Wednesday, February 17, 2021

Portal berita, jangan cuba kelirukan rakyat &jaga etika.. -Ibnu Hasyim.

 

Sidang parlimen: Malaysiakini cuba kelirukan rakyat

KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan laporan  Malaysiakini yang cuba mengelirukan rakyat mengenai desakan ahli parlimen negara ASEAN menggesa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri mengadakan sidang parlimen.

Menurut portal berita tersebut, “Sejumlah 90 Ahli Parlimen daripada tujuh negara ASEAN menggesa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri untuk membenarkan Parlimen bersidang tanpa sekatan secepat mungkin”.

“Bilangan 90 ahli parlimen yang disebutkan adalah salah kerana 25 daripada mereka yang menandatanganinya bukanlah ahli parlimen tetapi merupakan mantan ahli parlimen,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad dalam kenyataan, hari ini

Selain itu, jelasnya lapan daripada nama yang disenaraikan merupakan Ahli Parlimen Timor Leste yang tidak termasuk dalam negara ASEAN.

“Kenyataan ini juga tidak mewakili pendapat kerajaan negara-negara tersebut tetapi sekadar mewakili pendapat Ahli Parlimen pembangkang mereka,” katanya lagi.

Sedangkan, ujar beliau pelaksanaan Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong adalah menepati garis panduan darurat yang diperkenalkan oleh Office of the High Commissioner, United Nations Human Rights, pada 27 April 2020.

Sebagai catatan, beliau berkata kumpulan ahli parlimen di bawah ASEAN Parliamentarians for Human Rights (APHR) yang menggesa untuk diadakan sidang Parlimen tersebut dipengerusikan oleh Charles Santiago, Ahli Parlimen DAP.

“Adakah ini juga satu petanda bahawa tindakan ahli-ahli parlimen pembangkang negara-negara tersebut didorong oleh ahli parlimen pembangkang negara kita yang mahu mengkritik dan mencemarkan imej kerajaan sahaja?” kata beliau.

Justeru, ujar beliau PAS berharap agar setiap portal berita, walau apa sekalipun kecenderungan politiknya, tidak cuba mengelirukan rakyat dan menjaga etika pemberitaan, terutama di waktu darurat begini. – HARAKAHDAILY 17/2/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bersetuju dengan pandangan PAS yang berharap agar setiap portal berita, walau apa sekalipun kecenderungan politiknya, tidak cuba mengelirukan rakyat dan menjaga etika pemberitaan, terutama di waktu darurat begini.

Apa lagi sampai menyelewengkan fakta dengan sengaja?

 

Sudah terbit...

Monday, January 23, 2012

Islam, Timor Leste & Aku

CATATAN PERJALANAN siri 9
Satu-satunya mesjid di bandar utama Dili, Masjid Annur. Malangnya, dunia Islam hampir lupa pada 1% umat Islam yang berada di Timor Leste. Bahkan dunia seumpama tidak pernah peduli bahawa Perdana Menteri T imor Leste pada 1999 adalah seorang Muslim – Dr. Mari Altakiri. Dikatakan juga 'suatu sejarah menarik tetapi hilang dalam lipatan masa'.

Ibnu Hasyim, beberapa hari lepas semasa berada di pusat kota Dili.. di kaki lima jalan.. Di belakangnya seorng wanita bertudung..

Lokasi Timor Leste

5 comments:

Kau betul aku salah said...

Apa diharap padi seberang
Entahkan tumbuh entahkan tidak
Entah dimakan pipit melayang
Apa di harap ruu355 pas sekarang
Entahkan hidup entahkan tidak
Entah dah arwah semua pejuang


Tuai padi antara masak
Esok jangan rindu²an
Intai ruu355 antara nampak
Esok jangan beralasan-alasan

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama sikucing belang
Dua tiga walaun ku cari
Mana nak sama ibnu seorang

Anonymous said...

Khadam bila dapat cukup makan, habis hati. Akur pada arahan big boss, siap pantun madah seloka. Apakan daya rezeki masing2, taqwa pun masing2. Berburu di padang datar, dapat rusa belang kaki, berguru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi.

Anonymous said...

So hudud sm ruu355 apa citer?

Salah ke rakyat tanya?

Sapa pgg kuasa skrg???

Anonymous said...

Kau nie Kawan Apek Sugarbook ker?Asyik terlolong jer tanpa fakta

Anonymous said...

Sapa yg cuba kelirukan sapa ni??

Setakat nak kelirukan walaun, baik x payah. Walaun dh mmg bodoh melampau2 pun..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails