Seorang lelaki India yang didakwa memurtadkan seorang wanita Islam menerusi satu video tular di media sosial.
JOHOR BAHRU: Polis melakukan pemeriksaan di rumah keluarga seorang lelaki India yang didakwa memurtadkan seorang wanita Islam menerusi satu video tular di media sosial di Perjiranan Dato Onn, di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, bagaimanapun berkata tiada sebarang tangkapan atau rampasan dilakukan dalam pemeriksaan jam 9.50 malam itu.
Katanya, ketika anggota polis tiba di lokasi mereka mendapati sekumpulan orang awam berada di kawasan premis kerana mengesyaki lelaki terbabit berada di dalam rumah berkenaan.
"Anggota polis berjaya mengawal keadaan dan pemeriksaan di rumah mendapati hanya bapa dan kakak lelaki itu mendiami rumah berkenaan.
"Suspek berusia 29 tahun juga sudah dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes video yang tular itu disiasat oleh Unit Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 serta Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan," katanya.
Terdahulu, tular satu video berdurasi tiga minit 26 saat memaparkan seorang lelaki berbangsa India mengaku memurtadkan wanita Islam menggunakan laman sosial Facebook.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Murtad adalah jenayah aqidah. Jangan main-main.. Kita akan lanjutkan perbincangannya, insya Allah kalau ada kelapangan.
8 comments:
Mintak Anwar Ibrahim PM ke 9 komen sket. Mintak Tun dan Marina Gereja komen sket... sbb minggu ni Tun ada kata pasal Isle dan Bani Melayu...
Apa komen pemimpin Utara ni plak..
Jarang sangat dengar Atuk bercakap berkenaan dengan anak zina, pengharaman judi, isu murtad, isu RIBA, makanan halal haram, isu TODI sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun + 22 bulan?
Ini permerhatian sahaja!
Diakhir pemerintahan Pakatan Hancing yang didominasi oleh orang2 KAFIR, Allah SWT turunkan BALA COVID-19 kepada rakyat! Kini lebih setahun telah berlalu... ianya sangat MENGAMCAM!
Salam SIMPATI kepada semua!
Mujur selepas pas perintah,arak dah haram,judi dah haram,zina dah haram,lgbt haram,pramugaru semua dah pakai tutup aurat sebab tu covid dah kosong di malaysia
Sejak lebai2 jadian pas dlm kerajaan pusat ni, kes murtad, salah laku seksual, arak dan judi maki berleluasa..
Walaun2 bengap sila komen sikit pasal lobai2 penunggang agama. Apa fungsi mangkuk2 tu dlm kerajaan pusat selain makan gaji buta??
Tolong bagi dalil hukum mkn gaji buta skali.
Dah makan obat ker?
So hudud sm ruu355 apa citer??
Sapa pgg kuasa skrg???
Dah makan obat
Post a Comment