Tahniah Kelantan kecualikan bayaran lesen penjaja -BERSATU
KOTA BHARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Kelantan kerana meluluskan pengecualian bayaran lesen kepada para penjaja kecil dan peniaga pasar malam untuk tahun ini yang menelan kos hampir RM1 juta.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dato’ Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, pengecualian itu membuktikan kerajaan negeri prihatin terhadap mereka.
“Alhamdulillah dan tahniah pada kerajaan negeri kerana telah mengambil langkah itu bagi mengurangkan risiko peniaga ketika berhadapan dengan Covid-19,” ujarnya.
Fared berkata, langkah yang telah diambil kerajaan negeri itu adalah sangat bertepatan dengan keadaan semasa yang mendesak masa kini.
Namun beliau berpendapat, pengecualian tersebut juga boleh dilaksanakan kepada peniaga-peniaga lain yang turut sama berdepan cabaran dalam perniagaan mereka.
Untuk tujuan itu, katanya kerajaan negeri dan Persekutuan perlu berbincang lanjut bagaimana cara untuk membantu meringankan bebanan peniaga yang berdepan dengan kekangan itu.
“Kerajaan Pusat telah menyediakan pelbagai insentif dan bantuan bagi membantu kumpulan peniaga tersebut,” ujarnya.
Bagaimanapun, menurutnya, isu cukai dan pelesenan perlu dibincangkan dengan kerajaan negeri memandangkan ia merupakan bidang kuasa kerajaan negeri.
“Kita yakin kerajaan Pusat sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk melihat bagaimana kaedah untuk mengurangkan beban peniaga di Kelantan dan seluruh negara.
“Banyak perbincangan antara Pusat dan negeri perlu dilakukan untuk manfaat bersama khususnya di Kota Bharu,” katanya kepada media hari ini. Beliau meluangkan masa hampir sejam bagi menyantuni para peniaga di Pasar Kubang Pasu, di sini.
Beliau turut menyampaikan bakul makanan dan keperluan kepada peniaga di pasar tersebut.
Beliau berharap perbincangan kedua-dua belah pihak itu dapat diadakan seberapa segera mungkin untuk menyelesaikan masalah peniaga. – HARAKAHDAILY 13/2/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kelantan terbukti prihatin rakyat, DAP Pulau Pinang, mana bukttinya? Bantu kapitalis?
Parti MUNAFIK
ReplyDeletePAN lah tuu
DeleteParti berlandaskan islam. Yg munafiq itu pan dan pkr yg hidup dengan fitnah.
DeletePP patut mencontohi klate dgn naik gaji siap backdated dan sambar mercedes 14 bijik..cina kapir duk zuhud sgt psl apa??
ReplyDeletePp tak sepatutnya meminggir orang melayu dengan mengambil tanah dengan slogan pembangunan.
Deletebila taksub semua yg baik dia tonjol yg seleweng dan buruk dia selindung
ReplyDeleteperjuangan jenis apa mcm ni? bila nak sedar diri bila asyik puji x pernah nak tegur
bila tegur kata org machai DAP susah betul
sikit2 kait dgn DAP sikit2 DAP dah laa muak laa main DAP ni….MCA bleh plak dia ikut angguk
tunggang agama betul….
rosak agama.....
Bila benci agama Islam, tentulah taksub dengan dap sebagai gantinya. Sepatutnya bersama melayu dan Islam, tapi pilih lorong gelap.
DeleteMemang kjaan Ktan prihatin sangat,parking kereta di bandar bandar kecil pun lebih mahal dari di Shah Alam.
ReplyDeleteBila Ku Nan sekolahkan Daim Zainuddin
ReplyDeleteLebih baik Tun Daim Zainuddin diam jika tidak mahu kesilapan sendiri dan jangan pula cuba memalitkan UMNO dan tunding jari kepada pihak lain.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas kenyataan Daim bertanya, siapa sebenarnya yang tidak berada dalam dunia realiti dan masih beranggapan mempunyai kuasa yang dapat menentukan apa-apa mengenai negara berdasarkan kehendak peribadi.
Sehingga ada yang suka-suka meletak jawatan sebagai Perdana Menteri (PM) yang kemudian mencalonkan diri sendiri juga sebagai PM berikutnya.
“Bukankah itu kroni Daim sendiri?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
cara PAS berpolitik cara org munafik..kalau negeri org kena banjir dia kata bala..kalau kelantan kena banjir lagi besar..hingga seluruh negara datang tolong..dia kata ALLAH nak cuci,kalau majlis parti lain kena ribut dia kata bala..tapi majlis ulama SUK dia kena panah petir dia kata ujian...sampai bila orang2 munafik ini nak perdagangkan agama demi politik?ingat akhirat dia punya ke
ReplyDeleteMamat ni mesti ulama besar. Tinggi pengajian ilmu agamanya. Atau pun mungkin sekadar ilmu agama yg dia belajar kat sekolah tadika.
DeleteSo hudud sm ruu355 apa citer??
ReplyDeleteSapa pgg kuasa skrg??