Friday, February 05, 2021

Kempen anti-minyak sawit: Malaysia sertai Indonesia saman EU

 

JAKARTA, 5 Feb — Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Presiden Indonesia Joko Widodo (kanan) mengadakan sidang media bersama selepas kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan empat mata di Istana Merdeka di sini, Jumaat.—fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPERLIHARA

KUALA LUMPUR: Malaysia menyertai Indonesia sebagai negara yang memfailkan tindakan undang-undang terhadap Kesatuan Eropah (EU) susulan tindakan diskriminasi blok ekonomi itu terhadap produk keluaran kedua-dua negara menerusi kempen anti minyak sawit.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau memaklumkan kepada Presiden Indonesia mengenai usaha Malaysia memfailkan tindakan undang-undang terhadap EU pada 15 Januari lalu di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), sama seperti yang dilakukan Indonesia pada Disember 2019.

"Malaysia akan terus bekerjasama dengan pihak Indonesia dalam isu diskriminasi minyak sawit terutama memperkasakan Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC)," katanya dalam sidang media bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo sempena lawatan rasmi ke Indonesia, hari ini.

Muhyiddin berkata, Malaysia dan Indonesia menzahirkan kebimbangan mengenai kempen anti-minyak sawit yang berlaku terutama di Eropah, Australia dan Oceania.

Perdana Menteri berkata, kedua negara sependapat kempen anti-minyak sawit itu tidak berasas dan tidak menggambarkan kelestarian industri sawit dunia serta bercanggah dengan komitmen EU kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai amalan perdagangan bebas. (BH)

6 comments:

Anonymous said...

Bagus tu kalau bersatu padu. Pakat semua negara islam bersatu padu. Biar pkr dan pan bersatu padu dengan dap.

Anonymous said...

Tun Mahathir kenapa pelik ssangat minggu ni.. kau dah kenapa..!?

Tajuk Hari ini FMT news.

- Mahathir Kini Kesal Lantik Tommy Tommas Sebagai Peguam Negara

- Tommy Thomas terikat ‘kisah silam’, Mahathir kesal pilih beliau sebagai peguam negara

Tajuk Semalam di Awani News

- Hubungan Saya dengan baik baik saja, malah nak beri gelaran Tan Seri lagi

Sebelum Semalamnya Berita Harian News

- Kenyataan Tommy Thomas dalam memoirnya sangat mengarut sekali.

Laman CheDet Blog News

- I was shocked to read excerpts from Tommy Thomas’ book My Story: Justice in the Wildness. Tommy was one of those lawyers who hated me

Kau dah kenapa Tun...!! Tiap tiap hari keluar kenyataan yang berbeza beza.. panas montot yeerrr... Lidah Bercabang penipu kau dah tak ada ummmphhh lagi yerrr..!!


kikikikiki..!!

Anonymous said...

Ramai rakyat dah maki hamun atok zahir dan bathin. Sekarang bathin atok terseksa. Hidup dalam mewah hasil sapuan harta, bathin terganggu oleh rintihan rakyat yg teraniaya.

Anonymous said...

Mna lebai q7 skrg?? Ari tu kate gi turki cari market.
Walauncai sekalian, sila share gmbr lebai q7 tu jumpa sapa kat turki?

Anonymous said...

Puak PH dah berenti ker minum sesudu

Anonymous said...

PKR akan patah riok n PAN tunggu luruh lepaih PRU 15

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails