Saturday, February 20, 2021

Kelahiran di China menurun drastik 2020 hingga 15%.

 

China mencatatkan angka kelahiran terendah pada 2019 dan ia adalah penurunan paling drastik sejak 1949. - Foto AGENSI

China pertimbang tarik semula larangan kelahiran anak

BEIJING: China sedang mempertimbangkan untuk menarik semula semua sekatan bagi kelahiran bayi di wilayah timur laut bagi mengatasi penurunan ketara kadar kelahiran dalam kalangan penduduk negara itu yang sebahagian besarnya adalah warga tua.

Ini membolehkan wilayah timur laut melaksanakan 'pelan perintis dasar kelahiran komprehensif', sebagaimana disarankan oleh Suruhanjaya Kesihatan Nasional dalam satu kenyataan pada Ogos tahun lalu yang dikeluarkan semalam.

China sebelum ini sudah menjalankan dasar baharu itu di beberapa kawasan dan berhasrat melaksanakannya secara menyeluruh di seluruh negara jika inisiatif itu berjaya.

Populasi penduduk di China dikuasai rakyat lebih berusia berikutan republik itu menggalakkan perancangan keluarga sejak beberapa dekad lalu bagi menghentikan kelahiran secara meluas.

Walaupun kelonggaran diberikan sejak beberapa tahun lalu, kadar kelahiran dilaporkan terus menurun.

Pada 2019, angka kelahiran terendah dicatatkan dan ia adalah penurunan paling drastik sejak 1949.

Dalam perkembangan berkaitan, angka kelahiran direkodkan terus menurun pada 2020 apabila jumlah kelahiran bayi yang didaftarkan menurun sekitar 15 peratus.

Wilayah timur laut antara lokasi yang mencatatkan kadar kelahiran terendah dan suruhanjaya memaklumkan, pihaknya akan menjalankan penyelidikan sejauh mana kelonggaran ini akan memberi impak kepada ekonomi setempat dan kestabilan sosial. – BLOOMBERG

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nabi Muhammad SAW berpesan, berkahwin dan beranaklah, beliau gembira dengan umatnya yang ramai. 

Apalagi di zaman kekuasaan menaik dan menurunkan pemimpin hanya melalui 'peti undi' sahaja. Jumlah pengundi menentukan kemenangan memerintah. Perang melalui peti undi!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails