Ternakan babi di Pulau Pinang pada tahap industri
TASEK GELUGOR: Ternakan babi di negeri ini telah mencapai tahap industri dengan sebahagian besar pengeluaran haiwan itu adalah untuk tujuan eksport berbanding menjadi keperluan makanan atau industri tempatan.
Pengerusi Badan Bertindak Pencemaran Sungai Kreh (BBPSK), Ustaz Abdul Razib Abdul Rahim berkata, berada sebagai industri bermakna penternakan ini tentu sekali amat menguntungkan para pengusahanya.
Pun begitu menurut beliau, penternakan tersebut telah memberi kesan buruk yang menyebabkan pencemaran ke atas sumber air dan mengeluarkan bau busuk hingga menimbulkan rasa kurang senang penduduk.
Namun kesalinya, impak terjadi ke atas alam sekitar dan kesejahteraan penduduk itu seperti diabaikan apabila tiada tindakan diambil atau penguatkuasaan undang-undang oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
“Adakah disebabkan keuntungan besar dari industri penternakan babi ini, (maka) kerajaan negeri menutup mata dan telinga tanpa menghiraukan pencemaran yang semakin berleluasa,” persoal Ustaz Razib.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor mengupas isu bertajuk “Sungai Kreh: Bela Ikan atau Bela Babi?” anjuran Muslimat PAS Pulau Pinang, baru-baru ini.
Menurutnya, Sungai Kreh sepanjang 13 kilometer itu walaupun didakwa tercemar oleh pembuangan sisa kilang oleh pihak tertentu, tetapi BBPSK mendapati penyebab utama adalah kerana pelepasan najis babi.
Terang beliau, masalah yang sudah berlarutan lebih 40 tahun itu turut mengakibatkan pencemaran ke atas beberapa sungai lain dan memasuki kawasan kampung daripada lembangan sama dengan Sungai Kreh.
Antaranya Sungai Korok, Parit Kampung Selamat, Sungai Kreh Tasik, Sungai Kecil Pokok Machang, Parit Malakof, Sungai Lubuk Meriam dan Sungai Lubuk Meriam Dalam serta tali air ladang kelapa sawit dan sawah padi sekitar.
“Berdasarkan maklumat pihak berkuasa, terdapat 77 lot bersamaan 136,000 ekor babi diternak di Kampung Selamat ini. Hasil tinjauan terbaharu kami saksikan proses pembersihan tinja babi dilepaskan terus ke parit dan mengalir ke dalam sungai tanpa tapisan,” ujarnya.
Maklum beliau, tinjauan tersebut dilakukan bersama lima NGO termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di kandang ternakan babi di Kampung Selamat, di sini hujung tahun lalu.
Malah isu ini juga telah mendapat perhatian Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man di mana wakil KASA turun padang melihat sendiri serta menerima memorandum daripada penduduk.
Kata Ustaz Razib, masalah pencemaran yang timbul bukan sahaja menyebabkan ketidakpuasan hati penduduk dalam kalangan komuniti Melayu, malah juga daripada kaum Cina dan India warga setempat.
Beliau juga kesal kerana selain bantahan penduduk seperti tidak diendahkan, malah tindakan juga tidak dikenakan ke atas penyebab masalah tersebut di mana penternakan berlaku tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Jelasnya, Kerajaan Persekutuan telah memutuskan sistem Penternakan Moden Babi (MPF) pada 17 September 2014, manakala DUN Pulau Pinang juga meluluskan Enakmen Penternakan Babi 2016.
Tetapi persoalnya, 13 lot ternakan babi di Kampung Selamat itu bukan sahaja tidak berlesen, malah 64 lot lainnya langsung tidak mengikut ketetapan MPF, apatah lagi untuk mematuhi pelepasan kumbahan ‘zero discharge’.
Sedangkan ujarnya, para peniaga di tepi jalan di negeri ini sering kali berdepan arahan penutupan atau sitaan yakni tindakan drastik, tetapi layanan sebaliknya terhadap masalah dilakukan dari industri ternakan babi.
Katanya, jika diambil tindakan, ia tidak berat di mana jika disabit dan didakwa mahkamah hanya dikenakan denda ringan seperti dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 Seksyen 82(5) kompaun RM250 hingga RM2,000.
“Jika dilihat, undang-undang terhadap kesalahan berkaitan tidak setimpal. Ini membuatkan pelanggaran berulang, seolah-olah pesalah tidak serik,” kesali beliau. – HARAKAHDAILY 4/2/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Sebelum ini telah wujud.. Kisah Babi Hutan di Sungai Tuang. Jangan ikut pera... Kini kisah babi industri di Pulau Pinang pula. Apa kata kerajaan negeri Pulau Pinang?
Prihatinkah kerajaan DAP terhadap rakyatnya, walaupun bangsa bumiputera? Mana 'sistem Penternakan Moden Babi' yang bersih melambangkan kemajuan negeri itu? Mahu digelar kerajaan busuk babi?
Ingat, bangsa bumiputera juga yang menaikkan mereka sebagai pimpinan negeri..
Ala..nanti kerajaan dap penang bg derma kat kerajaan lebai klate, senyap la tu..derma duit babi tu..kah355x!
ReplyDeleteApa citer mb kedah psl nk sekat air kuala muda? Dah senyap jgk ke mcm perjuangan hudud??
Lebai jadian sembang, babi pun blh terbang..
Kena Sokong PAN nie baru babi menyelam
DeleteNyusahkan orang lain jer. Cemar sungai dengan najis babi. Tapi pkr dan pan tak kisah sebab dap bagi nafkah dengan duit ternak babi. Janji fulusy masyuk.
DeleteMereka yg bela babi, lebai pulak yg kena maki. Ada akai ka?
Deletenegeri pulau pinang ni darul apa ye
ReplyDeleteDarul lebai jadian..
DeleteKomen aku,
ReplyDeleteSebelum ini telah wujud.. Kisah 40 tahun Melayu Islam makan daging haram. Jangan ikut pera... Kini kisah babi industri di Pulau Pinang pula. Apa kata kerajaan negeri Melayu Islam PN?
Prihatinkah kerajaan Melayu Islam PN terhadap rakyatnya, khusu bangsa Melayu Islam? Mana HASIL SIASATAN yang dijanjikan oleh Menteri Agama Kerajaan Melayu Islam PN tempohari. Mana tindakan pembersihan pegawai2 JAKIM melambangkan kemajuan ISLAM itu? Mana menteri2 LEBAI yg terpekik terlolong bela Melayu Islam sebelom nih? Mahu digelar kerajaan busuk babi?
Ingat, kamu semua bukan menteri pilihan rakyat!
PAN sahaja blh selesai masalah nie
DeleteAda jer ISU nak tgk silap org..kesian kat kau no.hati kau busuk.
ReplyDeleteInilah hasil doktrin ularmanak yg bertopengkan jubah,yg menunggang agama..
Bagus bro
🥰😘
Tunggang babi pulak
DeleteJubah adalah sunnah. Jangan dihina sunnah. Babi najis jenis mughallah. Padanlah pan dan pkr suka ngan dap. Sebab pan dan pkr parti yg bernajis.
DeleteDok tunggu jugak kereta terbang dengan minyak turun rega masa ph perintah. Tak boleh lupa kisah kena kencing. Jangan sanggup tanggung derita dikencing hancing.
ReplyDeleteMenteri keta terbang dah join kera jaan pn/isley. Gi la ko tnya dia.
DeleteTahniah. Dia tak mau jadi geng kencing.
DeleteKalau dah sampai tahap eksport babi, ini kes berat. Ingatkan utk makan sendiri. Ayuh rakyat bangun. Mereka eksport babi, rakyat tanggung pencemaran sungai dengan najis babi. Keparat.
ReplyDeleteSikap pemimpin Pas dan Umno yang kini berubah 180 darjah berbanding sebelum menjadi kerajaan sangat dirasai oleh penyokong bawahannya.
ReplyDeletePerkara ini turut diungkatkan oleh seorang penyokong Pas, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut, yang pernah mengisytiharkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah pemimpinnya.
“Sebelum mereka dapat gaji puluhan ribu, sebelum mereka dapat driver free, sebelum mereka berkuasa, sebelum mereka bermewah.
“Kami sokong BMF, dah sampai masa kita orang Islam bersatu, ekonomi Islam wajib diperkukuhkan bla bla bla…” tulis beliau melalui facebooknya hari ini mengenang kembali bagaimana kempen dibuat Pas dan Umno untuk menyerang kerajaan Pakatan Harapan.
Namun, katanya, selepas menjadi kerajaan, ketika mereka sibuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir dan sebagainya, BMF atau Buy Muslim First (utamakan barangan Muslim) sudah hilang.
“Waktu diaorang sibuk dan kalut hantar bantuan ke mangsa banjir ada ke pergi beli di kedai BMF ??
“Berapa tan beras beli kat BMF? Berapa tan gula, tepung order dari BMF?
“Berapa ribu paket biskut BMF dia orang order? Berapa ribu botol air mineral BMF? Berapa ribu pek sabun basuh BMF?
“Rupanya bila dah berkuasa.. BMF lah yang paling teruk terkesan, perkataan BMF pun diorang tak berani nak sebut atau tulis, terkapai-kapailah gang-gang BMF kat bawah…
“Ribuan gang2 BMF lingkup, ada dia orang datang?” kata Asri marah.
Bagi beliau, Pas dan Umno sama sahaja perangai mereka.
“Hijau atau merah,bulan atau keris sama aje.. kedua nya perlu diingatkan…” katanya yang menulis dengan #tegursebabsayang itu.
Tulisan Asri disahkan oleh rakan-rakan beliau dalam facebooknya.
Anuar Abdul Rahman misalnya menulis, “Tu la hakikat sikap dan perangai sebenar olamak pas..Asri janggut baru sedar barangkali..”
Raja Kamarulzaidi pula menulis: “Baru kau tau kena kencing dengan puak2 penunggang agama dan bangsa..semua sentimen tu hanya demi kuasa politik semata..contoh mudah, kununnya ‘ulamak’ tapi sanggup bersekongkol dengan penyamun dan pengkhianat…”.
Abu Nizar pula menulis, “Lama dah kami sedar dengan puak2 tuu…tuan baru sedar yaa…Alhamdullillah.”
Mohenjaro Aditya juga mempunyai pendapat yang sama apabila beliau menulis: “Dah naik meluat dengan orang politik. Kecuali yang ada Taqwa dan Amanah. Lainnya..Doonia belaka.”
PAN jln penyelesauan
DeleteKalau bukan fitnah tidaklah dapat gelaran pakatan hancing. Hidup dengan fitnah.
DeleteYg dia orang dok defend dap dan penternak babi, apa hal.
ReplyDeleteKita dah lama tolak pemimpin B.A.B.I (Bukan/Brother Anwar Bin Ibrahim) dari Utara ni...
ReplyDelete