Monday, February 15, 2021

Politik politik.. Tapi ini kena jaga juga!

 

Murtad dihukum bunuh selepas enggan taubat

SEORANG Muslim boleh jadi murtad (keluar dari Islam) dengan sebab salah satu daripada tiga (3) perkara; dengan sebab perbuatan, percakapan dan kepercayaan dalam hati.

Seorang itu boleh dianggap murtad apabila ia melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam seperti menyembah berhala, matahari, bulan, patung-patung berhala dan seumpamanya.

Begitu juga dengan menghina Islam seperti membuang kitab suci al-Quran dan kitab Hadis yang sahih ke tempat yang hina seperti longkang, tandas dan seumpamanya.

Selain daripada itu, dengan melakukan perkara-perkara yang diharamkan seperti berzina, minum arak dan seumpamanya dengan disertai kepercayaan bahawa perbuatan-perbuatan itu tidak haram adalah boleh dianggap sebagai terkeluar daripada Islam.

Oleh itu, sesiapa yang mempercayai sesuatu itu halal sedangkan perkara itu telah diketahui haramnya boleh menjadikan dia kafir dan murtad.

Bagaimanapun orang yang tidak menunaikan kewajipan syarak seperti solat, puasa Ramadan, membayar zakat dan sebagainya tidak boleh dianggap murtad tetapi mereka adalah melalukan maksiat terhadap Allah SWT.

Tetapi jika mereka meninggalkan perintah-perintah Allah SWT dengan mengiktikadkan bahawa perkara-perkara tersebut tidak wajib maka kepercayaan yang salah itu boleh membawa kepada murtad dan kufur.

Murtad kerana percakapan

Percakapan boleh menyebabkan seseorang itu menjadi murtad jika dia mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan kepada kekufuran seperti dia berkata Allah SWT itu tidak wujud.

Allah bukan esa atau dia mengaku dirinya nabi atau dia berkata alam ini wujud dengan sendiri. Begitu juga, jika seseorang itu mengatakan syariat Islam tidak perlu dilaksanakan atau dia berkata bahawa syariat Islam sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai dilaksanakan pada masa ini.

Iktikad

Jika seseorang itu menolak Rukun Iman seperti tidak percaya kepada Allah SWT, tidak percaya Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul, tidak percaya dengan malaikat tidak percaya Al-Quran sebagai kitab Allah, tidak percaya hari akhirat dan lain-lain Rukun Iman maka dia boleh dianggap sebagai murtad dan terkeluar daripada Islam.

Bagaimanapun, kepercayaan yang terdetik di hati semata-mata tidak boleh menghukum seorang itu murtad jika tidak dizahirkan dengan perkataan atau perbuatan.

Ini berdasarkan kepada sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah SWT mengampunkan umat-Ku daripada perkara tersemat dalam hati sanubari selagi tidak disertakan dengan perbuatan atau percakapan (An-Nasai). Oleh itu seorang Islam yang mempunyai kepercayaan yang bertentangan dengan akidah Islam tidak boleh dianggap telah terkeluar daripada Islam melainkan jika kepercayaan yang ada sanubarinya itu dilahirkan dengan perkataan atau perbuatan.”

Tanda zahir kekufuran

1) Mencaci atau memburuk-burukkan Nabi Muhammad s.a.w

2) Mengingkari larangan yang ditetapkan dengan dalil-dalil al-Quran seperti haramnya babi, arak, riba, berzina dan lain-lain.

3) Mengingkari kewajipan-kewajipan yang ditetapkan oleh Islam seperti solat, puasa Ramadan, zakat dan sebagainya.

4) Mengingkari kepercayaan yang disabitkan dengan al-Quran seperti Al-Quran adalah wahyu Allah SWT dan ciptaan-Nya.

Hukuman pesalah riddah

Hukuman bagi orang yang disabitkan dengan kesalahan Riddah dibahagi kepada tiga (3) bahagian:

1) Hukuman asal. 2) Hukuman gantung dan 3) Hukuman sampingan.

Hukuman asal bagi orang yang murtad ialah dihukum bunuh. Berdasar kepada hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Barang siapa yang menukar agama (daripada Islam kepada agama lain) hendaklah kamu bunuh dia”. (Sunan Abu Daud)

Mengikut pandangan jumhur ulamak bahawa hukuman bunuh dikenakan kepada semua pesalah Riddah sama ada lelaki itu perempuan tua atau muda.

Manakala Imam Abu Hanifah berpandangan bahawa hukuman bunuh atau hanya dikenakan kepada pesalah lelaki sahaja, manakala pesalah riddah daripada wanita dipaksa terus kekal dalam Islam dengan penjara dan diberi penjelasan tentang Islam supaya dia bertaubat atau sehingga mati.

Berdasarkan kepada hujah bahawa Nabi Muhammad s.a.w tidak membunuh perempuan-perempuan kafir yang turut serta dalam peperangan.

Jumhur ulamak berhujah dengan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tidak halal membunuh seorang itu melainkan dengan salah satu tiga sebab; janda atau duda yang berzina, membunuh dan orang yang meninggalkan agamanya serta berpisah dengan jemaahnya”. (Sahih Muslim)

Hadis ini tidak membezakan hukuman bunuh sama ada kepada pesalah lelaki atau perempuan tua atau muda.

Bertaubat sebelum dihukum bunuh

Mengikut kaedahnya bahawa orang yang murtad itu tidak boleh terus dihukum bunuh tetapi hendaklah diminta bertaubat terlebih dahulu.

Tujuannya untuk mengetahui sebab-sebab dia murtad sama ada kerana salah faham tentang Islam atau kerana kedegilannya. Maka dalam kedua-dua keadaaan ini wajarlah supaya dia bertaubat.

Menurut ulamak Mazhab Maliki, bahawa jangka masa bertaubat ialah selama tiga hari tiga malam.

Menurut ulamak Mazhab Hanafi bahawa pesalah murtad diminta bertaubat ganti kepada budi bicara hakim. Jika ada harapan pesalah itu akan bertaubat maka boleh diberi masa dalam tiga hari tiga malam dan jika tidak ada harapan untuk bertaubat boleh terus dijalankan hukuman bunuh tanpa ditangguhkan.

Manakala Mazhab Imam Syafie mempunyai dua pendapat; pertama pesalah itu diberi peluang selama tiga hari tiga malam. Tetapi jika pesalah itu tidak mahu bertaubat maka dia boleh terus dikenakan hukuman bunuh.

Pendapat kedua daripada Sheikh Ibrahim Alnakhai tidak mengehadkan masa untuk bertaubat tetapi bergantung kepada adanya harapan untuk bertaubat.

Jika tidak ada harapan maka hukuman bunuh boleh dijalankan terus tanpa ditangguhkan.

Harta milik pesalah riddah

Menurut kebanyakan ulama apabila seseorang murtad itu dihukum bunuh, maka harta kepunyaannya tidak boleh dipusakakan sama ada oleh warisnya yang Islam atau bukan Islam tetapi harta menjadi harta Al-fai’ dan diserahkan kepada Baitul Mal.

Manakala Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa harta orang yang murtad yang dihukum bunuh itu boleh difaraidkan kepada waris-warisnya yang Islam.

Perbezaan pendapat itu kerana perbezaan tafsiran Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Seseorang kafir tidak mewarisi kepada orang Islam dan seorang Islam tidak mewarisi kepada orang bukan Islam.”

Oleh yang demikian, menurut jumhur ulamak harta seorang murtad tidak boleh dipusakakan oleh waris-warisnya yang Islam kerana murtad adalah orang yang keluar daripada Islam. – HARAKAHDAILY 8/2/2021 

Penulis merupakan Pengerusi Assabiqun PAS Pusat.  Sumber DATO' DR MAHFODZ MOHAMED

19 comments:

Unknown said...

Ha. Ha bila penyokong PH yg tolol baca artikel depa pun melompat dan memaki sebab bagi depa PAS kapir kan orang lain...

Anonymous said...

Depa ph ada doktrin sendiri. Doktrin depa tak follow syariat. Bedal jer ikut akal dan nafsu. Duniawi markah penuh, zero ukhrawi.

Kau betul aku salah said...

Inilah namanya peribahasa tiada beban batu digalas..walaun mencarik dosa sbb x de orang nak di kapirkan..semakin bodoh pula walaun skrg ni

Anonymous said...

Apa PAS buat dengan kerabat MP dari Johor yg berkahwin dengan sikh (pemain hoki India) ? Jangan cakap TAPI tak buat pun, ini munafik namanya.

Anonymous said...

Ini party lebai selupa taliban style
Gua amat takot lo

Anonymous said...

Sugarbook popular zaman Abg Lid

Anonymous said...

yang asyik cakap bohong, bila potong lidah???

Unknown said...

Kah kah kah aku kata dah, orang nak bagitau batas batas iman /syahadah, dia kata kita kapir kan orang... Apa punya benaplah fikiran mamat penyokong PH ni

Anonymous said...

Pas tak buat apa2 kata khadam dap. Bandingkan dengan ph yg buat apa2 dan bawa liberal.

Anonymous said...

Ya, PAS buat keje.
Masa PH cabutan bertuah nombor ekor 8 kali setahun dan
PAS tambah jadi 22 kali setahun.

Anonymous said...

Saper ahli pas yg naikkan ke 22 kali. Ramai nak tahu.

Anonymous said...

Sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) memandang serius aduan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan aplikasi Sugarbook sebelum ini, berkemungkinan besar masalah tersebut sudah dapat diatasi.

Ketua Komunikasi dan Multimedia Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Rashidi Haris menyifatkan, gejala yang didakwa semakin serius itu merupakan suatu perkara malang menimpa negara dan rakyat.

Anonymous said...

So hudud sm ruu355 apa citer?

Sapa pgg kuasa skrg??

Anonymous said...

Selama 22 bulan PH buat apa?

Unknown said...

Ya ka, sudah lamai itu cina jantan di negeri Kelantan sudah kena potong lancau ka?

Anonymous said...

Ph sibuk naikkan gaji exco lebai klate sm bli merc 14 bijik.

Anonymous said...

Komplete sifat buruk ph. Tolak hudud, tolak355, fitnah, berak kencing merata rata, yg terkini iri hati orang pakai merc. Tak pulak sibuk dengan tarik diri dari jadi khadam dap. Atau tarik diri dari berpresidenkan presiden parti liberal. Tak pulak nak jauhkan diri dari semburit.

Anonymous said...

Ko kalo x fitnah kuat xleh idup ke? Sampai bila ko nak idup menongkat langit???

Kau betul aku salah said...

Ya tuan2..dengar apa kata lebai walaun kata..ini lah cara walaun parti tunggang agama bagitau batas2 iman/syahadah..mula2 kata orang tolol tanpa hujung pangkal..lepas tu bedal kata orang tak ikut syariat..ikut akal dan ikut nafsu..dan lepas tu kata lagi orang x de pahala akhirat..maki² lagi ..lepas tu kata inilah cara nak bagitau batas iman..modus operandi parti lebai penjual agama..mampos lah ebit liew kalau ikut cara lebai walaun ni..bodoh betul..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails