Pekerja asing di Malaysia. (Foto hiasan)
Tidak lagi tinggal di rumah kongsi sesak
KOTA BHARU: Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan mewajibkan setiap majikan untuk memaklumkan tempat tinggal pekerja asing yang bakal diambil bekerja dalam mendapatkan kelulusan perintah pembangunan.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini bagi memastikan mereka tidak lagi tinggal di rumah kongsi yang sesak selaras dengan usaha kerajaan membendung penularan Covid-19 dalam kalangan pekerja asing di Wilayah Persekutuan.
“Kita jadikan syarat itu sebagai mandatori tetapi ia akan dilaksanakan secara berperingkat kerana perlu menyediakan seberapa banyak kuarters pekerja berpusat (CLQ),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Cakna Rakyat Sanitasi Parlimen Ketereh di Masjid Haji Tuan Guru Haji Musa di Bukit Marak dekat sini, hari ini.
Beliau berkata, CLQ merupakan konsep kediaman bagi syarikat pelbagai sektor dalam menyediakan tempat tinggal kepada pekerja asing dengan pelbagai kemudahan termasuk pengangkutan awam.
Katanya setakat ini, KWP telah mengenal pasti lima lokasi di Kuala Lumpur antaranya berdekatan Pasar Borong Selayang dengan keluasan antara 0.6 hingga 1.6 hektar selain Presint 20 di Putrajaya berkeluasan 10.1 hektar untuk pembinaan CLQ yang keseluruhannya mampu menempatkan antara 20,000 hingga 40,000 pekerja asing.
Annuar berkata, pihaknya juga akan meningkatkan penyelarasan antara Pihak Berkuasa Tempatan dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam mengenal pasti bilangan serta keberadaan pekerja asing di tapak pembinaan.
“KWP mengeluarkan lesen kelulusan projek manakala KSM mengeluarkan lesen atau permit kerja tetapi kadang-kadang tiada penyelarasan sebab kita tidak tahu siapa yang datang kerja kerana bukan tanggungjawab bandaraya (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Kemudian mereka (pekerja asing) datang kerja dan diletakkan di tapak-tapak bangunan dalam keadaan bersesak dan telah terbukti tiada sebarang keraguan lagi, di situlah membiaknya penularan Covid-19,” katanya.
Beliau turut menggesa persatuan penduduk membuat hebahan bagi meningkatkan kesedaran dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) khususnya selepas kerajaan memberi kelonggaran seperti membenarkan operasi pasar malam dan kedai gunting selain ketibaan Tahun Baharu Cina.
“Wilayah Persekutuan, khususnya Kuala Lumpur, mesti diuruskan dengan cara berbeza kerana banyak aktiviti dan kepadatan penduduk juga tinggi. Jadi kalau Covid-19 merebak, maka ia akan merebak pantas sebab itu kita menyeru semua persatuan termasuk JMC (Jawatankuasa Pengurusan Bersama) setiap kondominium untuk menguatkuasakan (SOP) secara berasaskan komuniti,” katanya.
Annuar berkata beliau juga telah meminta penguatkuasa DBKL membantu pihak tentera dan polis memantau pematuhan SOP di Wilayah Persekutuan. – BERNAMA
22 comments:
Dah banyak kes covid hingga tak terkawal baru nak buat peraturan kediaman yg lebih baik untuk pekerja asing....
Sebab yang kena kompaun ialah rakyat, bukan puak dia. SEBAB tulah laju saja setuju sokong membabi buta.
Cuba cadang turunkan gaji MB, gaji EXCO kerajaan negeri, puak dia paling awal bangkang berserta DALIL nya, kalau gaji dipotong macam mana nak bantu rakyat.. Dasar lebai.
SR
Presiden Pas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang ada menyarankan penakrifan baharu rasuah dengan memberi contoh sumbangan kepada orang ramai bukan rasuah, namun adakah sumbangan dengan tujuan meraih sesuatu habuan bukan rasuah? Apakah Presiden Pas tidak sedar derma juga telah ditakrifkan sebagai rasuah di dalam Akta SPRM 2009? Jika Akta tersebut masih belum cukup Islamik, eloklah Pas membawa usul persendirian meminda Akta tersebut sepertimana perjuangan meminda Akta 355 yang sudahpun layu. Di samping itu, apakah tindakan Pas yang menyokong Dato’ Seri Najib Razak yang telah dihukum bersalah adalah mengikut ajaran Baginda Nabi?
Di mana Islam Pas sekarang, jika cabutan khas judi meningkat dari 8 ke 22 kali setahun, Kempen Beli Barangan Muslim (BMF) tidak diangkat polisi ekonomi negara dan kes-kes maksiat semakin mengancam hidup orang Islam negara ini. Justeru, persoalan di benak rakyat adakah Islam Pas suatu perjuangan Baginda Nabi atau sekadar candu politik?
Penulisnya ialah ahli pas yg tersingkir. Sekarang org kuat pan. Sudah semestinya keperitan itu dibalas dengan fitnah kepada parti yg menyingkirnya.
Bg PAN mesti burukkan PAS n puja DAP
Laa..ibnu hasim ni org Pan ke?
Walaun pas jadian?? 90 juta tu fitnah ke?
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2019/02/526810/hadi-rewcastle-brown-selesai-kes-luar-mahkamah
Ratiplah
Mohammad Natsir dan Nurcholish Madjid yang mana satu Anwar Ibrahim kagumi sebenarnya?
Pendokong Islam Liberal Indonesia adalah Nurcholish Madjid Penaung Ajaran Pluralisma Indonesia.
News terkini tokoh Mohammad Natsir adalah pemikir Islam yang disegani oleh Anwar Ibrahim.
Anwar berkata ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modenisasi memberi kesan yang mendalam kepada pembangunan negara islam di rantau ini.
"Kewibawaan tokoh agama dan ahli politik Indonesia, Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam kepada pembangunan negara Islam di rantau ini" kata. Anwar Ibrahim
Dahulu John Sidel pula memperkenalkan pemikiran Anwar Ibrahim adalah sebagai tokoh setaraf dengan Nurcholish Madjid dari Indonesia. Kedua dua tokoh dari Indonesia Anwar kagumi.
Agenda Pluralisme dan Tokoh Pluralisma Nurcholish Madjid, pendokong Islam Liberal Indonesia juga dikagumi oleh Anwar Ibrahim.
Cuma persoalan untuk rakyat Malaysia yang mana satu tokoh ini paling dikagumi oleh Anwar Ibrahim..!?
Malah dulu Anwar Gagal Jawab Surat Amaran JAKIM, Anwar Tarik Balik Ucapan Pluralisme in Divided World di LSE London dlm Blog nya
Kumpulan Persatuan Islam mengadakan wacana di Masjid Wilayah Kuala Lumpur, bertemakan Membanteras “Gerakan Pluralisme Agama dan Permutadan Ummah”, anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia ( MUAFAKAT), Majlis permuafakatan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan, Allied Coordinating Committee of Islamic NGO (ACCIN) dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM).
Anwar terpaksa menarik balik teks ucapan penuh di LSE pada 18 Mac lalu di blognya kerana telah menerima surat amaran daripada pihak JAKIM.
Dari pemikiran dipengaruhi Maududi, Hassan al-Banna, Syed Qutb, dan yang sepertinya akhirnya Anwar menjadikan pendokong aliran John Hicks dan Nurcholish Madjid dengan aliran pluralisme agama
Anwar dikatakan tidak menjawab surat JAKIM itu sebaliknya menarik siaran ucapan di blognya itu, tanpa memberi sebarang penjelasan berhubung sebab-sebab penarikan teks teks tersebut daripadanya.
John Sidel memuji Anwar Ibrahim sebagai tokoh setaraf dengan Nurcholish Madjid, pendokong Islam Liberal Indonesia
Anwar Ibrahim sewaktu berucap atas tajuk “Religion and Pluralism in a Divided World” (Agama dan Pluralisma dalam Dua Dunia) di LSE, London pada 18 Mac 2010 lalu dengan penuh yakin telah mempromosi Pluralisme Agama.
Hingga sekarang ini Anwar juga tidak tampil mempertahankan atau meminta maaf membetulkan kesilapannya.
Awas agenda Pluralisma agama ancaman negara belum pudar. Anwar Ibrahim masih membisu dan kunci mulut rapat rapat pasal pluralisma
Kepada umat Islam di Malaysia wayang sebenar Anwar Ibrahim masih kabur dan rakyat Malaysia berhak mencurigai Anwar Ibrahim..
Retorik daa..
Pas dah bayar kpd SR dlm senyap..
Pas Takut saman anwar ibrahim..
Pas tunduk kpd SR atas nasihat peguam lobai hadi kerana gerenti kalah setelah suara odio disahkan suara Nik Abuduh ngaku terima wang umuno..
Pas diburukkan kerana Pas memang buruk..
Berhenti la sebar fitnah. Ko x tertanggung dosa nanti..
Aku dah igtkan ko.
Fitnah kepala bapak ko..ada bukti kena fitnah ker?...berenti lah merapuu..
Selepas berkuasa, mana pergi BMF, tanya Asri Janggut kepada Pas dan Umno
Sikap pemimpin Pas dan Umno yang kini berubah 180 darjah berbanding sebelum menjadi kerajaan sangat dirasai oleh penyokong bawahannya.
Perkara ini turut diungkatkan oleh seorang penyokong Pas, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut, yang pernah mengisytiharkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah pemimpinnya.
“Sebelum mereka dapat gaji puluhan ribu, sebelum mereka dapat driver free, sebelum mereka berkuasa, sebelum mereka bermewah.
“Kami sokong BMF, dah sampai masa kita orang Islam bersatu, ekonomi Islam wajib diperkukuhkan bla bla bla…” tulis beliau melalui facebooknya hari ini mengenang kembali bagaimana kempen dibuat Pas dan Umno untuk menyerang kerajaan Pakatan Harapan..
Sop pub dan kelab mlm sama dgn restoran...buka 6.00 pg hingga 10 mlm...laman web sop MKN..
Zaman pas dah jadi kelab pagi hingga mlm...
Boleh beli tapau saja...kelab mlm dan pub jual makanan ape?...itu tempat orang minum2 { banyak jual arak) dan lepak...pas kata nak haramkan arak..
Kikikikik...PN dan Pas funny laah..
PAN nak taopu juge
Lepas ni nak gi beli teh beng ikat tepi lah kat pub....nak ajak lobai dan walaun sekali.
Gi dgn Liberal n LGBT
Ayuh meryabatkan Islam. Pedulikan fitnah liberal dan khadam dap.
susah penyokong PAS ni org dah beritahu benda betul pun dia kata fitnah. Belah lawan semua fitnah belah dia semua sahih walaupun menipu. Jenis angguk mabuk ketum
Anwar ibrahim mmng liberal kot? Tengok anak bininya bertudung berhijab..liberal kot pakai tudung ni..kawan2 dia dikalangan pemimpin² islam terkemuka dunia..sah liberal kot dia dgn kawan2 dia skli?..
Post a Comment