Monday, February 15, 2021

"..kata Allahyarham Datuk Dr. Haron Din kepada saya"... -Zahid Hamidi

 

Muafakat Nasional Umno-PAS mesti diteruskan

SAYA tahu ramai tertanya-tanya mengenai status terkini Muafakat Nasional (MN) yang dipelopori Umno dan PAS pada tahun 2019. Ia disebabkan PAS secara rasmi telah menyertai Perikatan Nasional (PN) yang diasaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Manakala Umno sebaliknya. Umno sekadar menyokong pembentukan Kerajaan PN demi kestabilan pentadbiran negara selepas Perdana Menteri ke-7 letak jawatan. Pendirian Umno itu selaras dengan perkembangan terbaru majoriti akar umbi parti pada mesyuarat bahagian menolak kerjasama dengan BERSATU pada PRU15. 

Bagi menjelaskan persoalan mengenai kedudukan MN yang dimeterai Umno dan PAS pada 2019, apa yang boleh saya katakan adalah hubungan kedua-dua parti masih baik walaupun terdapat pelbagai interpretasi di luar. 

Hubungan kedua-dua parti masih berjalan walaupun mungkin ada pihak tidak berapa senang dan berterusan mencari jalan untuk merenggangkan. Suka juga saya berkongsi cerita mengenai ilham untuk menjalinkan semula kerjasama antara kedua-dua parti telah pun wujud sejak tahun 1998.

Selepas saya mendapat ‘Ijazah’ Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), saya bertemu pemimpin PAS, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din ketika itu. Allahyarham Tuan Guru waktu itu merupakan Ketua Penerangan PAS. Saya masih ingat kata-kata Allahyarham Datuk Dr. Haron Din kepada saya. 

Beliau menyatakan betapa hasratnya melihat Umno dan PAS dapat berkongsi fikrah antara satu sama lain meskipun walau tidak bergabung sebagai sebuah parti suatu hari nanti. Saya secara peribadi menganggap hasrat itu sebagai wasiat Allahyarham Tuan Guru kepada saya apabila beliau kembali ke Rahmatullah pada tahun 2016.

Syukur alhamdulillah wasiat itu dapat ditunaikan melalui pemeteraian Piagam Muafakat Nasional di Dewan Merdeka, dewan utama Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 September 2019. Saya masih ingat menjadi Presiden Umno yang berkunjung ke pusat perkhidmatan Presiden PAS di Rusila dan menghadiri Muktamar Sanawi PAS di Gong Badak. 

Usaha mewujudkan kerjasama UMNO dan PAS pasca PRU14 ini turut dijayakan oleh kepimpinan tertinggi yang lain kedua-dua parti. Saya berfikir kerjasama ini perlu diteruskan Umno dan PAS kerana ia terbukti memberi impak positif dan InsyaAllah hubungan fikrah ini akan terus rapat dan dekat. 

Sebab itu juga baru-baru ini saya menyatakan BN akan terus diperkasakan dan dalam masa yang sama mengukuhkan kerjasama dengan pihak yang jujur dan ikhlas untuk bekerjasama.

DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
Presiden Umno
Pengerusi Barisan Nasional – HARAKAHDAILY 14/2/2021

10 comments:

Anonymous said...

Hari ini hari paling lawak di Malaysia selepas 60 tahun Malaysia merdeka.

Sesaje kopi pes dari laman blog reformasi link kat bawah ni haahh..

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/joke-of-day.html?m=1

Mahathir ada 4 kerusi (baru bian upco dan syed saddiq) bermaksud tambahan 21 kerusi yg bukan disandang oleh mereka.

Pkr yg ada 38 mp diberi tambahan 12 kerusi sahaja walaupun yg kita nampak pejuang yg hanya ada 4 mp menuntut tambahan sehingga 46 kerusi ( bab ni paling lawak)

Dap yg ada 42 kerusi x ada tambahan mana2 kawasan utk ditanding.

Amanah yg ada 11 kerusi dicadang diberi tambahan 21 kerusi (maybe nak tambah gang2 pro mahathir kat sini kot)

Dan yg paling lawak ialah "calon pm akan ditentukan selepas pru" kata gang2 mahathir.. ( kah kah kah...!!)

Nampak tak game puak2 sial lahanat ni?

Pejuang yg parti mereka tak berdaftar dan x ada akar umbi tuntut kerusi sama banyak dgn pkr yg ada 1 juta ahli di 1018 ranting diseluruh 222 cabang... koh koh koh..

#haahsilaketawadangadohkahkahkah

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/joke-of-day.html?m=1

Anonymous said...

Wak pun tak sesuai jadi pm. Ada yg lebih sesuai yg bersih urusan mahkamah.

Anonymous said...

Yang paling layak jadi PM, anom hari lawak Malaysia kat atas tu...pakar politik yg banyak sumbangan...

Anonymous said...

Fuyioo budak Daim dah berbunyi..

Veteran politik Daim Zainuddin menyifatkan Umno sebagai tidak lagi mampu menarik sokongan majoriti rakyat kerana sarat dengan ‘warlord’ (panglima perang) yang beranggapan mereka masih menerajui negara.

Daim berkata ramai pemimpin Umno ‘tidak belajar dari sejarah’ dan gagal menawarkan sebarang kepimpinan bermakna untuk kebaikan rakyat.

“Mereka masih bertindak seolah-olah mereka ‘warlord’ yang menguruskan negara,” kata beliau.

Daim berkata agenda pemimpin sedemikian hanya tertumpu kepada pemeliharaan diri dan “rakyat cukup matang untuk mengenali pemimpin seperti ini.”

“(Justeru), pada masa sekarang, Umno, sebagai sebuah parti, tidak lagi menjadi tarikan kepada majoriti rakyat negara ini.

Budak Daim ni berbunyi mewakili suara siapa... cer teka cer teka..!!

Anonymous said...

Kenapa Mukhriz Daim Tun tibs tiba mahu PH hentikan desak PRU

MUHYIDDIN AKN KALAH... MAHATHIR PANIK DAIM DAN BOBOI PANAS MONTOT

Semalam kita dikejutkan dengan kenyataan dari penyokong 'Pejuang' dan Mukhriz sendiri. Saya tak pasti mahu ketawa, menangis atau maki hamun cadangan tersebut. Ia boleh diandaikan sebagai joke of the day.

Pertama mengapa tiba-tiba seolah mereka yang berkuasa ke atas PH sedangkan mereka bukan di dalam PH. Sesuka hati sahaja arahkan ingin bertanding 124 kerusi dan 94 dari PH. Saya tak boleh kata gila cuma saya nak beritahu mana-mana pemimpin PH yang menyokong... suruh berhenti jadi ahli politik bagus pergi aply kerja sebagai jururawat dkt Hospital Tg Rambutan.

Mukhriz tiba2 beritahu jgn paksa PN utk adakan PRU15. Nak bagitahu Mukhriz, PH tak desak PRU yg kita desak Muhyiddin serahkan kembali kerajaan ini kpd kerajaan PH. Tahu kenapa Muhkriz mahu kita berdiam dan tidak memberi tekanan kpd kerajaan PN? Faham2 sahajalah siapa di belakang PN.

Anonymous said...

Kesian amat PH

Anonymous said...

Muhyiddin paling sesuai banding atok, bang non, wak. Juga presiden pas sesuai jadi pm.

Anonymous said...

Tun juga menyatakan belajar agama tidak melayakkan seseorang menjadi jurutera dan peguam. Kenyataan itu menggambarkan bahawa pembelajaran ilmu agama menjadi punca rakyat dan negara menjadi mundur disebab ilmu agama tidak mengajar teknologi moden mengikut peredaran zaman; ilmu agama adalah ilmu yang statik dan kaku kerana hanya mengajar menghafal al-Quran, membaca Hadis dan mengenal hukum halal haram sahaja.

Anonymous said...

Bengong tun. Sebab tun tak belajar agama. Tun jadi buaya, ngap selagi boleh. Jika peguam dan jurutera belajar agama, jadi insan lebih baik.

Anonymous said...

Arap Tun mati dlm beriman

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails