Hasil lumayan bukan alasan benar semula aktiviti judi
KUALA LUMPUR: Kerajaan diharap dapat membuat pertimbangan semula berhubung kebenaran beroperasi kepada semua operator perjudian berlesen berkuatkuasa 15 Februari lalu.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, sekalipun menurut semakannya hasil keseluruhan cukai judi yang dikutip oleh kerajaan agak lumayan namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk membenarkan semula aktiviti itu dilaksanakan.
Menurutnya, berdasarkan sumber jawapan kerajaan di kamar khas parlimen pada 8 Oktober 2019, di mana sehingga September 2019, kerajaan mengutip cukai sebanyak RM2.72 billion manakala pada 2018 sebanyak RM2.018 billion daripada aktiviti perjudian.
“Apatah lagi jika dibincangkan dari sudut keperluan dan keutamaan, aktiviti perjudian bukannya satu essential services yang perlu disegerakan perkhidmatannya,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dalam satu hantaran di laman Facebooknya, hari ini.
Beliau berkata, dalam situasi rakyat sedang tertekan akibat wabak pandemik Covid-19, membenarkan aktiviti perjudian hanya akan menambah parah ke atas luka rakyat.
Katanya, ia dibimbangi hanya akan mencetuskan masalah sosial yang lain dan tidak berbaloi dengan cukai yang berjaya dikutip oleh kerajaan nanti.
Sudah tentu,ujar beliau jika dilihat di dalam Islam sekalipun, ia merupakan dosa besar yang dibenci bahkan dalam semua agama-agama utama di dunia juga, judi dianggap perbuatan yang tidak bermoral.
“Saya menghantar nota ini juga kepada YB Menteri Kewangan untuk membuat penilaian semula.
“Saya yakin, adanya ruang untuk kerajaan mempertimbangkan semula perkara ini,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, beberapa syarikat pengendali kasino, Resort World Genting dan syarikat nombor ramalan mengumumkan pembukaan semula operasi premis mereka melalui pengumuman di media sosial dan sesawang masing-masing. – HARAKAHDAILY 18/2/2021
Laa..aku igt nak lawan judi habis habisan. Rupanya sekadar hantar nota je. Baik jd pembangkang balik. Buat perhimpunan mcm kat padang merbuk dlu.
ReplyDeleteSo hudud sm ruu355 apa citer skrg??
Mu dengan geng mu buat apa? Dok buat gapo, maki hamun oghe sajo.... Eh lupo pulok tokey judi saingmu belako...
DeleteSetahu aku yg kuat maki hamun ni puak lebai jadian sama ulamak mutant..
ReplyDeleteHe. He. Kau tanya abam sobu la.. Kura kura dalam perahu pulak...
DeleteHe he..nanti aku tanya mortar snake sama tontotwi..sudah gaharu cendana pulak..
DeleteBeza abam dengan senik. Fakta dan fitnah.
DeleteBerperingkat. Hantar nota dulu. Kalau semua nak cepat, nanti terkejut berok khadam2. Diharap nanti dapat anugerah atau pengiktirafan.
ReplyDeleteTakpe la walaun bingai. Ko tegur dalam hati je la. Ajaran ularmak jadian pas jgk tu..
DeleteAjaran terbaik dari ulamak. Tidak durhaka seperti ulaarrrmaak dlm ph. Ph hantar nota pun tidak, bersuara pun tidak. Tunduk patuh pada dap eng guan.
Delete