Thursday, February 18, 2021

JAS menang anugerah kuatkuasa alam sekitar Asia. Apa kata PH?

 

KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta semua warga kerja JAS di seluruh negara.

Hal ini dilakukan atas penganugerahan Asia Environmental Enforcement Awards 2020  daripada  United Nations Environment Programme (UNEP) pada majlis Ceremony for the Asia Environmental Enforcement Awards 2020 yang diadakan secara virtual, hari ini.

“Penghargaan saya kepada semua agensi-agensi penguatkuasa di negara ini iaitu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan semua pihak berkuasa pelabuhan yang merupakan kunci kepada kejayaan ini,” ujarnya dalam kenyataan, malam ini.

Tambahnya, manakala kerjasama dan perkongsian maklumat pintar dengan agensi luar negara seperti Competent Authority (CA) di bawah Basel Convention dan INTERPOL atas kerjasama kepada JAS dalam membanteras pengimportan sisa plastik secara haram ke dalam negara ini dan sekali gus memerangi jenayah alam sekitar rentas sempadan.

Katanya, selaras dengan komitmen Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030 dan Pelan Strategik Kelestarian Alam Sekitar Di Malaysia 2020-2030, JAS komited dalam pelaksanaan aktiviti penguatkuasaannya bagi membendung pencemaran alam sekitar.

Beliau menambah, dalam tempoh Januari 2019 sehingga Disember 2020, JAS telah berjaya menghantar semula 254 kontena ke negara pengeksport dengan anggaran berat 5,512 metrik tan sisa plastik tanpa melibatkan sebarang kos oleh Kerajaan Malaysia.

Menurutnya lagi, JAS juga telah berjaya menahan operasi 204 kilang kitar semula sisa plastik haram sepanjang tempoh tersebut.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa menyalurkan maklumat dalam usaha JAS membanteras jenayah alam sekitar di negara ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 17/2/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: JAS menang anugerah penguatkuasaan alam sekitar Asia. Dalam tempoh Januari 2019 sehingga Disember 2020, JAS telah berjaya menghantar semula 254 kontena ke negara pengeksport. 

Beranggaran berat 5,512 metrik tan sisa plastik tanpa melibatkan sebarang kos oleh Kerajaan Malaysia. JAS juga telah berjaya menahan operasi 204 kilang kitar semula sisa plastik haram sepanjang tempoh tersebut.

Zaman PH perintah 22 bulan buat apa? Pemimpinnya makan gaji buta? Jawab, apa kata balaci-balaci DAP?


11 comments:

Anonymous said...

Rakyat bangga dengan perkembangan terbaru. Tanpa rasuah, alam sekitar lebih nyaman. Bahan kumbah babi juga perlu diberi perhatian. Sungai bersih, rakyat sihat.

Anonymous said...

Nanti meloncat pulak DAPAN

Anonymous said...

Atuk ckp PH terhumban kerana tak layan rakyat mcm Kroni

Anonymous said...

alahai! collobration aje. bukan pun "best".

Anonymous said...

So hudud sm ruu355 apa citer??

Sapa pgg kuasa skrg???

Anonymous said...

Tak kurang hebat mp pas di peringkat pusat. Rakyat mengharapkan lebih ramai mp pas dalam kerajaan. Tolak liberal tolak lgbt tolak rasuah.

Anonymous said...

Bang non masih meneruskan penderhakaan. Semoga bang non kembali ke pangkal jalan dan sama2 perjuangkan 355 dan kembali ke arus perdana perjuangan peribumi. Tinggal hasrat menjadi pm kerana pergolakan boleh tercetus semula jika bang non masih bercita2 jadi pm.

Anonymous said...

Blog masuk bakul angkat sendiri

Anonymous said...

Dengki la tu.

Anonymous said...

Atas jasa apa??

Cari virus dalam kumbahan?

Tadah air hujan??

Anonymous said...

Ph langsung tiada berjasa. Fitnah kuat. Itu bukan jasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails