Saturday, February 27, 2021

Minggu ulang tempoh 22 bulan zaman gelap negara... -SU Politik PAS Perak

 

Sejarah hitam negara

MINGGU ini adalah minggu ulang tempoh 22 bulan zaman gelap negara. 23 Februari mencatatkan sejarah runtuhnya kerajaan tunggal sejak merdeka di Malaysia. Mungkin berpegang kepada ‘jika diberitahu Moghol kalah janganlah kamu percaya’, ada parti terasa begitu. 

Mereka tidak sesekali menyangka akan kalah. Tidak menduga malah hingga hari ini masih ada yang bermimpi tidak pernah kalah. Negara lalui beberapa zaman gelap yang sering saya dengar dari orang-orang tua. Zaman Jepun dan 14 hari pemerintahan Komunis. Itu kisah yang sering diceritakan kepada saya. Ketika penaklukan Jepun, mereka membawa falsafah Timur untuk orang Timur, maka Jepun disambut bagai penyelamat dari penjajah British. 

Namun setelah Jepun ‘membebaskan’ negara, Jepun lebih rakus ketika berkuasa. Slogan penyelamat berganti penjajah ngeri. Tempoh tiga tahun 1942 – 1945 adalah sejarah hitam gelap negara. Jepun juga menjadikan orang Cina sebagai sasaran. Permusuhan Jepun dan Cina bermula di tanah besar. Simpati dengan Cina, ada Melayu yang membantu Cina, namun Cina yang bernaung sebagai parti Komunis rupanya juga bangsa penjajah. 

PKM yang pada asalnya menentang Jepun dengan bantuan British berubah watak menjadi pengganas menentang British. Dari sebuah parti haluan kiri menjadi gerila pengganas. Sejarah Cina Komunis mengambil alih memerintah negara pada tahun 1945 dalam tempoh peralihan adalah sejarah hitam dan kejam negara. 

MPAJA sebagai pertubuhan Komunis menentang Jepun mengganas selama 14 hari ‘memerintah’ dengan dendam. British terpaksa mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948. PKM masuk hutan dan bertindak ganas menyerang askar kerajaan dan polis dari bangsa Melayu. Min yuen sebagai pertubuhan Cina menjadi pembekal maklumat dan bantuan makanan kepada PKM. 

Ayah saya selalu bercerita mengenai Cina kedai di Bruas yang sering kali hilang bersilih bulan. Akhirnya ditemui mati dalam serangan tentera ke atas Komunis. PKM pernah meminta damai dari kerajaan dengan syarat PKM dibenarkan menjadi parti politik sah namun ditolak. Jangan lupa, mereka tahu, politik adalah jalan menguasai Malaysia selepas merdeka dan mereka gagal dalam gerila.

Perjanjian Baling pada 1955 di SK Baling gagal mencapai persetujuan kerana Chin Peng menuntut PKM diiktiraf sebagai sebuah parti sah dalam politik Malaysia. Rundingan Hatnyai dan akhirnya sekali lagi rundingan Baling menamatkan gerila Komunis. Mereka diberi pengampunan.

Semua cerita sejarah hitam itu diulang-ulang. Saya tak sempat melaluinya. Namun jika ada anak cucu yang bertanya mengenai sejarah hitam negara yang sempat saya lalui. Mungkin tempoh 22 bulan pemerintahan PH boleh saya kongsikan. Boleh kan?

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 26/2/2021

23 comments:

Anonymous said...

So setahun kera jaang isley Pas/PN perintah negara, hudud sm ruu355 apa citer???

Abd Halim said...

Tahukah kita tentang kisah sejarah hitam yang berlaku di Batu Kikir, Negeri SEmbilan, Kyai Salleh di Johor. Agak kecwea ramai anak-anak muda ambil satu kisah sahaja sebagai panduan. Mereka mengiktiraf komunis sebagai pejuang Kebangsaan. Tapi kenapa komunis menentang selepas negara memperoleh kemerdekaan oleh anak watan yang sanggup berkongsi kuasa dan warganegara dengan bangsa pendatang? Adakah kerana mereka menetang Jepun, kita boleh anggap mereka pejuang mutlak kebangsaan negara? Kalau begitu, kenapa tidak kita menyatakan Orang dan tentera British juga pejuang Kebangsaan Negara kerana menentang Jepun? Kenapa tidak ditonjolkan rakyat tempatan yang sama-sama berjuang dengan British menentang Jepun? Adakah lebih mulia dan perlu disanjung orang pendatang ketika itu menentang Jepun yang berinspirasikan perjuangan negara asal mereka bukan atas dasar nasionalisma Tanah Melayu ketika itu atau rakyat tempatan yang bersama British menentang pendudukan Jepun? Kenyataan ini bukan bersifat rasis tetapi adalah fakta sejarah.

Unknown said...

Sian kau, otak kau tahap tu je

Anonymous said...

Sian anon 3.21. Otak penuh modal maki je.

Anonymous said...

Ko gi sembang sm prof kongkang shamrahayu. Dia antara yg karang buku sejarah.

Unknown said...

Lagi kesian kalau dia dok wirid hudud tu sedangkan dlm hati dia menentang hudud, hanya nak menyindir, maka tergolong lah dia dan mereka seangkatannya sebagai golongan yg disebut Allah dlm awal surah Baqorah

Anonymous said...

So hudud sm ruu355 apa citer?

Tu belum kira :

Kilang arak
Kedai judi
Arwah adib
Skandal tabung haji
Bmf
Dong zong
Sekolah uec
Tulisan jawi

Anonymous said...

Orang Cina ada sejarah yang pahit untuk dikenang semada nagara asal mereka iaitu China kalah dalam perang di Nanking menentang Jepun. Jadi dendam orang di Tanah Besar China dan kaum pendatang Cina ke negara ini tidak mudah padam menentang Jepun walau dimana tentera Jepun berada.

Strategi seramang menentang Jepun di Malaya dijadikan tema membebaskan negara ini untuk Merdeka dijadikan asas perjuangan kaum Cina dinegara ini.

Orang Cina lansung tidak mengiktiraf perjuangan orang Melayu menentang Inggris untuj merdeka tapi setakat menempel perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan dari Inggris.

Dengan alasan kaum Cina menentang Jepun di Malaya disebabkan dendam lama mereka kalah perang Nanking China. Hanya orang Melayu dan Inggris menentang Jepun. Orang Cina mengambil kesempatan meraih sempati yang mereka juga menentang Jepun sedangkan hakikat sebenar kaum Cina membunuh orang Melayu yg menuntut kemerdekaan negara.

Unknown said...

He. He. Anon 3.25,apa barang kau, ada aku guna perkataan maki? Aku sebut begitu supaya kau dan kawan kau tu berfikir, nak buat sesuatu bukan main hentam begitu jugak, di sana ada fiqh aulawiyat, fiqh waqe' berdasarkan maslahah... Solat yg kewajipan utama pun ada jamaq qasar, malah sekarang ada penjarakan lagi

Guns aqal tu sikit, kalau tak tahu bertanya dan belajar. ..

Anonymous said...

22 bulan masa gelap, yang setahun terus gelap gelita. jenis pesuruhjaya jaya bodo piang.

Anonymous said...

Hehehe..biasa la puak2 penunggang agama.

Org yg diberi kuasa utk laksanakan hukum Allah tp tak laksanakan, disanjung. Sebaliknya org yg bertanya pulak yg kena kecam.

Anonymous said...

So setahun Pas and the geng pgg kuasa, apa pencapaian terbaik pas selain naik gaji dan beli mercedes 14 bijik??

Anonymous said...

Mohon buat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara segera.

Polis Singapura berkongsi maklumat dengan Bank Negara (BNM) mengenai transaksi mencurigakan akaun bank milik syarikat suami dan anak Zeti Akhtar Aziz, melibatkan wang daripada syarikat atau akaun bank yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, pada 2015 dan 2016.

Zeti masih gabenor BNM pada 2015 apabila Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) polis Singapura berkongsi maklumat dengan bank pusat itu, mengenai transaksi akaun bank milik Iron Rhapsody Ltd, yang dimiliki Tawfiq Ayman, dan seorang anak lelaki mereka, menurut laporan The Edge.

Iron Rhapsody, menerima USD16.22 juta daripada syarikat atau akaun bank yang dikaitkan dengan Low, pada 2008 dan 2009, kata laporan itu lagi, menurut dokumen yang dikongsi CAD dengan penyiasat di Malaysia.

Zeti bersara sebagai gabenor BNM pada April 2016.

Anonymous said...

1. Mana walaun PAS? Lama tak nampak. Isu bir masih dibenarkan dijual tak ulas, isu Covid-19 naik mendadak tak ulas, isu pemandu mabuk tak ulas, isu kematian adib senyap, bila tarikh pelaksanaan RUU355/hudud pun tak tuntut.

2. Waktu PH perintah nampak garang, kononnya 'Singa Islam'. Sikit saja isu timbul, pasti mereka akan desak PM letak jawatan, menteri letak jawatan. Sekarang? Menikus.



3. Jika PAS ikhlas dengan perjuangan mereka yang dilaungkan selama ini, sudah pasti mereka akan beri kata dua kepada Muhyiddin. Satu contoh misalnya jika Muhyiddin tidak benarkan pindaan RUU355 dijadikan urusan kerajaan dan dibentang dalam Dewan Rakyat maka 18 Yang Berhormat daripada PAS akan tarik sokongan dan PN akan tumbang.

4. Ini barulah Singa Islam!

5. Namun perkara ini tidak berlaku, nampaknya kerusi empuk di Putrajaya lebih utama untuk dipertahankan. Bayangkan RUU355/hudud yang dikatakan nyawa PAS itu pun tidak lagi diperjuangkan apatah lagi isu-isu yang lain.

6. Lalu apa lagi orang melayu Islam nak harap kepada PAS?

Wallahualam.

Puaka Rimba said...

Yang zaman gelap kurangkan cabutan khas Toto kepada 8...Yang mengaku zaman terang benderang..kasi UP cabutan khas Toto kepada 22 cabutan khas setahun... Lucu gila Bhai bila melihat golongan Lobai Bodoh sejak azali ni.HihihiKikikihahaha

Unknown said...

Cakap mcm budak budak bercampur fitnah bila pulak masa pas desak pm letak jawatan, masa zaman BN dulu ada pas desak najib letak jawatan? Hatta zaman PH pun ada pas desak atuk letak jawatan? Dok reka fitnah pasal apa

Politik bangang namanya kalau pas ugut muhyidin, kau ingat pemimpin pas bangang mcm hang ke, kalau tarik sokongan dah tentu PANdap dan geng abang non kau naik

Kau betul aku salah said...

Hehehe..teruk walaun kena bantai..itulah..kalau walaun istikomah dengan menjerit² macam di padang merbuk, mesti parti lobai dipandang tinggi..apakan daya sekarang dah ada abang beso MCA..apa pun x boleh nak buat..tulis surat aje la

Anonymous said...

Dah dapat habuan baru la zaman terang.

Anonymous said...

Khabarnya ramai adun pan keluar parti masuk pkr. Diharapkan juga adun pkr keluar parti. Insaflah. Berhenti fitnah dan tinggalkan liberal.

Anonymous said...

Tp yg byk kena saman fitnah ni lebai jadian pas.

Anonymous said...

Yaa..kerusi empuk wajib dipertahankan walaupun ruu355 hnya sekadar umpan politik walaun..

So walaun 8.42 dan seluruh kesatuan walaun wajib ditanam di jirat cina Mca sm Gerakan.

Anonymous said...

Sampai bila ko nak ungkit sejarah zaman perang?? Camtu apa kata ko ungkit skali pasal pemimpin melayu masa tu. Padahal yg gadai tanah melayu ni kepada inggeris adalah bani melayu jgk.

Sumber : dr maza. Ko blh tgk ceramah dia dlm utube. Idup lg dia tu.

Anonymous said...

Hentam...
Kasi pecah otak walaun
Penunggang agama
Puok dia jer isle..
Tak setuju dgn puok dia.
Kapir terus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails