Thursday, February 18, 2021

Rasuah Pegawai Bekas Menteri PH Dari PKR Dibongkar...

 

Rasuah: Ambil tindakan tegas ke atas pembantu Xavier  -Ustaz Idris Ahmad

KUALA LUMPUR: PAS menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas Pegawai Tugas-tugas Khas kepada bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar iaitu MA Tinagaran.

Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad berkata, ia berikutan kes rasuah melibatkan jutaan ringgit yang dibongkarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.

“Kita minta supaya kes yang melibatkan orang kanan kepada Xavier ini dibawa ke muka pengadilan dan buat penyiasatan terperinci terutama berkenaan sumber yang diperolehinya.

“Sebelum jadi orang kanan, berapa wang yang ada dan selepas jadi orang kanan, berapa pula wang yang ada,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, Idris mempersoalkan kenyataan-kenyataan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang sering melaungkan kerajaan yang ditadbir mereka sebelum ini bebas daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

“Kita tidak mahu menuduhlah kes ini sama ada salah atau tidak tapi pada saya ialah umumnya dalam kalangan puak-puak Pakatan Harapan ini boleh digelar ‘bom asap’.

“Cakap berdegar-degar berkenaan dengan soal rasuah, ketelusan, macam kononnya nak jadi hero rasuah tetapi ternyata dalam tempoh 22 bulan lalu yang mereka berkuasa membuktikan belang mereka yang sebenar,” katanya.

MA Tinagaran yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Rakyat (PKR) Perak, sebelum ini telah ditahan bersama-sama dua pengarah syarikat dalam operasi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ipoh pada Selasa berhubung kes rasuah bernilai jutaan ringgit melibatkan kementerian itu semasa pentadbiran PH.

SPRM turut merampas RM1.2 juta daripada sebuah rumah dan pejabat.

Sementara itu, bank akaun milik dan syarikat dengan wang berjumlah RM77 juta dibekukan.

Difahamkan, kereta mewah yang dirampas digunakan Xavier sebagai kereta rasminya semasa menjadi menteri.

Dilaporkan, rasuah itu melibatkan penyerahan projek pasir yang berada di bawah bidang kuasa Xavier.

Xavier yang juga Naib Presiden PKR dan Tinagaran merupakan antara yang dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato’ daripada Istana Kelantan pada 2019. – HARAKAHDAILY 18/2/2021

12 comments:

Anonymous said...

Baru 22bulan tuuu

Anonymous said...

Ini semua fitnah. Abam bersih, mat sabun bersih. Eng guan pun bersih. Kes terowong dan banglo adalah fitnah.

Anonymous said...

dalam bab rasuah tak payah cerita la
apa kurang omno ynag bersep[ah kes tengah dibicara

sama saja puak pati politik bila ada kuasa
hanya kerna kuasa sanggup pulak pas bersekongkol ngan omno

Kamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi dari persaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira bahwa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan.

kalau kat dunya ni terlepas bila dunia ini Allah gantikan ngan alam baru
tau la nanti sapa sapa ynag terleaps di dunya
akan ada hari ungkapan segala rahsia mansuia

jnagan syok snagat rasa tak berdosa kat dunya ni

orang dah kenai sapa itu pas amno pkr bersatu amanah mca mic dap gelakan dll
tak bolih diharap sangat

Anonymous said...

Lebai jadian ada cakap dlu, seseorg itu belum terbukti bersalah melainkan mahkamah dah jatuh hukum.

Sekarang dah dapat dalil baru atau walaun tak walak lg sm lebai jadian dan ulamak mutant???

Anonymous said...

SemuaPemimpin PH suci murni

Anonymous said...

Lebai jadian sesuai digelar pada org mcm abam dan mike sabun. Takda pendidikan agama tapi bicara pasai islam bagai nak rak. Hukum tah ke mana, amal pun tah ke mana. Caca marba. Lebai liberal.

Anonymous said...

Ya..mcm morta snake sm tontonwii..

Anonymous said...

PAS munafik.

Anonymous said...

PAN yg munafik

Anonymous said...

Wahai Penduduk Kg Semerah Padi..!! ooopss Kg TT Wangso skliann..!!

P119 TITIWANGSA

Rina Harun(PH-PPBM) 38.7% (23,840)
Dato Johari(BN - UMNO) 32.0% (19,701)
Mohamad Noor(PAS) 11.1% ( 6,845)

Registered voters: 61,598
Majority: 4,139
Spoilt votes: 323
Unreturned votes: 0

Voter Turnout: 50,858 (82.6%)

DEMOGRAPHICS
Malay 70.49%; Chinese 17.3%; Indian 9.42%; B/P Sabah 0.5%; B/P Sarawak 0.37%; Orang Asli (Pen. Msia) 0.01%; Others 1.91%

Next PRU 15... nak lagi ke kena kencing dengan PH@Tun Mahathir...!?

Anonymous said...

Khadam ni bila sesuatu tu tak kena dengan selera mereka, maka munafiqlah lebai itu. Sudah jadi adat, bila kurang ilmu agama, hukum munafiq keluar dari mulut khadam ikut selera.

Anonymous said...

Penemuan arca dewa Hindu dan wadah sesajen yang diduga berbentuk candi ditemukan di pekarangan rumah saat melakukan penggalian kolam koi. Dua arca yang ditemukan teridentifikasi sebagai patung Siwa dan Parwati. Siwa dan Parwati diketahui sebagai pasangan Dewa dan Dewi dalam agama Hindu. Siwa merupakan salah satu dari 3 dewa utama selain Brahma dan Wisnu... Baca Selengkapnya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails