Tuesday, February 09, 2021

'Kelab malam, pub dan karaoke kekal tutup'.. Sepatutnya selama-lamanya.

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah memberi kebenaran kepada sektor hiburan membabitkan kelab malam, pub dan pusat karaoke hiburan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menjelaskan salah faham yang timbul mengenai kebenaran operasi sektor berkenaan, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan kelab malam, pub dan pusat karaoke hiburan kekal dilarang sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu.

"Ada salah faham, operasi kelab malam merangkumi kelab malam, pub dan pusat karaoke hiburan tidak dibenarkan sejak PKP pada Mac tahun lalu.

"Ketiga-tiga perniagaan itu tidak pernah diberi kebenaran dan kekal berada dalam senarai larangan beroperasi.

"Statistik serbuan dan tangkapan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan pusat hiburan termasuk pub dan kelab malam dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Januari lalu merekodkan 951 premis pusat hiburan diserbu, 9,587 kompaun dikeluarkan dan 4,666 tangkapan dilakukan.

"Ini menunjukkan kerajaan tidak berkompromi dalam soal pembukaan kelab malam, pub dan pusat karaoke hiburan kerana ia masih dalam senarai terlarang," katanya pada sidang media di sini, hari ini. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kelab malam, pub dan pusat hiburan gaya begitu patut ditutup selama-lamanya. Kerana ia berunsur pusat maksiat, yang ditegah oleh agama negara ini (Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan).

Ataupun boleh diubahsuai seperti hiburan yang dikehendaki oleh agama Islam. Bukan seperti hiburan yang difahami oleh mereka yang kepala otaknya dijajah oleh peradaban maksiat.


15 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya ia akan mendatangkan kemarahan cina dap dan liberal. Depa suka berhibur cara maksiat.

Anonymous said...

PAN dok fitnah PAS

Anonymous said...

rakyat komplain baru kerajaan PAS nak tutup sekejab...judi,arak,zina,LGBT,hiburan...makin bertambah adalah bila lebai memerintah...ada dgr ke arak dah haram?ada dengar ke kasino genting highland dah tutup, ada dgr ke sajat,safii alias dah berubah menjadi lelaki? ada dgr ke cabutan judi toto makin kurang?dari sikit kpd 21 kali adalah...yeee 21 kali pada zaman PAS ni..
habis tu kau ingat nnt bila mati kau boleh bagi alasan DAP ke kat malaikat? yang akan tanggung sifat munafik PAS..hanya lah pas sendiri...yg akan kena palu dek malaikat dalam kubur nnt...pastinya kamu...atas dunia boleh lah kamu pusing2..amik habuan gaji dan jawatan ..akhirat nnt mampus la kamu

avanza5990 said...

https://www.amenoworld.org/2021/02/silterra-milik-khazanah-dijual.html

avanza5990 said...

habis tu apa ibni hisyam buat kt sini. kata penyokong totok pas hj hadi. bg la idea suruh tutup kelab malam. takat tulis pong pang ping pung kt sini tak jadi apa. tgu pru15 jd pembangang semula baru sedap tulis dok gitu. jgn marah yer. minta ampun dgn tuhan kawe.

Unknown said...

He. He. Hang Dah makan ubat ke belum... 😅

Anonymous said...

bila vaccine kena guna "dry ais".
admin tahu mana "dry ais" mali.

Anonymous said...

Dekat setahun pas dlm kera jaan isley..apa fungsi?
Arwah adib?
Kes tabung haji
Ltte
Hudud
Ruu355
Kedai judi
Kilang arak
Pertandingan ratu cantik

Yaa..pas dpt mercedes 14 bijik dan gaji naik siap backdated!

Anonymous said...

Tu je la walaun leh jwp.. Dh mkn ubat ke kikiki.. Ke ko yg dh byk mkn taik lebai politik dol.. Kikiki

Anonymous said...

Kah100x..

Anonymous said...

Ajak juga kengkawan lain makan ubat penenang. Releks dan istighfar banyak2. Janganbanyak sangat keluarkan ide berupa fitnah terhadap pas. Rakyat dah jemu.

Anonymous said...

Penganut fahaman agama pan dan pkr, umpama budak pengembala kambing dengan serigala. Kali pertama fitnah orang percaya. Kali kedua fitnah orang percaya lagi. Kali ketiga fitnah orang dah tahu itu fitnah. Kali keempat fitnah orang mula tanya, dah makan ubat atau belum.

Anonymous said...

Anon 5.45: Bgtau yg mana fitnah nya?

Kau betul aku salah said...

Rakyat jemu dengar lebai jual agama ke sana ke mari..kalau tuk mereka..halal. kalau utk org..haram..amacam?aku bagi contoh supaya kepala hotak ko cair sket..ingat lagi hukum mengundi org kapir? Biar dia rasuah pn asalkan islam kan? Aku ingat lagi lebai menjual agama masa tu..Tetiba di tanjung piai.. lebai suh sokong MCA..kenapa hukum berubah? Sbb tu rakyat yg "dah jemu" meluat dengan parti lebai..membongek aje kejenya..jual agama sini sana

Kau betul aku salah said...

Lebai jual ugama bukan fitnah bukan bohong ya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails