 355.

Anonymous said...

Dengan keputusan 6-1, betul kah masih ada yang berani menghina keputusan tersebut!

Berani betul mereka!

Anonymous said...

Penganalisis politik Kamarul Zaman Yusoff menang saman terhadap seorang Pegawai Khas Pengerusi sebuah parti chauvinist di Sarawak, dan individu terbabit diarah membayar ganti rugi RM8 juta atas kenyataan fitnah dibuatnya sebelum ini.

Banyak tu? Sudahkah mereka melancarkan dana tabungan untuk membantu pemuda Melayu tesebut?

Tanya je!

Anonymous said...

Jangan harap. Pkr dan pan lebih rela lancar dana utk dap. Org selain selain pkr dan pan adalah munafiq. Hanya pkr dan pan saja yg beriman. Beriman pada thaghut.

Anonymous said...

What is yur give is what is you get back.... enough is enough Tun

Siapa masih ingat kenyataan mantan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ini?

“BN (Barisan Nasional) dah tak ada, dah ‘Innalillahi wainna ilaihi raajiun. Yang ada hanyalah UMNO itupun sekadar pada nama sahaja"

“UMNO dah hancur, banyak ahli minta nak masuk PH dan BERSATU (PPBM). Yang tinggal nak jalan pun tak larat dah" [Tun Mahathir 21 Februari 2020]

"Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO. Tetapi UMNO sertai kerajaan campuran sebagai parti UMNO, ini tidak dapat diterima" [Tun Mahathir 26 Februari 2020]

Siapa masih ingat juga Tun Mahathir pada 9 November 2019 mengaku menyuruh saya (Zahid) membubarkan UMNO kerana UMNO dianggap sudah tiada.

Tiba-tiba kelmarin Tun Mahathir buat 'U-turn' paling drastik menyatakan beliau masih sayang UMNO dan bersedia kembali kepada UMNO. Boleh demand lagi syarat kononnya UMNO perlu kembali berjuang untuk bangsa, negara dan agama.

Selama ini itulah perjuangan UMNO dan bukan perjuangan untuk kroni dan anakcucu. Bila BN menolak bailout kroni dan anakcucu mula merajuk dan ugut keluar UMNO bagai. Cukup cukup lah rakyat dah naik meluat dan menyampah lakonan jijik ini.

Bagaimana agaknya perasaan penyokong dan pemimpin parti Pejuang lain mendengar kata-kata Tun Mahathir ini?

Ramai lihat Tun kini hilang hala tuju dalam memperjuangkan kepentingan politik peribadi dan kroni-kroninya selepas tidak lagi menjadi PM ke-7.

Persoalan yang menimbulkan tanda tanya besar siapakah rombongan demi rombongan yang datang minta beliau buat sesuatu untuk selamatkan negara!? Elok badan berkecuali NGO, Blogger buat tinjauan dan survey betulkah dakwaan Tun bahawa rakyat masih mahukan Tun menerajui negara..!?

Dengan muka tak malu minta bagi 'syarat - syarat' yang ditetapkan beliau itu sekadar melunakkan alasan . Selama ini UMNO tidak pernah seinci berkalih daripada dasar perjuangannya.

Presiden PPBM telah memecatnya. PH tidak lagi mempedulikannya. Kerajaan PN tidak luluskan pendaftaran parti baharunya.

Makanya perlu cari 'perumah' lain atau setidak-tidaknya kembali kepada 'perumah lama' untuk terus mendapatkan manfaat 'nutrisi'.

ps : Maksud "perumah" ialah dalam biologi dan perubatan, perumah merupakan organisma perosak pembawa parasit, cacing, ulat perosak,mutualistik, atau komensalis (simbion) yang lazim mempunyai sumber makanan dan tempat perlindungan yang ideal untuk yang menumpang hidup sehingga habis nutrisi perumah itu dimakan nya.

Anonymous said...

Malaysiakini ramai bantu.

Harakah ada walaun2 bantu x??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails