Friday, February 19, 2021

PAS tetap pertahan prinsip bantah industri judi

 

KANGAR: Biarpun sudah menjadi sebahagian daripada komponen Kerajaan Persekutuan sekarang, namun PAS tetap mempertahankan prinsip membantah industri judi dibenar beroperasi semula.

Ketua Dewan Ulamak PAS Perlis, Ustaz Idris Yaakob menegaskan pembukaan sektor judi akan memburukkan lagi keadaan dengan suasana wabak yang berlaku sekarang.

Katanya, di mana-mana negara umat Islam mereka bermuhasabah dan bermunajat kepada Allah SWT supaya diangkat bala wabak Covid-19.

“PAS sentiasa istiqamah membantu membetulkan kesilapan kerajaan tambahan pula dalam isu judi yang sudah terang lagi bersuluh haram di sisi agama Islam dan agama lain.

“Tindakan kerajaan membuka semula kasino walaupun terhad kepada ahli kumpulan tertentu sahaja jelas tidak memberikan apa-apa manfaat kepada ekonomi negara.

“Malah implikasi perjudian akan membawa kepada kecelakaan sosial seperti keganasan rumah tangga, pergaduhan dan masalah ekonomi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Baru-baru ini syarikat pengendali kasino, Resort World Genting dan syarikat nombor ramalan mengumumkan akan memulakan operasi selepas mendapat kebenaran kerajaan setelah berakhir perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0.

Pengumuman itu dibuat Resort World bersama syarikat Sports Toto, Magnum Bhd dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (Da Ma Cai) melalui media sosial serta laman sesawang masing-masing.

Sedangkan ketika PKP 2.0 yang bermula 13 Januari syarikat perjudian tidak dibenarkan menjalankan aktiviti masing-masing.

Oleh itu, Idris berharap kerajaan tidak membenarkan pembukaan semula sektor perjudian walaupun setelah pandemik berakhir. – HARAKAHDAILY 18/2/2021

17 comments:

Anonymous said...

PUKMAK
bantah konon
aku nampak PAS terhegeh-hegeh sokong JUDI
cabutan bertuah 8 kali setahun nombor ekor
diTAMBAH PAS jadi 22 kali setahun.

INILAH MUNAFIK
atau
DAJAL BERJUBAH ULAMA.

Anonymous said...

Kau jangan marah2....depa bantah pelan2 cara bisik....

Unknown said...

Tokey judi tu satu jemaah dengan kau tu, pemimpin kau pulak mcm mana bantah ke? Kau sendiri bantah ke... Sedap tuduh orang munafik, dajal... Jumpa kat masyar yek

Anonymous said...

Pas dah jauh tinggalkan perjuangan. dulu pembangkang kata tak ada kuasa skrg dah dpt kuasa....masih terhegeh2 mcm mne nak menerajui negara....jd tukang capai bolehlah mcm sekarang....

Anonymous said...

hari hari membatu api dan melaga laga kan PAS dan PN....


kikiki... cuba lagiii... kikiki

Unknown said...

Ceh ketuo sanjungan kau tu berkawan rapat dengan tokey judi... Pirahhh

Anonymous said...

Pus baru satu lesen toddi dalam masa 15 tahun. kesemua lesen toddi di kelate hanya lkurang 15 aje.

Anonymous said...

Pas hanya boleh bantah. Tapi presiden parti liberal bantah tidak, tapi siap buat maksiat. Kadang2 berjubah, nak tunjuk muslim sangat. Yang khadam tak pulak nak lebel sebagai munafiq.

Anak buahnya bang jemin walaupun tidak berjubah tapi adalah hasil didikan presiden parti liberal.

Anonymous said...

Ramai pembangkang dari luar negara bantah darurat kat msia. Mesti ada kesungguhan utk kumpul semua pembangkang dr beberapa negara. Yg bijak urus urusan spt ini adalah abam dan eng guan. Tak logik yg uruskan ini dr pihak kjaan. Abam sudah pun diketahui mengetuai kumpulan durhaka kpd YDPA. Kalau nak disusun suspeck dlm kes campurtangan pembangkang asing, maka nama teratas dlm senarai adalah abam. Diikuti oleh eng guan.

Anonymous said...

So hudud sm ruu355 apa citer??

Sapa pgg kuasa skrg??

Kau betul aku salah said...

Astagafirullah..apa nak jadi parti lobai skrang ni

Anonymous said...

Alhamdullillah. Masih kekal dulu dan sekarang tanpa rasuah rupanya parti pas. Takziah buat pan dan pkr. Teruskan berkhidmat sebagai khadam yg unggul.

Anonymous said...

Hari ini dapat kuasa, besok harga minyak.

Anonymous said...

Sebagai langkah solidariti, DAP hari ini menyumbangkan RM70,000 kepada Malaysiakini untuk membayar denda RM500,000 yang dikenakan terhadap portal berita tersebut.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa DAP menderma RM10,000 kepada Malaysiakini.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menyumbang bagi membantu portal berita itu membayar denda tersebut demi kebebasan media di negara ini.

LIHAT BETAPA SOLIDARITY DAP. TAPI ORANG PKR DAN PAN MASIH TAK SEDAR DIRI.

Anonymous said...

Perjudian secara asasnya tidak diterima oleh mana-mana kaum dan penganut agama sekalipun kalangan non-Muslim jika difikirkan secara pertimbangan rasional kerana terbukti perjudiaan bukan hanya merosakkan ekonomi malah memberi kesan terhadap sosial kekeluargaan dengan berlakunya pergaduhan, persengketaan dan lebih teruk lagi “menggadai” anak keluarga bagi mereka yang terdesak dan mengalami kekalahan dalam pertaruhan.

Anonymous said...

Yaa..kami puas hati!!

Bantah judi dalam hati je..tu je kami mampu..kami x pgg kuasa..dap pgg kuasa smpi kami jadi mcm pondan siam.

Anonymous said...

https://www.google.com/amp/s/partiamanahmalaysia.wordpress.com/2020/11/25/arak-itu-hak-yang-diberikan-oleh-allah-kepada-agama-lain-kenyataan-menteri-pas-undang-kritikan/amp/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails