Menjulang DAP di mata Melayu
SAYA percaya rakan saya Datuk Zaharin @ Sang Kelembai akan bermatian berhujah bahawa DAP bukannya ancaman terhadap orang Melayu. Dua lagi ahli panel, belum buka mulut pun kita sudah boleh duga apa yang akan mereka lontarkan. Takkanlah Ronnie (DAP) dan Abdullah Sani (PKR) mahu mendakwa DAP ancaman terhadap orang Melayu.
Malangnya saya yakin Zaharin tidak akan mampu mencuit apa lagi mematahkan gelombang ketidakyakinan tinggi malah keraguan besar majoriti umat Melayu dewasa ini terhadap DAP. Bagaimana Zaharin mahu menyanggah bahawa DAP tidak senang dengan hak istimewa orang Melayu malah lebih cenderung menerapkan gagasan Malaysian Malaysia yang ditiupkan mendiang Lee Kuan Yew hampir 60 tahun dahulu.
Bagi DAP meritokrasi lebih adil berbanding mengamalkan hak keistimewaan dalam kes-kes tertentu. DAP mahu hak sama-rata untuk semua kaum di Malaysia menidakkan kontrak sosial yang dibina para pejuang kemerdekaan dahulu.
DAP juga tidak senang dengan Perundangan Syariah dalam negara. Walaupun undang-undang ini hanya terpakai ke atas rakyat Malaysia yang beragama Islam tetapi DAP tetap menentangnya dan menganggap ia tidak adil. Siapakah yang vokal menentang RUU355 dahulu jika tidak DAP yang Zaharin anggap sebagai bukan ancaman itu.
Pengajian dan pembelajaran tulisan Jawi dianggap sebagai langkah Islamisasi malah tindakan untuk menaikkan tanda jalan dan papan iklan bertulisan Jawi ditentang DAP hingga ke mahkamah sedang Jawi ini warisan tulisan Melayu zaman berzaman.
Orang Melayu boleh hidup harmoni dan bertoleransi dengan masyarakat bukan-Melayu sejak sebelum Merdeka tetapi apabila muncul parti-parti seumpama DAP yang lantang mempertikaikan status quo dan menganggap apa sahaja usaha membela umat Melayu atau memartabatkan agama Islam sebagai suatu diskriminasi dan ancaman ketika itulah orang Melayu menolak DAP bukannya menolak bukan-Melayu.
DAP pro ICERD dan cenderung pada Statut Rom. DAP menuntut hak kebebasan beragama dan menukar agama termasuklah hak untuk murtad, hak LGBT yang songsang dan diharamkan Islam. DAP juga menjulang perjuangan Parti Komunis Malaya yang didakwanya sebagai sebahagian pejuang kemerdekaan sedang umat Melayu benci dan memusuhi PKM ini.
Semasa mereka dalam kerajaan dulu abu mayat Chin Peng berjaya lolos masuk dan majlis memperingati perjuangan PKM dirayakan. DAP ancaman orang Melayu? Jawapannya ya. Zaharin tidak setuju? Itu haknya sekurang-kurangnya dapat kita kenal yang mana kaca dan yang mana permata.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 16/2/2021
12 comments:
Nama pun Sang Krkembai
Ebit liew walaupun cina, orang melayu masih boleh terima. Prof khoo kay kim walaupun cina, orang melayu masih boleh terima. Tapi bila cina dap bawa faham komunis, orang melayu tak boleh terima. Bukan perkauman, tapi cina dap bawa semangat komunis yg memusuhi semua bangsa kecuali komunis.
mana bukti Dap bawa faham komunis!
Tak ada beza....meskipun MCA dan Gerakan anti hudud dan Islam, PAS masih boleh terima....
Asalkan parti politik semuanya sama...
Mca, gerakan, dap, pan, dan pkr tolak hudud dan 355.
Bukti tanya abam dan abg mat. Bang mat kata komunis pejuang kemerdekaan.
Next pru, pastikan hanya mengundi orang islam, jangan taksub mana2 parti, contoh dap letak calun islam lawan pas yang letak hindu, pastikan kita undi orang islam, kerana kita mesti pilih pemimpin islam untuk redhaNYA.
Sejak Amit Bedul lantikan Tun@PH nak expired nih kan Tun dan Daim tak leh duduk diam.. macam orang gelisah cemas tak keruan..
nape yerrkk..!? sapa bole jawab..!?
Allah yg Tahu
Hudud sm ruu355 apa citer??
Sapa pgg kuasa skrg??
Dap pegang kuasa. Pegang teloq pan dan pkr.
Dah tua pun bodoh.
Post a Comment